Wednesday, October 27

Ketulusan Hati



Boleh dikatakan setiap 7.30pm, ibu muhsin akan cuba membuka Astro Oasis, kalau teringat lagi awal dari waktu tu, lagi awallah ibu muhsina buka tapi kalau tak sempat, kalau pukul 7.30pm pun takpe. Kenapa? Sebab ibu muhsina dapat dengar lagu fav ibu muhsina. Tak tahu kenapa lagu tu terlalu menusuk kalbu, terlalu mengasyik, tapi bila lihat video dan menghayati lirik-liriknya, boleh mengenang air mata ibu muhsina. Rindu pada Kaabah, pada Raudah, pada Kubah Hijau tiba-tiba mengamit perasaan...


Mungkin lepas ni ibu muhsina akan kongsikan pengalaman-pengalaman ibu muhsina menjadi Tetamu Allah...

Along

Semalam along memberi hadiah yang teristimewa untuk ibu dan abah muhsina. Along pulang mengkhabarkan yang dia mendapat nombor satu dalam kelas. Hati ibu mana yang tidak seronok mendengarnya. Nyaris-nyaris ibu muhsina menanggis kegembiraan. Memang perasaan seorang ibu itu sensitif, dulu ibu muhsina selalu ketawakan makcik-makcik ibu muhsina sikit-sikit menanggis. Anak dapat keputusan baik nanggis, tengok cerita hindustan nanggis, baca novel cinta pun nanggis. Tapi nah kau! ibu muhsina tengok Kuchi Kuchi Ko Ta Hey nanggis teresak-esak siap tisu bagai.

Ibu muhsina amat harap sangat-sangat along memberi contoh pada adik-adik yang lain. Bagi ibu muhsina, along amat istimewa, dia anak yang mendengar kata. Kalau ibu muhsina marah, dia memang tak berani nak lawan balik cakap ibu muhsina. Dia akan tunduk memandang lantai takpun dia pandang tempat lain, takut agaknya. She's one obedient child. Bila along dapat nombor satu, along mesti masuk kelas yang pandai, sekarang ni kat kelas tercorot sebab pindah sekolah.  Abah muhsina memang dari dulu selalu aje cakap nak make sure along masuk kelas pandai biar ada competitioan. Ibu muhsina memang setujulah apa yang abah cakap tu.

So, malam tadi ibu muhsina belanja along dan adik-adik termasuklah abah muhsina makan pizza. Biasalah budak-budak ni, baru makan nasi pun boleh isi berketul-ketul pizza. Perut bocor betul. tapi ibu muhsina suka, suka tengok anak-anak makan, selera je...

Buat along, buatlah yang terbaik, kerana ia adalah untuk along juga, ibu dan abah menumpang gembira dengan kejayaan along, Ibu doakan along berjaya dalam hidup dan menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan taat pada Allah. Ingat anakku, kejayaan seseorang adalah pemberian dari Allah Taala, sentiasa ingat siapa diri kita di sisi-NYA. Jangan tinggalkan solat, solat tiang agama....


Salam
Ibu Muhsina


No comments:

Post a Comment