Tuesday, June 21

Cerita Nora

Selepas seharian menghadiri seminar ICT di office, petang tu, tengah makan-makan seseorang(kawan la) bangkitkan hal drama Nora Elena si Seth Tan, yang hampir mencairkan hati makcik-makcik sebab pakcik-pakcik makcik ni bukan macam Seth Tan. Tentang kehenseman yang mampu meluluhkan hati dan merobek jiwa makcik-makcik. Ibu? Robek la sikit, tapi sebenarnya ibu robek dengan watak si Seth Tan bukannya si pembawa watak. Sebab? Abah muhsina kan ada, nanti kesian abah muhsina kuis-kuis kaki merajuk..hahahaha!

Berbalik pada cerita Si Nora dan Si Seth Tan, cerita punya cerita sampailah kepada blog sipenghantar surat bantahan drama Nora Elena, Nowa Si Pengerusi Kelab Ibu Menyusu Badan, http://cikgeligeli.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-kepada-tv3-bantahan.html

Heboh jugak deme-deme ni bercerita..haish! cerita lama daa, dah lama dah heboh sampai ke gua.com, derang ni baru tahu ke hapa, nampak sangat dok bawah tempurung. Orang IT tapi haram tak ikut perkembangan semasa macam ibu ni. Sentiasa update (perasan syiok sendiri). Memandangkan deme ni ala-ala makcik yang tak bersetuju dengan kengadaan Nowa, ibu pun plus-in lah...sebab dah emo-emo pulak deme mengutuk-ngutuk, baca blog tidak, kenal tidak si Nowa tetiba emo...haish!

Ibu pun kata la 'Dia tulis main-main jelah'
'ye ke kak, akak baca ke?' See i told u, deme haram kejadah baca, terus buat speku dan gossip. Ibu dun loike la like that.
'Ye, akak baca' so sesi meng'explain'kan bermula, dari A-Z ibu explain. Apa ibu dok explain? Ntah, ku sendiri tak tahu tapi orang yang dengar semua nganga. Dan yang paling sadis, deme semua angguk-angguk setuju, kalau ibu ta ya pa wau, redo jelah deme ni...

Lepas tu deme tanya 'Akak ada blog, leh la kami baca  lepas tu klik banyak-banyak'
Blog? no no no...ibu memang ada tapi no way ibu nak war-warkan macam sesetengah bloggers, saya pemalu hiks! Lagipun blogging hanya untuk suka-suka, itu sahaja. Untuk tatapan bila dah tua, orang dulu menulis di kertas, orang sekarang menulis di dalam komputer. Nak tulis rahsia-rahsia buat kat word, rasa takde kick. So tulis kat blog, abah muhsina boleh baca no secret-secret, Along boleh baca, semua boleh baca cuma orang lain tak kenal siapa ibu, itu sahaja.

Klik? sebab ibu cerita pasal iklan Nuffnang dan income yang Nowa si blogger ni dapat. Wah! deme excited lak, nak buat blog lepas tu IBU dok maintain tapi dapat $$$ nuffnang, bahagi ntah berapa orang yang kat situ. Ewah! banyak cantek la muka mu dik, tak kose akak!

Salam
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment