Thursday, June 21

Calorie In and Out Cik Tan

Ceh! bunyi mcm baguih je topik entry kali ni...
Tapi dah pk lama dah...tak kuo-kuo tajuk entry yg cun sikit...so belasah jelah

Berbalik pada post entry : http://muhsinas.blogspot.com/2012/06/cara-makan-cik-tan.html

Cik Tan memakan bekfas

~ Nasi Lemak kecil seringgit limaposen
~ karipap 2 ketul
~ Teh Tarik satu gelas

Setelah dicongggak-congak, kalori intake Cik Tan untuk bekfas je dah 638kcal (Mak aaaiiiii)

Lepas tu makan kepek pisang 150kcal(katakan ya sebab kerepek bawang 10gm 50kcal, takkan ko makan 10gn je dak...kurang2 mesti 30gm)....

Lepas tu Cik Tan makan pulak tengahari tu...berapa kalori dia ambik tu?

Kata le Nasi 222kcal, ayam goreng kekonon dia ambik drumstick udah 231kcal, sambal udang kecik 71kcal, then sayur kobis masak lemak kata le 80kcal, lepaih tu minum sirap limau kata le 80kcal sebab bergula, tak cukup dengan tu tambah lak pisang goreng 3 ketul 387kcal...

te kira-kira...berapa dia ambik untuk tengahari .... 1071 kcal!!! AMBIK KO dik non...banyaknya...





Lepas tu...tak abes lagi...petang tu ko makan lak baki kerepek pisang ngan ayo neskafe...tambah lagi 320kcal


Malam lak (fuhh penat la ngira)...Nasi Goreng Pattaya dengan ais kerim...tambah le 650kcal untuk nasi goreng dan 200kcal untuk aiskerim....850kcal!!

Jumlah ler....ibu nak jumlah pun terketor2 tangan....

as per expected!!!

3029 kcal

Ini pun kira tak le hebat sangat si Cik Tan ni makan...ada lagi hebat tapi tengok kalori intake dia 3000 lebih beb...Orang pompuan macam kita ni biasa2 kena ambil 2000kcal je Cik Tan. Ini dah lebih dah ni, dah 1000 kcal lebih. Nangges ooooo kalau macam ni. Lelama pintu bas mini tu tak muat dah weh nak masuk...

TAPI..

bukan ke Cik Tan dah masuk program diet belasah?

Ok esok kita tengok pulak program diet belasah dia macam mana..

Salam Manis kueh lodeh
Ibu Muhsina

Tuesday, June 19

Cara Makan Cik Tan

Katakan Cik Tan makan pagi
~ Nasi Lemak kecil seringgit limaposen (susah nak cari nasi lemak seringgit dah sekrang ni)
~ lepas tu nak kudap2 karipap 2 ketul
~ Ayo pulak nak ayo Teh Tarik satu gelas


Lepas tu, pukul 10, perut ada sedikit ruang pulak, mintak nak isi
~ Rembat kerepek pisang, dalam hati cakap kerepek je, bukan berat pun

Tengahari pulak makan
~ Nasi lauk ayam goreng, sambal udang, sayor kubis masak lemak sesudu besar je
~ Ayo sirap limau
~ tak lupa pisang goreng 3 ketul (minimum je tu - kekadang 5 ketul)

Terliur weh pisang goreng neh!!!

Dalam pukul 3.00 ptg gitu, lapo balik
~ Makan baki kerepek~ Ayo Nescafe lah sebab tadi minum Teh Tarik, takkan nak minum lagi ye dak

Dalam kereta, rasa bosan sebab jem, tengok-tengok ada kerepek ubi pulak, melantak kerepek ubi barbekue sepeket...kecik jelah peketnya, takpela...

