Tuesday, August 14

SALAM AIDILFITRI

Ibu tengah membaca bahan-bahan serious jadi tak sempat nak jenguk blog, tulis blog...Sebok dengan bahan-bahan yang seriuos...bukan resepi ek...lebih kepada bahan-bahan ketuhanan, bahan-bahan misteri dan bahan-bahan yang menguatkan akidah kita...

Cewah bunyi macam bagus kan?

Tapi seriously ibu memang suka bahan-bahan bacaan macam ni, serba sedikit memberi impak betapa Allah Taala adalah satu, yang kekal, yang MAHA BERKUASA atas segala apa yang terjadi...

YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU YA ALLAH...
AMPUNKAN DOSAKU YANG KUHIMPUN SELAMA 39 TAHUN AKU HIDUP DIBUMI INI

Yalah, kita ni solat tonggang-tonggek tapi dosa buat juga maknanya ada yang tak kena dengan amalan kita ni...

So, nak kena cari apa yang tak kena dengan kita ni...

Nak ukur dulu amalan sebelum sibuk betulkan amalan/dosa pahala orang lain.

Eh! ini tak ngata ya, ini peringatan untuk ibu...

Oleh yang demikian (ayat skema orang kerajaan. Opss! saya orang gomen ke? For me to know, for you not, definitely not to find out)

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA IBADAH SEPANJANG RAMADAN INI DITERIMA ALLAH
SEMOGA AMALAN SEPANJANG RAMADAN INI BERTERUSAN...
AMIN...



Link menarik :
http://www.harian-metro-online.com/mencari-lailatul-qadar-di-mekah
http://re-matrix.blogspot.com

Salam Ikhlas dari hati yang sayu
Ibu Muhsina

Thursday, August 9

Mati itu pasti





Kubur berkata....


1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..



Taken from : http://irmadilondon.blogspot.com/2012/08/mati-itu-pasti.html

Ikhlas
Ibu Muhsina





Wednesday, August 1

Cukup ke tak?

Korang pernah tak rasa diri macam tak cukup je...
bukan tak cukup duit...
bukan tak cukup gelang-rantai-cincin yang lip-lap-lip-lap tu

dan bukan tak cukup makan, minum...semua tu cukup...malah menimbum2 makanan waktu berbuka. Tambah lak pergi pasar ramadan, harus mata dan nafsu menguasai segala-galanya. Beli semua benda yg ada kat pasar tu, macam esok nak kiamat...

Tak cukup IBADAT



Pernah tak rasa?
Terutama kita-kita pompuan ni, yelah ada masa-masa ni kita kan dapat cuti istimewa dari Allah Taala, jadi masa-masa tu la terutamanya waktu bulan posa ni kita dok tengok TB, buat biskut raya, buat taik mata..yelah, orang tengah cuti, nak baca Al-Quran tak boleh, nak solat tak boleh...dah tergeliat lidah berzikir, sampai tertidur-tidur...tak tahu la orang lain, tapi ibu memang tertidur-tidur, tapi bila tengok TB elok pulak terbuntang mata ni...haish! syaitan sungguh! Eh! Syaitan kena ikat la bulan posa...

Selalu masa nilah ibu rasa macam ada benda tak cukup. Macam jarak antara diri yang kerdil tapi gemuk ni jauh sangat dari Allah swt. Mula la rasa tak sedap. Rasa macam 'aku ni kalau mati masa ni, konpem masuk neraka'.

Rasa tak sedap hati....
bila nak tidur, serba salah tak boleh baca Al-Fatihah, 3 Qul...
Bila anak mengigau, selalu kita baca Ayat Qursi,
time 'cuti' nak baca apa? Udah sasau...
berkerut-kerut nak pikior apa ayat ibu nak baca...

Rasa macam jahat ...rasa macam Allah swt konpem tak pandang pun muka ibu. Budak jahat lagi jahil.

Rasa tak sabar-sabar nak solat bebanyak, nak baca Al-Quran....


bila la aku nak bersih? bila la aku nak bersih?
*Mengeluh panjang*

Korang pernah rasa tak?
Korang pernah rasa ke ibu sorang je suka melayan perasaan macam ni...menci betul bila ada perasaan macam ni. Tapi kejap je lah, waktu tengah bulan mengambang je, lepas bulan mengambang ok je...

Ntah apa-apa kan?

SAINS SOLAT


Tengah-tengah browse image kat internet tadi, terjumpa website ni http://ustazahcyber.blogspot.com/2009/05/kaian-solat-menurut-sains-harapan.html

lepas tu terjumpa pulak website sainssolat.com

Macam menarik pulak buku kat bawah ni, rasa nak beli tapi ada kat UM je...
sapa kerja UM, sila angkat tangan, ibu nak beli...



Ikhlas dan dekat je dalam hati
Ibu Muhsina