Monday, October 25

Nilai murni


Ibu muhsina biasa makan breakfast di office sebab tak sempat nak makan(dengan tenang) di rumah. Pagi tu ada isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli pantry adalah berkenaan budget 2011 yang baru sahaja dibentangkan oleh PM kita. Boom Bang Boom Bang mereka-mereka meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Bila ibu muhsina dengar memang ada logik ketidakpuasan hati mereka, yelah kan kadang-kadang macam tak logik je.

Tetiba ada seorang ahli itu berkata 'Kita ni kalau nak jadi pemimpin kena fikir pasal orag lain, bukan pasal diri kita aje'. Dengan erti kata lain, janganlah self-centered.

So, ibu muhsin pun menyampuk, bukan apa sebab kebanyakkan ahli-ahli bahasan adalah seumpama tak cermin diri sendiri. Ibu muhsina kata tak payahlah tengok pada situasi negara, tengok sahajalah apa yang ada disekeliling kita, contohnya kompeni kita ni. Kita ni sebenarnya bersikap tak ambil peduli kesusahan orang lain. Kata ibu muhsina, kalau ada orang susah, kita tak tolong pun, kita ambik sikap 'kau-kau, aku-aku, anak bini ko makan aku tak kisah, asalkan anak bini aku makan'.

Bila nak minta derma setakat hulur 2 ringgit, kalau nak beli hp, mak aiii secanggih2 hp. Samalah macam pemimpin-pemimpin yang korang kutuk tu, sikap self-centered, kau-kau aku-aku. Kalau kita tak betulkan diri kita sendiri tak usahlah dok kata orang lain. Terus perbahasan yang hangat jadi sejuk, diam dan kaku. Sebab kena batang hidung sendiri agaknya.

Sebenarnya kita kena terap nilai suka menolong dan membantu tak kiralah apa bangsa agama darjat saudara ke, jiran ke, rakan ke pada diri kita dan anak-anak kita. Sikap ni agak kurang ada pada sekeliling ibu muhsina, kadang-kadang sedekah untuk anak yatim dapat dikutip ala-kadar sahaja. Geram juga ibu muhsina rasa. Mereka ni taktahu ke sedekah amal jariah ni bukan setakat pahala tetapi nanti ganjaran yang Allah Taala bagi 7 x 100 kali ganda. Mungkin mereka tak nampak tapi dengan keyakinan insyaAllah benda ni kita nampak.

Itulah nilai murni yang atok terapkan pada ibu muhsina, dari dulu atok suka menolong orang. Tak kira bangsa, ibu muhsina ingat lagi, masa tu ibu muhsina baru dalam umur 3 tahun, atok bawak ibu muhsina pergi ke kedai, dalam perjalanan ada seorang pemuda india sedang berjalan kaki. Atok berhentikan kereta lalu mempelawa pemuda india itu naik. Pada mulanya pemuda india itu agak keberatan tapi mungkin lepas melihat ada kanak-kanak montel (ibu muhsin la tu) ada dalam kereta tu, dia pun masuk. Ibu muhsina tengok mereka rancak berbual seolah-olah sudah lama kenal. Ibu muhsina tak tahu apa yang jadi dengan pemuda india tu tapi ibu muhsina tahu sampai bila-bila pun dia akan ingat dengan budi yang atok bagi pada dia. Dan sampai sekarang ibu muhsina terapkan sikap tolong menolong itu pada diri ibu muhsina dan muhsina-muhsina.

Salam
ibu muhsina

No comments:

Post a Comment