Malamnya, abah eh nak makan goreng2, singgah kat Kedai Mak Limah Goreng beli Nasi Goreng Pattaya 4..satu untuk Cik Tan, satu untuk abah eh, 2 untuk anak

Dah kenyang. Dok depan tb nenggok citer Melayu nangges2...peluk2....renggek2...


rasa perut kena isi sebelum tido...hmm bukak peti ais...eh! ada saki baki ice cream minggu lepas punya
rembat pulak ice cream..sikit je, tak jadi lemak pun

Lepas sebulan Cik Tan bising takleh nak masuk kain kurung dia, takleh kancing. So Cik Tan nekad nak diet...

Bermulalah program diet Cik Tan tanpa knowlegde dan study yang betul, Program Diet Belasah

Sarapan
~ Cik Tan nak diet kan, so dia minum Milo dengan karipap je, 3 ketul je dia ambik

In between dalam pukul 10, Cik Tan rasa lorh, lapo...
~ Cicah biskut 10 keping dengan Milo(lagi)

Karipap gebu yang mengebukan

Tengahari
~ Cik Tan taknak makan nasi, dia tengah ikut kempen 'SAY NO TO NASI'. Kempen mana dia ikut ntah.
~ jadi dia makan, pisang goreng 5 ketul, cekodok 3 ketul, keropok lekor 5 ketul...
~ Air pulak...dia pandai minum ayo suam sebab dia rasa kedadah makan kuih banyok sgt

In between pukul 3
~ Cik Tan masuk mesyuarat, ada pulak Teh Tarik dengan kueh talam serimuka dengan popia goreng. O dia tak makan nasi kan, jadi leh makan kueh. Kueh bukan nasi kan

Pukul 7 perut Cik Tan dah bunyi2, apala cik Tan punya perut ni, jadi Cik Tan pergi Kedai Cik Limah Goreng, beli mee goreng mamak sebungkus. Nasi goreng cina 3 bungkus. Mee Goreng dia punya la kan. Dia taknak makan nasi katanya

Dah kul 10, tengah tengok TB anak2 makan potato chips. Laaa ringan je potato chips ...dia pun ngap barang 7-8 ketul....

Agak-agak korang sihat tak pemakanan program Diet Belasah cik Tan?

Tunggu jawapannya lepas ni...

"Bila tu bu?"


"Entah..."

Salam Manis
Ibu Muhsina


Monday, June 11

Mesti ramai yang tak percaya?

Mesti ramai yang tak percaya apa koje ibu sampai tak jenguk-jenguk blog...FB ibu jenguk la, tapi blog ni macam ada satu kelemahan(bukan kekuatan) yang amat berganda-ganda..

Banyak sebenarnya nak dicoret-coretkan tapi macam otak beku....sebeku bekunya,....

Ok...tapi ada koje yang serius(yang mungkin membuat ibu sibuk) yang ibu buat selama sebulan...lepas tu koje tu fail, tu yang jadi demotivated tu (kot)...alasan la kan...so ibu nekad nak tengok/dengar sendiri how to apply this 'new way of life' to my life, sebab berguru secara membaca ni boleh memberi pelbagai jenis pemahaman kan, si menulis faham lain, si membaca faham lain...jadi saya nekad nak pergi dengar dari Si Guru...

ini ceritanya

Ibu sedang mengrelisasikan impian ibu untuk menurunkan berat sikit, tak payah banyak-banyak. Sikit pun jadilah. So that i can fit on any baju kurung yang jual2 kat tepi jalan, or any baju blouse yang comel2....Or to be exact just to be great of being myself....

Sepanjang kursus selama 3 jam, banyak sangat ilmu yang diberi oleh pakar nutrisi terkenal Kevin Zahri. And we can actually tanya dia macam-macam soalan dan dilayan dengan baik oleh Kevin. Attended by only around 40-45 participants. Mula-mula Kevin bercerita pasal pemakanan, pasal tubuh badan kita, senaman yang baik, cara senaman yang betul and so on. Lepas tu dia cerita pasal calorie in and calourie out. How much calorie yang kita patut ambik untuk maintain.  Macam mana pemakanan yang terbaik dan kualiti. And his way which ibu rasa i really want to adopt is kita still boleh makan apa yang kita nak makan. "nikmat hidup' kata Kevin. Yeay!!! Saya sangat suka...hehehehe

Cuma...cuma?? kita kena pandai or to be exact tahu kiraan kalori yang kita makan.

