Friday, October 29

Pizza

Ok. Ibu muhsina ni bukanlah orang yang cerewet, bukannya orang yang suka suki bising-bising, bukan juga orang yang jenis suka havoc-havoc. Ibu muhsina paham kalau ada services yang tak berapa cekap amanah ni...ibu muhsina tak sekejam itu, ibu muhsina paham...

TAPI...

ibu muhsina cukup marah kalau kita tanya dia macam buat-buat tak tahu. Macam kita ni takde duit, datang kedai dia bawak sehenget. Apa?! ingat aku sengkek sangat ke?...ok-ok...itu ayat kasi delete ya...tak suka, tak suka...nanti along, angah, acik baca...adik ke, susah lak nanti...

Hari jumaat(semalam lah), ibu dan dua rakan sebaya naklah makan pizza **tut** kat alamanda(hint tu). Setelah beberapa kali 'nak makan mana' 'nak makan mana'...bla-bla-bla, beri pulak laluan pada mak buyong dua orang tu pilih apa mau makan. This petite mak buyong pilih lah makan pizza.

So kami pun order sebelum kami disuruh duduk. Semua happy...ok 10 minutes waiting, i'm still ok lagi. Ibu muhsian tengok orang ramai, dan semua belum dapat apa yang sepatutnya dapat. Ok...ibu muhsina masih maintain wanita melayu terakhir lagi.

20 minutes, aikkk..takkan gua punya minum pun takde. Soup pun yelek!!

Mak buyong petite yang sorang tu dah siap keluar duit, dan siap shopping, sampai kat restoran masih belum ada sebarang makanan, minuman atas meja. Mata ibu muhsina meliar je tengok meja-meja lain yang datang kemudian dari kami tapi dah dapat makanan...siap dah dapat satu set lagi...AAAIIKKKK!!!

'Adik, can u please check our order? kot2 tertinggal ke'...ayat masih lemah lembut dan penuh kesopanan. Cakap omputih lagi. Adik tu cuma senyum sinis je.

Lepas tu dia blah...lamaaaaaaaaaaa dia blah....

So, ibu muhsina pun panggillah adik ambik order tadi.

'Adik, akak punya order, takkan soup pun takde, susah sangat ke nak tuang soup'...Ayat ibu muhsina dah ada tanda-tanda akan jadi incredible hulk.

'Kejap ye kak, ramai sangat orang ni'...ramai? mana ramai...ada jugak meja kosong...


Tetiba ibu muhsina ternampak satu meja penuh ada dalam 6 orang, yang way back lambat dari ibu tapi sudah siap di'served' dengan pizza, air, soup dan segala mak nenek yang diaorang nak melantak.

OK!!! THAT'S IT!!!


Ibu muhsina sudah terbakar, dah koyak baju dan tukang ijo dah...

'Ikutkan hati aku, aku tinggalkan aje'....JOM kata kawan ibu muhsina

'serious?'...ibu muhsina tanya. 'Aku ikut ko je' kata kawan2 yang lain.

Hmm apa lagi, kami pun angkat ler kaki...PUAS HATI KO!!!!

Keluar dari restoran tu, tak pandang belakang, tinggal je meja tu! Lepas tu kitaorang gelak-gelak sakan kat luar...dan persoalan nak makan mana timbul semula...

Ibu muhsina sebenarnya faham kalau betul perkhidmatan yang diberi, kalau kita tanya, jawab lah 'Kak sekejap ya saya check' Lepas tu please get back to the customer. Ini tak, dibiar aje customer tunggu macam tunggul. Tak boleh tanya ke? Susah sangat ke? There were 10 of you with some malay gent yang tak reti nak solat jumaat. Mungkin 'Tulah' sebab ramai pekerja melayu lelaki tak solat jumaat.....


Salam
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment