Monday, September 20
Puasa Raya Puasa
Too many things happen in too many ways in too little time....(faham ke tak ni? sebab ibu muhsina tak berapa faham)
Puasa 30 hari tahun ni....semua berjalan lancar tanpa gangguan penganas dan setan iblis...Waktu sahur, Along bangun, Angah bangun, Adek bangun...kadang-kadang Acik pun bangun...kalau dah semua bangun...semua makan termasuklah si adek...dah macam siang...bukak TV tengok kartun pukul 5 pagi...tak tahulah camne jiran-jiran fikir, mesti mereka geleng2 angguk2 tengok stail keluarga 69 ni bersahur...
Waktu berbuka, pun lebih kurang jugak, perang iran iraq pun kalah rasanya...kelam kabut, tercekik-cekik rasanya tekak...tapi nak buat camner, itulah pengorbanan yang seorang ibu yang bekerja terpaksa harungi...waaaaaa!!!
I was waiting for this raya actually, reason sebab abang kesayangan balik dari merantau...walaupun ada sekali kala dia balik waktu raya tapi kali ini lain sikit, He's back for good which ibu muhsina rasa suka sangat. Suka sebab beban di atas bahu dah hilang sikit, beban apa? beban memikirkan abah dan mak, bukan ibu muhsina tak suka, tapi ibu muhsina risau kalaulah jadi apa2 waktu abang tak ada, ibu muhsina tak kuat untuk menghadapinya sorang-sorang. Walaupun ada suami tercinta, tapi kalau abang ada rasa beban tu taklah teruk sangat
Tapi agak malang, raya kali ni not to what i expected. Ibu muhsina agak sebok, masak soto di pagi raya, kelam kabut. Pakai makai anak2 terus cepat2 pergi rumah MIL, Disebabkan kesibukkan yang agak terlampau, i missed all the photos that intended to take, i missed the moments where the salam-salam peluk-peluk like always, i missed all the gelak ketawa hilai mengilai...hmmmm
Andddd....ada pulak tragedi di pagi raya yang buat agak tak seronok untuk dinukilkan di sini...
Takpelah...what happen has happened...tak boleh nak patah balik, tak boleh reverse go head go stan dah...to my sis, redha dan banyak2lah bersabar, kalau selama 10 tahun boleh sabar, kenapa perlu waktu yang ini gunung berapi memuntahkan laharnya...
To my brother, maybe you should sit and think hard on this issue...tengoklah keadaan sekeliling, tengok cara dan gaya, you are wiser than me.
To my sis in law, kalau orang tak suka kita, mesti ada sebabnya, jangan salahkan orang kerana tak suka kita sebab mungkin ia berpunca dari dalam diri kita. Kita kena betulkan diri kita sebelum kita sibuk betulkan orang lain..
Haiya!!...penatlah...whatever it is...raya walaupun ada gunung berapi meletops...ibu muhsina masih happy seperti biasa sebab life is short, bila bila masa kalau dah tiba masa, kita balik bertemu Allah swt....
jadi jangan pening-peningkan kepala fikir...just enjoy!!
Friday, August 6
Akademi Al-Quran
Ibu Muhsina memang menonton Akademi Al-Quran ni dari season satu lagi. Masa season 1, ibu muhsina heran kenapa cara mereka membaca Quran macam lain rupa-rupanya cara baca Quran ni memang ada bunyi, taranum dan lagunya.
wah memang kagum sungguh ibu muhsina dengar qari-qariah membaca masa tu. Runtuh secara jantung, terasa nyaman dan indah...sungguh syahdu.
Lepas tu memang ibu muhsin tak lepas dari menonton Akademi Al-Quran. Ada semacam tarikan, satu-satu rancangan yang memberi tenangan pada ibu muhsina, bukan macam AF, ibu muhsina rasa kepala ibu muhsina serabut dan penuh...
Akademi Al-Quran ni buat ibu muhsina tenang dan rasa macam nak baca Al-Quran tapi sudah semestinya tak sedap kan..
Tahun ni Akademi Al-Quran ada fav ibu muhsina, adek muhammad...ibu muhsina ni kalau adek muhammad ada baca quran dalam TV, memang ibu muhsina boleh berhenti masaklah kata orang. Tutup api terus terceronggok depan TV mendengar adek muhammad baca...waduh menusuk kalbu.
Jadinya, sepanjang Akademi Al-Quran selama 11 minggu ni memang ibu muhsina tak pernah miss, memang tunggu adek muhammad baca dulu baru nak buat kerja-kerja lain....kalau tak memang ibu muhsina tunggu sampai adek muhammad baca...
Malam ni, final akademi Al-Quran adek muhammad baca dulu, adek muhammad pun dah kurus dah rupanya, jeles pulak ibu muhsina tengok. Memang sedap, memang naik bulu roma dengar dia baca. Walaupun adek tarmizi(adek? yelah dia muda dari ibu muhsina jadi kena panggil adek la kan...takkan abang kot, marah pulak abah muhsina nanti) sedap dan mendapat pujian mengunung melangit dari juri tapi ibu muhsina masih 'pencinta' adek muhammad.
Aik lebih lebih pulak ibu mushina ni, nak cari calon menantu ke?
:)
:)
wah memang kagum sungguh ibu muhsina dengar qari-qariah membaca masa tu. Runtuh secara jantung, terasa nyaman dan indah...sungguh syahdu.
Lepas tu memang ibu muhsin tak lepas dari menonton Akademi Al-Quran. Ada semacam tarikan, satu-satu rancangan yang memberi tenangan pada ibu muhsina, bukan macam AF, ibu muhsina rasa kepala ibu muhsina serabut dan penuh...
Akademi Al-Quran ni buat ibu muhsina tenang dan rasa macam nak baca Al-Quran tapi sudah semestinya tak sedap kan..
Tahun ni Akademi Al-Quran ada fav ibu muhsina, adek muhammad...ibu muhsina ni kalau adek muhammad ada baca quran dalam TV, memang ibu muhsina boleh berhenti masaklah kata orang. Tutup api terus terceronggok depan TV mendengar adek muhammad baca...waduh menusuk kalbu.
Jadinya, sepanjang Akademi Al-Quran selama 11 minggu ni memang ibu muhsina tak pernah miss, memang tunggu adek muhammad baca dulu baru nak buat kerja-kerja lain....kalau tak memang ibu muhsina tunggu sampai adek muhammad baca...
Malam ni, final akademi Al-Quran adek muhammad baca dulu, adek muhammad pun dah kurus dah rupanya, jeles pulak ibu muhsina tengok. Memang sedap, memang naik bulu roma dengar dia baca. Walaupun adek tarmizi(adek? yelah dia muda dari ibu muhsina jadi kena panggil adek la kan...takkan abang kot, marah pulak abah muhsina nanti) sedap dan mendapat pujian mengunung melangit dari juri tapi ibu muhsina masih 'pencinta' adek muhammad.
Aik lebih lebih pulak ibu mushina ni, nak cari calon menantu ke?
:)
:)
Thursday, June 3
Manik
Salah sorang cik muhsina membuat havoc terlebih weekend yang lepas. Telinga cik muhsina ada manik!! Mana datangnya manik ni, how when where tak dapat ler ibu muhsina nak jawab. Memang memeningkan kepala bila cik muhsina ni tak menunjukkan apa2 reaction pun.
Melompat macam biasa...
Bermain macam biasa...
Menjeri2 macam biasa...
jadi macam mana orang tahu ada manik dalam telinga dia?
Siapa cik muhsina itu? Si Achik...
Semuanya bermula bila Along minta tolong tengokkan telinga dia. Biasanya lepas bila sorang nak tengok habis semua sebok nak mintak tengok juga. Tiba-tiba achik minta tengokkan telinga dia, beria-ria dia suruh tengok. So kami pun suluh lah...suluh punya suluh...eh eh...ada manik!!!
Esoknya kami ke emergency...salah sebuah hospital terkemuka di Subang Jaya. Ciss...tunggu punyalah lama, jumpa doktor, doktor tu kata dia tak nampak. Eh! dah jatuh ke? dah termasuk ke? Tengok balik under normal light, lampu bilik biasa je, ada pun manik tu, tunjuk pada doktor, doktor ER tu kata dia masih tak nampak..haiya!!! i feel like kicking and boxing the doktor...takpe2 esok aku jumpa doktor lain.
Esoknya pagi-pagi kami ke Paed yg biasa kami pergi, Paed takleh nak buat. Si Achik tak dok diam-diam so it was quite difficult. He advised us to bring Achik to ENT, then dia suggested us to remove the manik using a tip of super glue di sebatang kecil kayu ke apa ke.
We tried at home dengan harapan kami tak payah jumpa ENT. Semakin teruk ok!!
Manik masuk lagi dalam, tepi2 telinga penuh dengan super glue!
Petang tu, kami bawak Achik jumpa ENT di hospital yang sama. Yang ibu muhsina marah sangat the first doctor sibuk nak uruskan klinik dia, dia terus pass case kami ke doctor lain. Lepas tu accussed plak ibu muhsin letak bedak dalam telinga. Apa? ingat ibu muhsin budak menggongs ke?
...to be continued...(ibu muhsina dah penat menaip, next time)
Sunday, April 25
Weekend
Ibu muhsina tiba-tiba rasa kurang sihat. Selesema dan bersin-bersin. Mungkin sebab aktiviti ibu muhsina weekend ni terlalu hectic dan agak keterlaluan.
Hari Sabtu, ibu muhsina dan rakan-rakan pergi membeli belah terbelah di KL. Oh ya, ibu muhsina pergi shopping raya. Lambat lagi raya? Laaa....rugilah kalau tak shopping, si sugartis dan pakcik jekal tengah sale. tak lupa juga pak sogo. sale jugak! hebat sungguh. tapi ironiknya bukan ibu muhsina sahaja yang shopping raya rupa-rupanya ramai yang shopping raya. Siap dah beli langsir la pun ada.
Tengok kanan dan kiri, rata-rata yang shopping raya adalah kaum sejenis ibu muhsina. Boleh tahan jugak kaum sejenis sebangsa ibu muhsina ni. Munskin juga kerana keadaan ekonomi yang semakin meningkat ni. Yelah kalau sesiapa perasan, ringgit tengah mahal ni. Hmmm tak sangka kaum sejenis dan sebangsa ibu muhsina amat peka dengan keadaan ekonomi negara. Tulah tak boleh pandang sipi-sipi kaum sejenis sebangsa ibu muhsina ni, walaupun duduk rumah dok masak, jaga anak jaga laki amat uptodate dengan keadaan ekonomi negara, kalau tak percaya cuba tanya, barang-barang dapur harga naik tak. Mesti kaum sejenis dan sebangsa ibu muhsina yang tahu dulu.
Ibu Muhsina tahu keadaan ekonomi ibu muhsina dan abah muhsina jadi kena pandai-pandai budget la. Lagipun tengah sale, ambil peluang orang kata(ayat-ayat menyedapkan poket abah muhsina la ni)...
Ibu Muhsina jugak terbeli pencuci muka brand mahal, yg nama ada nombor tu...nak try. Tapi entahla, sekarang ni mungkin boleh guna starter pack, tapi kalau nanti cun melecun jadinya, agak-agak mampu ke ibu muhsina beli brand ada nombor ni. Ibu Muhsina kena betul-betul fikir ni.
Hari ni Ibu Muhsina masak-masak. Sebab semalam makan nasi ayam bodoh yang Ibu Muhsina masak dalam tergesa-gesa. Jadi hari ini ibu muhsina masak betul-betul, masak pandai sikit. Masak Sup ikan kegemaran along angah dan achik, sementara abah muhsina, ibu muhsina masak daging masak kicap. Kemudian ibu muhsina masak mee bandung express untuk makan malam...Nampak gaya semuanya happy. Ibu Muhsina buat semua ni dengan harapan along angah achik dan abah muhsina rasa seronok sebab semalam ibu muhsina balik lambat dari shopping raya..:P
Monday, April 19
Muhsina
Muhsina adalah gabungan nama anak-anak kami
Dan...
Muhsina juga adalah nama syarikat kami
Kenapa Muhsina? Kenapa tak nama lain?
Entahla...muhsina memang sedap di dengar. Bila menyebut muhsina, terbayang wajah anak-anak yang riang, ceria dan aktif di rumah. Anak-anak ada 4 kesemuanya...along angah achik dan adik.
Along bersekolah bersama angah. Achik dan adik tinggal di rumah bersama bibik. Bila tengahari Along balik, petang pergi pula sekolah KAFA. Angah pulak bila petang baru nampak sebab tadikanya sampai petang.
Biasanya bibik sibuk dengan achik dan adik di rumah. Ibu dan abah pergi kerja macam orang-orang yang lain. Mungkin satu hari nanti ibu meletakkan keputusan untuk berhenti tapi itu KALAU ibu decide nak berhenti. Masih dalam perancangan. Mungkin kalau kaya, ibu berhenti la (bila nak kaya tu?)
Ibu dan Abah kerja biasa-biasa aje. Nothing special to share. Kerja macam orang lain jugak.
Pagi-pagi ibu abah pergi kerja, petang balik rumah mengharungi jem dan jem dan jem...macam orang lain jugak.
Tetiap akhir bulan, ibu abah dapat gaji. Spend se'wise'ly yang boleh. Lepas tu tengah bulan sakit, macam orang lain jugak.
Tetiap weekend, ibu abah try to make some times untuk along angah achik dan adik macam orang lain jugak.
So.....
This blog has no specialities. Just a normal blog that has normal life...
Saturday, April 17
Hari ini dalam sejarah
Hari ini dalam sejarah
Hari ini 18 April 2010.
Hari ini kami decide nak start blog. Kenapa?
Sebab kami suka menulis
Sebab kami nak simpan kenangan-kenangan kami secara maya
Sebab kami nak kongsi kisah-kisah muhsina kami
Siapakah atau apakah muhsina?
Subscribe to:
Posts (Atom)