Dan oleh yang demikian(wah! skema!) ibu dan kawan ibu memang nekad nak ikut cara healthy diet yang Kevin suggest untuk kami. It's good to know your BMR, DCR calculation(kalau nak tahu apa BMR dan DCR, uols check kat pakcik google ya)

Kevin bagitahu it takes a long time for us to gain weight jadi jangan la nak reduce weight dalam seminggu sampai 5 kg. It takes time, well I definitely agreed.

I don't think that this course hanya untuk orang-orang terlebih 'sihat' ni. It should be attended by anyone yang rasa perlu untuk mengetahui cara pemakanan dan untuk sihat badan. Anyone yang nak lead to healthy life...ibu nekad nak healthy life, so i can enjoy my life dengan penuh berkualiti.

So...JOM KURUS!!!


Seriously memang best!!


oh yes! lupa pulak, this course is still on. Ada on 8th Julai which dah penuh dan 15th Julai yang masih ada kosong....

p/s: Kevin, if you happen to read this humble blog, sila bagi saya diskaun...hahahahahaha

Ikhlas
Ibu Muhsina

Thursday, May 24

Ingat entry ini?

Ingat tak entry ini?
http://www.muhsinas.blogspot.com/2011/07/berkongsi-kisah-sedih.html

Dah lama dah...nearly a year ago.

Ibu ikuti perjalanan mereka, norma dan talib...tiba-tiba stop sebab ntah tak tahu kenapa setop

Tiba-tiba...kawan bagitahu pasal ini

http://miera301.blogspot.com/2012/05/perjalanan-terakhir.html

terus speechless dan menanggis teresak-esak..

AL-Fatihah...


semoga Allahyarhamah Norma di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

p/s: Ibu dah lama tak bernukilan di sini. Banyak nak citer...cuma malas nak menulis...

Sunday, April 15

ANAK-ANAK KITA DAN RUMAH AMAL PERIBADI MULIA


Anak-anak ibu tidur atas katil empuk, abah beli dari Ikea.
Pasang aircond hatta kat luar hujan ribut petir
Bantal-bantal toksah cakap, bantal kekabu khas beli internet

Baju koyak sikit menanggis, nak baju baru
Ibu jahit complain sebab ibu jahit tak cantik
Pergi Giant beli baju baru, katanya tak de kelas, nak pakai T-shirt Polo atau Nike...
Kasut terkopak sikit, merenggek beli baru alang-alang Hush Puppies atau koman2 Crocs

Buku-buku penuh satu almari, baca ke? Ntah tak tahu nak kata
Makan sedap-sedap ayam daging ikan, Nasi pun beras siam import
Kadang-kadang ibu masak pelbagai jenis lauk...nama pun pelik-pelik...

Anak-anakku...bertapa bertuahnya hidup mu...
segala kemewahan dan kesenangan diberi oleh-NYA
Syukurlah anak-anakku...sentiasalah bersyukur kepada Allah yang Maha Esa
Pemberi rezeki dan nikmat yang tidak terhingga
Tidak terkira banyaknya...

Oleh itu...anak-anakku, sentiasalah ingat mereka yang tidak bernasib baik...anak-anak sebaya mu, yang makan dicatu, yang minum bersudu...Pakaian, kasut mereka tidak sepertimu...

Oleh itu anak-anakku bersegeralah menolong sahabat-sahabatmu, semoga kita memperolehi keberkatan Oleh-NYA, semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat-NYA....


Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).

RUMAH AMAL PERIBADI MULIA
No 2 Jalan Prima Saujana 1/4D
Prima Saujana
Kajang, Selangor

Pengurus Pn Siti Salmiah (017 213 7313/013 2416313)
Maybank : 562414006411 (Peribadi Mulia)


(foto hiasan)


Pagi tadi ibu membaca status kawan ibu yang mengatakan Rumah Kebajikan Amal Peribadi Mulia ini dipotong bekalan elektriknya kerana tidak dapat membayar tunggakan berjumlah RM750.00 kepada TNB. Tidak salahkan TNB kerana mereka menjalankan tugas. Dan bukan juga salah Rumah Kebajikan ini kerana kekangan wang. Bukan salah sesiapa..

Oleh itu, marilah kawan-kawan seblogger...mereka yang membaca entry ini secara tidak sengaja membantu anak-anak ini, anak-anak yatim piatu, fakir miskin mendapat merasa sekurang-kurangnya apa yang anak-anak kita rasa. Kasihanilah mereka...

Salam ikhlas yang jauh
Ibu Muhsina

Monday, March 26

Cuci Cuci...last kopek

Sabtu lepas-lepas, as promised, kami pergi nengok cuci-cuci last kopek...seperti biasa, 'pembelian' tiket adalah melalui BBM kepada seorang pengaruh yang besar di IB.



Kali ni, abah muhsina nak pergi, sebetulnya ibu memang suka abah muhsina ikut sekali. Kurang sikit ibu jagele kat situ. Ibu maintain anggun jelita jelah....hahahaha :P

Usu dan partner dia mesti le ikut, so memang dah 'mintak' 4 tiket dah. Bibik pun dah dipesan supaya datang hari off dia tu buat teman budak-budak, ibu nak dating ngan abah muhsina. Dah cakap kat Usu, double date ke IB hari tu....semua siap tetiba dalam pukul 10 pagi...

tit tit tit

'Ada 4 tempat kosong, ada sesiapa kawan nak ikut?'

Alamak mana pulak nak ku cari ni. I remembered abah lope, kesian dia tak pernah tengok teater before. So i rang him up.

'Okla..nanti tanya kak yong'. A minute or so, he told me kakyong penat, tak nak pergi.


Alamak, another 3 tickets ni, mana nak cekoh. Remember a few friends yang maybe available but then, afraid that last minute ni, ramai tak kose nak layan. It was then 12 oclock dah. another 3 more hours to go, show pukul 3 pulak tu. (Sorry frens...lain kali kalau aku dapat tiket pijak macam ni, aku call korang)

So ibu BBMing Dato' bgtau it's only 5 of us.


As soon as Bibik sampai, off we went to IB ikut Mex. Laju je vrooommmmmmm. Tapi jem seperti biasa depan IJN sampai roundabout Pahang. Sampai IB, tinggal 3-4 minit to 3 oclock. I was driving sebab 2 mamat macho taknak drive. Dato text me tanya ada parking ke tak. And i couldn't reply, yelah aku tengah drive. Banyak ket elak tu. Bila dah round-round area parking takde parking. i called Dato...

Ha! ambik ko kena marah sebab dia dah text tanya ada parking ke tak. Mampus!

'pergi depan lobby tu, text me your number plate'

Terus ke depan lobby, mamat guard tu tak bagi.

Dan ibu yang blur-blur cakap 'errr ada tak pengarah cakap apa2'

Si guard senyum macam sinis gitu. Nyampah. I still remembered his sinis smile until now. Tetiba dengar kat walkie talkie dia '2545 suruh ke depan'...hehehehehe kete teman le tu. Dia pun terus tunjuk depan lobby.

Huh! Sombong! Nasib baik ko jadi guard, kalau jadi Pengarah mungkin llllaaaggggiii sombong...

Sampai je masuk lobby greet by Dato...kiss kiss hug hug as usual, nanti kena ketuk kalau tak kiss kiss hug hug, dia terus bawak kami masuk....hehehehehe...kenala bebelan sedas dua tapi redho jelah labu...redho je..tak luak pun lemak-lemak kat badan....

(Gambar: taken from another people blog. Ntah sapa)

The show was superb, marbeles, rasa nak terkencing-kencing dibuat dek Hans, Afdlin, Nabil dan Awie. Begitu juga Vanida, Harun Salim Bachik dan Dina. Memang best. Dan selalunya memang  mereka ni sesuka hati je cakap bukan ikut skrip pun. Sebab derang pun banyak kali ketawa masa berlakon. Giles..

