Friday, June 10

Sakit Mata...

sakit mata bila...
tengok orang senang dapat anak(dengan berzina), tapi buang anak...

sakit mata bila
tengok orang banyak duit berkepuk-kepuk, masa sedekah kat tabung masjid, keluarnya seringgit...

sakit mata bila
tengok orang perempuan yang pakai seksi yang menyeksakan, tapi bila solat tak pernah tinggal...

sakit mata bila
tengok orang lelaki keluar berdua dengan gelfren atau isteri tapi tak solat jumaat...

sakit mata bila
tengok budak-budak hisap rokok macam bagus tapi duit belanja sekolah makpak bagi...

sakit mata bila
tengok budak-budak kecik dalam kereta tapi makpak entah kat mana...

DAN...

sakit mata bila
tengok markah peperiksaan pertengahan kak long tahun ni.... rasa sakit jantung....

Wahai anak....kau buatlah apa yang terbaik untuk dirimu...ibumu sudah tiada daya lagi untuk bercakap, membebel, berkata-kata, bertindak, berbuat sesuatu...TAPIKAN...dah memang Allah jadikan ibu tu memang macam tu...dia mesti nak menyibuk juga walaupun hati perut jantung limpa dia memang rasa taknak nyibuk..

Salam
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment