Friday, October 29

Pizza

Ok. Ibu muhsina ni bukanlah orang yang cerewet, bukannya orang yang suka suki bising-bising, bukan juga orang yang jenis suka havoc-havoc. Ibu muhsina paham kalau ada services yang tak berapa cekap amanah ni...ibu muhsina tak sekejam itu, ibu muhsina paham...

TAPI...

ibu muhsina cukup marah kalau kita tanya dia macam buat-buat tak tahu. Macam kita ni takde duit, datang kedai dia bawak sehenget. Apa?! ingat aku sengkek sangat ke?...ok-ok...itu ayat kasi delete ya...tak suka, tak suka...nanti along, angah, acik baca...adik ke, susah lak nanti...

Hari jumaat(semalam lah), ibu dan dua rakan sebaya naklah makan pizza **tut** kat alamanda(hint tu). Setelah beberapa kali 'nak makan mana' 'nak makan mana'...bla-bla-bla, beri pulak laluan pada mak buyong dua orang tu pilih apa mau makan. This petite mak buyong pilih lah makan pizza.

So kami pun order sebelum kami disuruh duduk. Semua happy...ok 10 minutes waiting, i'm still ok lagi. Ibu muhsian tengok orang ramai, dan semua belum dapat apa yang sepatutnya dapat. Ok...ibu muhsina masih maintain wanita melayu terakhir lagi.

20 minutes, aikkk..takkan gua punya minum pun takde. Soup pun yelek!!

Mak buyong petite yang sorang tu dah siap keluar duit, dan siap shopping, sampai kat restoran masih belum ada sebarang makanan, minuman atas meja. Mata ibu muhsina meliar je tengok meja-meja lain yang datang kemudian dari kami tapi dah dapat makanan...siap dah dapat satu set lagi...AAAIIKKKK!!!

'Adik, can u please check our order? kot2 tertinggal ke'...ayat masih lemah lembut dan penuh kesopanan. Cakap omputih lagi. Adik tu cuma senyum sinis je.

Lepas tu dia blah...lamaaaaaaaaaaa dia blah....

So, ibu muhsina pun panggillah adik ambik order tadi.

'Adik, akak punya order, takkan soup pun takde, susah sangat ke nak tuang soup'...Ayat ibu muhsina dah ada tanda-tanda akan jadi incredible hulk.

'Kejap ye kak, ramai sangat orang ni'...ramai? mana ramai...ada jugak meja kosong...


Tetiba ibu muhsina ternampak satu meja penuh ada dalam 6 orang, yang way back lambat dari ibu tapi sudah siap di'served' dengan pizza, air, soup dan segala mak nenek yang diaorang nak melantak.

OK!!! THAT'S IT!!!


Ibu muhsina sudah terbakar, dah koyak baju dan tukang ijo dah...

'Ikutkan hati aku, aku tinggalkan aje'....JOM kata kawan ibu muhsina

'serious?'...ibu muhsina tanya. 'Aku ikut ko je' kata kawan2 yang lain.

Hmm apa lagi, kami pun angkat ler kaki...PUAS HATI KO!!!!

Keluar dari restoran tu, tak pandang belakang, tinggal je meja tu! Lepas tu kitaorang gelak-gelak sakan kat luar...dan persoalan nak makan mana timbul semula...

Ibu muhsina sebenarnya faham kalau betul perkhidmatan yang diberi, kalau kita tanya, jawab lah 'Kak sekejap ya saya check' Lepas tu please get back to the customer. Ini tak, dibiar aje customer tunggu macam tunggul. Tak boleh tanya ke? Susah sangat ke? There were 10 of you with some malay gent yang tak reti nak solat jumaat. Mungkin 'Tulah' sebab ramai pekerja melayu lelaki tak solat jumaat.....


Salam
Ibu Muhsina

Wednesday, October 27

Ketulusan Hati OASIS

Inilah video yang menguris, merobek perasaan ibu muhsina.....


Ketulusan Hati



Boleh dikatakan setiap 7.30pm, ibu muhsin akan cuba membuka Astro Oasis, kalau teringat lagi awal dari waktu tu, lagi awallah ibu muhsina buka tapi kalau tak sempat, kalau pukul 7.30pm pun takpe. Kenapa? Sebab ibu muhsina dapat dengar lagu fav ibu muhsina. Tak tahu kenapa lagu tu terlalu menusuk kalbu, terlalu mengasyik, tapi bila lihat video dan menghayati lirik-liriknya, boleh mengenang air mata ibu muhsina. Rindu pada Kaabah, pada Raudah, pada Kubah Hijau tiba-tiba mengamit perasaan...


Mungkin lepas ni ibu muhsina akan kongsikan pengalaman-pengalaman ibu muhsina menjadi Tetamu Allah...

Along

Semalam along memberi hadiah yang teristimewa untuk ibu dan abah muhsina. Along pulang mengkhabarkan yang dia mendapat nombor satu dalam kelas. Hati ibu mana yang tidak seronok mendengarnya. Nyaris-nyaris ibu muhsina menanggis kegembiraan. Memang perasaan seorang ibu itu sensitif, dulu ibu muhsina selalu ketawakan makcik-makcik ibu muhsina sikit-sikit menanggis. Anak dapat keputusan baik nanggis, tengok cerita hindustan nanggis, baca novel cinta pun nanggis. Tapi nah kau! ibu muhsina tengok Kuchi Kuchi Ko Ta Hey nanggis teresak-esak siap tisu bagai.

Ibu muhsina amat harap sangat-sangat along memberi contoh pada adik-adik yang lain. Bagi ibu muhsina, along amat istimewa, dia anak yang mendengar kata. Kalau ibu muhsina marah, dia memang tak berani nak lawan balik cakap ibu muhsina. Dia akan tunduk memandang lantai takpun dia pandang tempat lain, takut agaknya. She's one obedient child. Bila along dapat nombor satu, along mesti masuk kelas yang pandai, sekarang ni kat kelas tercorot sebab pindah sekolah.  Abah muhsina memang dari dulu selalu aje cakap nak make sure along masuk kelas pandai biar ada competitioan. Ibu muhsina memang setujulah apa yang abah cakap tu.

So, malam tadi ibu muhsina belanja along dan adik-adik termasuklah abah muhsina makan pizza. Biasalah budak-budak ni, baru makan nasi pun boleh isi berketul-ketul pizza. Perut bocor betul. tapi ibu muhsina suka, suka tengok anak-anak makan, selera je...

Buat along, buatlah yang terbaik, kerana ia adalah untuk along juga, ibu dan abah menumpang gembira dengan kejayaan along, Ibu doakan along berjaya dalam hidup dan menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan taat pada Allah. Ingat anakku, kejayaan seseorang adalah pemberian dari Allah Taala, sentiasa ingat siapa diri kita di sisi-NYA. Jangan tinggalkan solat, solat tiang agama....


Salam
Ibu Muhsina


Monday, October 25

Nilai murni


Ibu muhsina biasa makan breakfast di office sebab tak sempat nak makan(dengan tenang) di rumah. Pagi tu ada isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli pantry adalah berkenaan budget 2011 yang baru sahaja dibentangkan oleh PM kita. Boom Bang Boom Bang mereka-mereka meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Bila ibu muhsina dengar memang ada logik ketidakpuasan hati mereka, yelah kan kadang-kadang macam tak logik je.

Tetiba ada seorang ahli itu berkata 'Kita ni kalau nak jadi pemimpin kena fikir pasal orag lain, bukan pasal diri kita aje'. Dengan erti kata lain, janganlah self-centered.

So, ibu muhsin pun menyampuk, bukan apa sebab kebanyakkan ahli-ahli bahasan adalah seumpama tak cermin diri sendiri. Ibu muhsina kata tak payahlah tengok pada situasi negara, tengok sahajalah apa yang ada disekeliling kita, contohnya kompeni kita ni. Kita ni sebenarnya bersikap tak ambil peduli kesusahan orang lain. Kata ibu muhsina, kalau ada orang susah, kita tak tolong pun, kita ambik sikap 'kau-kau, aku-aku, anak bini ko makan aku tak kisah, asalkan anak bini aku makan'.

Bila nak minta derma setakat hulur 2 ringgit, kalau nak beli hp, mak aiii secanggih2 hp. Samalah macam pemimpin-pemimpin yang korang kutuk tu, sikap self-centered, kau-kau aku-aku. Kalau kita tak betulkan diri kita sendiri tak usahlah dok kata orang lain. Terus perbahasan yang hangat jadi sejuk, diam dan kaku. Sebab kena batang hidung sendiri agaknya.

