Thursday, June 16

Pengalaman misteri di PD

Minggu lepas ibu kena outstation ke PD, nak kena attend bengkel kebenda kebenda. Disebabkan dapat bilik sorang satu, ibu angkut la muhsina sekali, abah muhsina tak dapat ikut sebab ada kerja yang tidak dapat dielakkan. Jadi ibu pun kawtim dengan pembantu ibu.

Jadi kami pun bergerak la dalam keadaan kelam kabut, haru biru, suasana biasa bila nak pergi mana-mana. Sampai hotel CP, kelam kabut angkut barang-barang yang banyak macam nak dok sebulan. Ibu dah lambat untuk taklimat bengkel, memang macam kingkong masa tu sebab takde hero yang boleh angkat barang-barang yang berat tu. Harapkan hero kecik...cis! Menanggis mintak susu boleh la...

Bengkel sampai malam, ibu habis bengkel dalam pukul 11. Sampai bilik, semua dah terbongkang termasukla pembantu ibu. Ibu siap-siap la solat dan terus nak lelap. Letih driving, letih bengkel. Tiba-tiba...

Zrreeetttttttttttt....bunyi kerusi kena tarik kat atas.
Lor...sapa lak memekak ni? Ibu mengomel dalam hati jelah.
Zreettttttttttt....zreetttt....bunyi segala mak nenek perabot macam nak pindah...

Tiba-tiba ibu teringat kata seorang ustaz(time-time tulah aku leh ingat!), kalau bunyi orang pindah-randah kat atas, maknanya ada makhluk tuhan yang bukan manusia. Ha sudah!! Ini yang tak best ni, dah la ibu jenis susah nak tidur malam pertama tempat baru, ada pulak benda-benda macam ni, ah! takpe, kalau setakat tarik perabot, kot-kot budak-budak main-main kat atas tu. Sedapkan hati walaupun agak musykil budak-budak main perabot pukul 12 tengahmalam. Lepas tu ibu kata dalam hati, selagi ko tak main guli, lantak ko la...

Guess what!!!

'Dia' main guli.....sabo jelah haku!!!

Tak cukup dengan guli, perabot, siap bunyi tapak kaki sekuat-kuatnya di atas. Apo eh jang!! ko memang la brengsek!! Lepas tu ibu pergi ke toilet, yes! masa tulah tetiba rasa nak syi-syi, masuk bilik air tetiba dengar tapak kaki budak kat luar. Aik! Anak aku jaga ke, cepat-cepat keluar lepas berhajat, tengok-tengok si adik elok je tidur berdengkur-dengkur. Tiba-tiba si pembantu bangun. Terkejut la jugak, dah la rambut panjang ngurai-ngurai gitu.

Nak memastikan dia bukan benda itu, ibu tegur, 'Nak kemana?'
'Toilet kak'...selamat aku, memang dia lah.

Kalau seperhatian ibu, si pembantu ni pun macam tak tidur lena sangat tapi bila tanya dia, dia kata dia tidur lena. Tak tahu la...(ibu tanya setelah balik ke KL)

Selesai ibu ke toilet, ibu pun sambung tidur-tidur itik ibu. Tetiba dah elok ibu lena, ada orang tiup kaki ibu, memang rasa anginnya. Aku pun nah ko, cepuk tendang! Tapi tendang angin jelah, takde apa-apa pun. Dalam hati kata ni mesti si Along ni main-main selimut...tapi dalam hati...waaaaa! rasa nak nanggessss

Memandangkan si along tidur tepi, tengah adik dan lepas tu tepi sini ibu, IBU tukar posisi tidur tengah...hehehehehehehe...percaya tak? Ibu boleh tidur lepas tu...keh keh keh keh...dasar penakut!! Lantak la janji aku leh tido, sebab esok nak balik KL, inilah orangnya yang nak bawak kereta...

Mungkin tak la misteri sangat tapi...amat la MISTERI bagi ibu yang penakut dan lalok ni...
Hahahahahahah!!!

Salam
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment