Dengan teknologi FBee, ibu dapat jumpa balik kawan-kawan lama sampai yang satu tadika pun ada. Dan kita dapat kutip balik semua memori-memori yang hampir lupus dari ingatan. Ironiknya, mereka ingat lagi dengan ibu, ibu yang agak-agak kabur kelam sikit bab-bab memori ni. Mungkin kerana usia yang sudah usai(wow ayat!)...mungkin juga ibu tak bisa mengingati memori kanak-kanak yang agak menyedihkan (wow ayat skema lagi). Ok taknak sedih. Ini bukan masa untuk sedih-sedih. What's past is past, like someone told me before "Leave the past in the past, the future in the future and enjoy the present of the present"
Berbalik pada cerita FBee, berjumpa dengan kawan-kawan lama, malah berjumpa dengan kawan-kawan yang agak 'kureng' di sekolah/Uni pun ada. Dan pelik tapi benar, mereka ini amatlah ramah dan mesra berbanding semasa di sekolah/Uni. Kenapa ibu cakap macam tu? Sebabnya masa di sekolah/Uni mereka ni golongan memilih sekutu-sekutu mereka, dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka bercakap, dengan siapa mereka hendak 'hang-out' kata omputih.
Mungkin agaknya usia mengajar kita lebih dewasa, setelah berjumpa di FBee mereka tidak lagi seperti dulu. Peramah, mesra, ambik berat, ambil tahu, ceria, dan mereka kenal dengan kita. Terkejut jugak kan? Ibu bukanlah golongan the 'IN' group. Biasa-biasa je, comot, tak banyak cakap tapi kuat gelak. Tapi mereka kenal ibu, request friend dari mereka agak mengejutkan. Well...as i said before, usia mengajar kita lebih dewasa. Kenapa dulu mereka agak skeptikal? Ntah la, mungkin kita sendiri pun mengadili mereka serupa itu, mungkin mereka bukanlah seperti yang kita anggap pun, mungkin mereka pun macam kita tertanya-tanya kenapa la budak comot ni tak tegur aku.
Tapi ibu being a comot girl, agak teragak-agak bila male friend request for friend FB, female friend ibu tak de masalah, tapi male ni agak payoh kata orang nganu kita. Ya, memang ibu kenal dia masa di Uni, kenal pada nama tapi bila dah keluar dari Uni, ibu buang jauh-jauh memori Uni yang agak kurang indah bila bab tajuk 'Lelaki' ni. Jadi bila diminta menjadi kawan di FB, sekadar merapatkan jurang silaturrahim yang tidak pernah ada, ibu agak skeptikal (ayat tu lagi). Ada satu cerita, masa tu baru keluar Uni, lepas balik kerja terserempak dengan Unimate yang hanya kenal di muka sahaja, nama tahu la tapi masa di Uni, sang lelaki agak memilih dengan siapa dia menegur. Bayangkan, di Uni memang anda seorang yang comot, jadi memang sang lelaki takde punyalah nak memandang apatah lagi menegur, tetiba jumpa di luar, dari jauh dia dah tersenyum, Mak kau! konpius ai, dah la ibu berseorangan masa tu, jadi pandang jugak kiri kanan, siapakah yang si lelaki ini senyum. Last-last ibu buat tak tahu. Lantak ko, kat Uni tak pernah nak tegur aku pasal nak sebok-sebok tegur aku sekarang! Itulah jugak respon yang ibu buat pada FB, ibu susah nak accept male friends yang request. Selalunya ibu biarkan sahaja request tanpa berbuat apa-apa. Kalau mood baik, ibu accept, kalau mood 'comot' datang, ibu decline plus ignored!
Lepas tu ada juga seorang dua kawan sepersekolahan ibu yang dulu agak 'wild things', daring, seksi seksa, clubbing sampai tauke club kenal nak buat anak angkat, puntung rokok tak pernah tak selit di celah jari, rambut warna warni macam pelangi. transform menjadi sungguh ayu, sopan, seorang ibu, isteri yang lemah lembut dan yang paling sadis bertakwa kepada Allah swt. Agak-agak apa doa ibu dia ya? Masa mula-mula jumpa memang ibu terkesima sekejap sebab i know her quite well. Macam tak percaya sebab bertutup litup dan suara pun ala-ala tak keluar, susah nak dengar ke ibu pekak ke tak tahu la. Kalau dulu, suara dia satu sekolah boleh dengar.
Alhamdulilah, itu sahaja ucapan ibu padanya dan pelukan dakapan yang kemas menyakinkan ibu, dia sudah berubah dan Allah Taala memang amat menyayanginya. Itulah paradigm yang ibu nampak dan ibu yakin kalau ada yang tak sedap dimata kita sekarang dengan seseorang, janganlah diadili sewenang-wenangnya. Kerana kita tak tahu pengakhiran kita di dunia macam mana. Omputih kata 'Don't judge by its cover' walaupun masa tu kalau tengok cover memang hampeh je, tapi mungkin lama-lama cover yang hampeh ni dapat hidayah yang bukan semua dapat merasa kemanisannya, hanya orang-orang terpilih sahaja.
Salam
Ibu Muhsina
No comments:
Post a Comment