Sebenarnya kita kena terap nilai suka menolong dan membantu tak kiralah apa bangsa agama darjat saudara ke, jiran ke, rakan ke pada diri kita dan anak-anak kita. Sikap ni agak kurang ada pada sekeliling ibu muhsina, kadang-kadang sedekah untuk anak yatim dapat dikutip ala-kadar sahaja. Geram juga ibu muhsina rasa. Mereka ni taktahu ke sedekah amal jariah ni bukan setakat pahala tetapi nanti ganjaran yang Allah Taala bagi 7 x 100 kali ganda. Mungkin mereka tak nampak tapi dengan keyakinan insyaAllah benda ni kita nampak.

Itulah nilai murni yang atok terapkan pada ibu muhsina, dari dulu atok suka menolong orang. Tak kira bangsa, ibu muhsina ingat lagi, masa tu ibu muhsina baru dalam umur 3 tahun, atok bawak ibu muhsina pergi ke kedai, dalam perjalanan ada seorang pemuda india sedang berjalan kaki. Atok berhentikan kereta lalu mempelawa pemuda india itu naik. Pada mulanya pemuda india itu agak keberatan tapi mungkin lepas melihat ada kanak-kanak montel (ibu muhsin la tu) ada dalam kereta tu, dia pun masuk. Ibu muhsina tengok mereka rancak berbual seolah-olah sudah lama kenal. Ibu muhsina tak tahu apa yang jadi dengan pemuda india tu tapi ibu muhsina tahu sampai bila-bila pun dia akan ingat dengan budi yang atok bagi pada dia. Dan sampai sekarang ibu muhsina terapkan sikap tolong menolong itu pada diri ibu muhsina dan muhsina-muhsina.

Salam
ibu muhsina

Monday, October 18

Muhsibah

Bila kita senang, kita lupa pada Allah...
Bila kita susah, baru kita ingat siapa diri kita, siapa Tuhan kita, dengan siapa kita patut mengadu...

Manusia memang mudah lupa....

Baru-baru ni 2 orang rakan ibu muhsina di timpa muhsibah, tak ada kena mengena pun dengan statement di atas cuma ibu muhsina sendiri fikir, ibu muhsina pun selalu lupa bersyukur dengan apa yang ibu muhsina ada...

Ibu muhsina ada suami ~ baik, penyayang...sayang pada ibu muhsina, sayang pada along, angah, achik dan adik...bertanggungjawab cuma mungkin dia workaholic sikit...tapi takperlah as long as dia sentiasa ada depan mata ibu muhsina, ibu muhsina tak kisah..

Ibu muhsina ada anak-anak ~ anak-anak ibu muhsina adalah permata, jantung hati, buah hati, berlian, emas dan macam2 lain perkataan yang sesuai mengatakan mereka adalah yang teristimewa dalam hidup ibu muhsina...

Ibu muhsina ada rumah untuk berteduh, untuk berhias, untuk lepak2....

Ibu muhsina ada kereta untuk jalan2, untuk pergi pasar, untuk pergi kedai beli roti...

Ibu muhsina masih ada mak untuk manja-manja, ada abah untuk mintak favor apa2(hahahaha), ada abang untuk ngomel2, ada adik untuk gossip2, ada kakak ipar nan sorang untuk buat gaduh...

Ibu muhsina ada 2 kakak ipar dari seberang sana yang sayang dengan ibu muhsina, ada 2 abang ipar juga dari seberang sana yang kadang-kadang tak paham sangat dengan mereka ni, redho jelah...

Ibu muhsina ada 13 anak buah yang bermacam2 ragam dan saiz...fuhh ramai tu, sekali berkumpul, kalau nak bercakap kena jerit2 kalau tak...tak dengar sepatah haram pun

....jadi ibu muhsina kena banyak-banyak syukur dengan rezeki yang Allah Taala bagi pada ibu muhsina...

Muhsibah yang datang kadang-kadang kita ingat Allah tak sayang dengan kita, tapi hakikatnya Allah sayang dengan kita, dengan muhsibah ni kita akan ingat dengan Allah...

Ibu muhsian selalu pesan, mungkin hikmahnya kita tak nampak buat masa ini, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita, perancangan yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik, mungkin kita rasa Allah tak adil...tetapi percayalah, yakinlah wahai teman-temanku yang ditimpa malang, segala apa yang terjadi semuanya dalam ketentuan-NYA.

Banyak-banyakkan solat, doa dan sentiasa bertawakal kepada Allah....

Ibu muhsina bukanlah muslimah yang baik, alim tapi ibu muhsina ingin menjadi muslimah yang terbaik untuk anak-anak ibu muhsina....untuk bekalan ibu muhsina di SANA nanti

Salam
ibu muhsina