Monday, April 19

Muhsina


Muhsina adalah gabungan nama anak-anak kami

Dan...

Muhsina juga adalah nama syarikat kami

Kenapa Muhsina? Kenapa tak nama lain?

Entahla...muhsina memang sedap di dengar. Bila menyebut muhsina, terbayang wajah anak-anak yang riang, ceria dan aktif di rumah. Anak-anak ada 4 kesemuanya...along angah achik dan adik.

Along bersekolah bersama angah. Achik dan adik tinggal di rumah bersama bibik. Bila tengahari Along balik, petang pergi pula sekolah KAFA. Angah pulak bila petang baru nampak sebab tadikanya sampai petang.

Biasanya bibik sibuk dengan achik dan adik di rumah. Ibu dan abah pergi kerja macam orang-orang yang lain. Mungkin satu hari nanti ibu meletakkan keputusan untuk berhenti tapi itu KALAU ibu decide nak berhenti. Masih dalam perancangan. Mungkin kalau kaya, ibu berhenti la (bila nak kaya tu?)

Ibu dan Abah kerja biasa-biasa aje. Nothing special to share. Kerja macam orang lain jugak.

Pagi-pagi ibu abah pergi kerja, petang balik rumah mengharungi jem dan jem dan jem...macam orang lain jugak.

Tetiap akhir bulan, ibu abah dapat gaji. Spend se'wise'ly yang boleh. Lepas tu tengah bulan sakit, macam orang lain jugak.

Tetiap weekend, ibu abah try to make some times untuk along angah achik dan adik macam orang lain jugak.

So.....

This blog has no specialities. Just a normal blog that has normal life...




No comments:

Post a Comment