Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, September 20

Puasa Raya Puasa


Too many things happen in too many ways in too little time....(faham ke tak ni? sebab ibu muhsina tak berapa faham)

Puasa 30 hari tahun ni....semua berjalan lancar tanpa gangguan penganas dan setan iblis...Waktu sahur, Along bangun, Angah bangun, Adek bangun...kadang-kadang Acik pun bangun...kalau dah semua bangun...semua makan termasuklah si adek...dah macam siang...bukak TV tengok kartun pukul 5 pagi...tak tahulah camne jiran-jiran fikir, mesti mereka geleng2 angguk2 tengok stail keluarga 69 ni bersahur...

Waktu berbuka, pun lebih kurang jugak, perang iran iraq pun kalah rasanya...kelam kabut, tercekik-cekik rasanya tekak...tapi nak buat camner, itulah pengorbanan yang seorang ibu yang bekerja terpaksa harungi...waaaaaa!!!

I was waiting for this raya actually, reason sebab abang kesayangan balik dari merantau...walaupun ada sekali kala dia balik waktu raya tapi kali ini lain sikit, He's back for good which ibu muhsina rasa suka sangat. Suka sebab beban di atas bahu dah hilang sikit, beban apa? beban memikirkan abah dan mak, bukan ibu muhsina tak suka, tapi ibu muhsina risau kalaulah jadi apa2 waktu abang tak ada, ibu muhsina tak kuat untuk menghadapinya sorang-sorang. Walaupun ada suami tercinta, tapi kalau abang ada rasa beban tu taklah teruk sangat

Tapi agak malang, raya kali ni not to what i expected. Ibu muhsina agak sebok, masak soto di pagi raya, kelam kabut. Pakai makai anak2 terus cepat2 pergi rumah MIL, Disebabkan kesibukkan yang agak terlampau, i missed all the photos that intended to take, i missed the moments where the salam-salam peluk-peluk like always, i missed all the gelak ketawa hilai mengilai...hmmmm

Andddd....ada pulak tragedi di pagi raya yang buat agak tak seronok untuk dinukilkan di sini...

Takpelah...what happen has happened...tak boleh nak patah balik, tak boleh reverse go head go stan dah...to my sis, redha dan banyak2lah bersabar, kalau selama 10 tahun boleh sabar, kenapa perlu waktu yang ini gunung berapi memuntahkan laharnya...

To my brother, maybe you should sit and think hard on this issue...tengoklah keadaan sekeliling, tengok cara dan gaya, you are wiser than me.

To my sis in law, kalau orang tak suka kita, mesti ada sebabnya, jangan salahkan orang kerana tak suka kita sebab mungkin ia berpunca dari dalam diri kita. Kita kena betulkan diri kita sebelum kita sibuk betulkan orang lain..

Haiya!!...penatlah...whatever it is...raya walaupun ada gunung berapi meletops...ibu muhsina masih happy seperti biasa sebab life is short, bila bila masa kalau dah tiba masa, kita balik bertemu Allah swt....

jadi jangan pening-peningkan kepala fikir...just enjoy!!




Sunday, April 25

Weekend



Ibu muhsina tiba-tiba rasa kurang sihat. Selesema dan bersin-bersin. Mungkin sebab aktiviti ibu muhsina weekend ni terlalu hectic dan agak keterlaluan.


Hari Sabtu, ibu muhsina dan rakan-rakan pergi membeli belah terbelah di KL. Oh ya, ibu muhsina pergi shopping raya. Lambat lagi raya? Laaa....rugilah kalau tak shopping, si sugartis dan pakcik jekal tengah sale. tak lupa juga pak sogo. sale jugak! hebat sungguh. tapi ironiknya bukan ibu muhsina sahaja yang shopping raya rupa-rupanya ramai yang shopping raya. Siap dah beli langsir la pun ada.

Tengok kanan dan kiri, rata-rata yang shopping raya adalah kaum sejenis ibu muhsina. Boleh tahan jugak kaum sejenis sebangsa ibu muhsina ni. Munskin juga kerana keadaan ekonomi yang semakin meningkat ni. Yelah kalau sesiapa perasan, ringgit tengah mahal ni. Hmmm tak sangka kaum sejenis dan sebangsa ibu muhsina amat peka dengan keadaan ekonomi negara. Tulah tak boleh pandang sipi-sipi kaum sejenis sebangsa ibu muhsina ni, walaupun duduk rumah dok masak, jaga anak jaga laki amat uptodate dengan keadaan ekonomi negara, kalau tak percaya cuba tanya, barang-barang dapur harga naik tak. Mesti kaum sejenis dan sebangsa ibu muhsina yang tahu dulu.

Ibu Muhsina tahu keadaan ekonomi ibu muhsina dan abah muhsina jadi kena pandai-pandai budget la. Lagipun tengah sale, ambil peluang orang kata(ayat-ayat menyedapkan poket abah muhsina la ni)...

Ibu Muhsina jugak terbeli pencuci muka brand mahal, yg nama ada nombor tu...nak try. Tapi entahla, sekarang ni mungkin boleh guna starter pack, tapi kalau nanti cun melecun jadinya, agak-agak mampu ke ibu muhsina beli brand ada nombor ni. Ibu Muhsina kena betul-betul fikir ni.

Hari ni Ibu Muhsina masak-masak. Sebab semalam makan nasi ayam bodoh yang Ibu Muhsina masak dalam tergesa-gesa. Jadi hari ini ibu muhsina masak betul-betul, masak pandai sikit. Masak Sup ikan kegemaran along angah dan achik, sementara abah muhsina, ibu muhsina masak daging masak kicap. Kemudian ibu muhsina masak mee bandung express untuk makan malam...Nampak gaya semuanya happy. Ibu Muhsina buat semua ni dengan harapan along angah achik dan abah muhsina rasa seronok sebab semalam ibu muhsina balik lambat dari shopping raya..:P