Ibu memang non-stop ketawa, terbahak-bahak. Ok...memang terbahak-bahak tak kontrol ayu langsung. Abah Muhsina je kontrol hensem, senyum leret2. Ntah apa-apa ntah. Cam mana dia leh kontrol tak gelak pun tak tahu. AND....dia sempat tidur seminit dua...cis!! Menci...

(Gambar pinjam dari siapa punya blog tak tahu)

Mamat sebelah saya aka LOPE kulup gelak punya la kuat, so terpaksa saing-saing gelak dengan dia. Dia gelak kuat, ibu kena gelak lagi kuat sampai hentak-hentak kaki. Nasib baik seat VIP, takde orang nak marah sebab depa ingat VIP duduk rupanya Nonama yang duduk...hahahahah

Letih gelak. Lepas show, biasanya Dato ada berlegar-legar kat situ. tapi kali ni non hado...

Eh! nak balik je ke? Takkan la nak balik gitu je. Kang kena lagi sedas dua.

So ibu pun call la....rupanya Dato kat luar, ambik anak balik aktiviti sekolah...ahaks!

Okla Dato, kami balik dulu

'Did u enjoy the show? how was it? ok ke?'

Ok ook (tak ok pun kena la kata ok kan...nak kena sedas?!!)

So off we balik, Usu nak balik cepat to catch her flight balik to Kelantan.

Gambar?...sorry no gambar kecuali yang diatas diambil dari blog sapa ntah tak tahu. Kamera bawak tapi malas tahap gaban nak petik. Nak ambik gambar kat luar pun malas. Nak ambik dengan aktor-aktor terkemuka pun non hado. Lagipun Dato takde, sape nak layan cik peah oiiiii

Tapi it was a good last kopek show from the team. Memang best!! Tapi kalau cakap recommended ler sesapa nak pergi macam hampeh jelah kan,sebab show tu dah abes dah kat IB...hahahahah!!!

Nota : Entry hanya untuk 18SG ke atas sebab mode merapu...tak sesuai dibaca oleh kanak-kanak bawah umur


Salam
Ibu Muhsina

Thursday, March 1

Ya Allah...sibuknya aku dengan duniawiku, maafkan aku


Kelmarin, semalam dan mungkin hari ni
Aku sibuk dengan urusan duniawiku
Apakah aku lupa dengan urusan akhiratku
Apakah aku lupa bekalan amalan yang perlu aku bawa bila berjumpa Tuhanku

Seusai balik dari membanting tulang di pejabat berhawa dingin, aku terus menjenguk ipadku..
Anak-anak menarik bajuku, tapi aku merentap kasar dan memberi alasan sibuk
Anak-anak bertanya khabar, tapi aku diam tiada bicara

Seusai menunaikan solat, kujenguk pula Laptop kecilku
Anak-anak datang bermain dekatku, tapi aku usir mereka keluar
Anak-anak datang bertanya soalan kerja rumah, tapi aku suruh mereka pergi ke ayahnya

Setelah anak-anakku tidur lena, baru aku tersentak dari lamunan duniawiku
Dimana sebenarnya anak-anakku...
Apakah bentuk solatku tadi...
Sudahkah aku menyingkap kalam Allah....

Aku memeluk erat si kecil yang telah terlena si sebelahku,
tangan kecilnya terletak diatas pahaku, mungkin menagih simpati dan perhatianku
'Oh Maafkan ibumu nak, aku lupa tanggungjawabku setika'
'Aku lupa untuk mengusap rambutmu, mencium pipimu'
'Aku lupa memberi hadiah senyum padamu'
'Aku lupa mengucap salam sebelum kamu diulit mimpi'

Sesungguhnya aku lupa pada akhiratku,
tanggungjawabku pada anak-anakku, 
aku lupa kasih sayang ku pada suamiku...
Aku leka dengan dunia yang penuh muslihat dan maksiat...
Aku leka dengan keasyikan dunia yang penuh warna...

Maafkanlah aku...








Salam 
Ibu Muhsina