Sunday, April 25

Weekend



Ibu muhsina tiba-tiba rasa kurang sihat. Selesema dan bersin-bersin. Mungkin sebab aktiviti ibu muhsina weekend ni terlalu hectic dan agak keterlaluan.


Hari Sabtu, ibu muhsina dan rakan-rakan pergi membeli belah terbelah di KL. Oh ya, ibu muhsina pergi shopping raya. Lambat lagi raya? Laaa....rugilah kalau tak shopping, si sugartis dan pakcik jekal tengah sale. tak lupa juga pak sogo. sale jugak! hebat sungguh. tapi ironiknya bukan ibu muhsina sahaja yang shopping raya rupa-rupanya ramai yang shopping raya. Siap dah beli langsir la pun ada.

Tengok kanan dan kiri, rata-rata yang shopping raya adalah kaum sejenis ibu muhsina. Boleh tahan jugak kaum sejenis sebangsa ibu muhsina ni. Munskin juga kerana keadaan ekonomi yang semakin meningkat ni. Yelah kalau sesiapa perasan, ringgit tengah mahal ni. Hmmm tak sangka kaum sejenis dan sebangsa ibu muhsina amat peka dengan keadaan ekonomi negara. Tulah tak boleh pandang sipi-sipi kaum sejenis sebangsa ibu muhsina ni, walaupun duduk rumah dok masak, jaga anak jaga laki amat uptodate dengan keadaan ekonomi negara, kalau tak percaya cuba tanya, barang-barang dapur harga naik tak. Mesti kaum sejenis dan sebangsa ibu muhsina yang tahu dulu.

Ibu Muhsina tahu keadaan ekonomi ibu muhsina dan abah muhsina jadi kena pandai-pandai budget la. Lagipun tengah sale, ambil peluang orang kata(ayat-ayat menyedapkan poket abah muhsina la ni)...

Ibu Muhsina jugak terbeli pencuci muka brand mahal, yg nama ada nombor tu...nak try. Tapi entahla, sekarang ni mungkin boleh guna starter pack, tapi kalau nanti cun melecun jadinya, agak-agak mampu ke ibu muhsina beli brand ada nombor ni. Ibu Muhsina kena betul-betul fikir ni.

Hari ni Ibu Muhsina masak-masak. Sebab semalam makan nasi ayam bodoh yang Ibu Muhsina masak dalam tergesa-gesa. Jadi hari ini ibu muhsina masak betul-betul, masak pandai sikit. Masak Sup ikan kegemaran along angah dan achik, sementara abah muhsina, ibu muhsina masak daging masak kicap. Kemudian ibu muhsina masak mee bandung express untuk makan malam...Nampak gaya semuanya happy. Ibu Muhsina buat semua ni dengan harapan along angah achik dan abah muhsina rasa seronok sebab semalam ibu muhsina balik lambat dari shopping raya..:P

No comments:

Post a Comment