Sunday, February 3

Kita sibuk

Note : Entry dah lama tapi tak post.
           yes i know....lame excuse!!!

Dah lama dah tak update

Memang sibuk sepanjang cuti sekolah ni...

Perkahwinan adik ibu lah yang mengambil banyak masa, banyak tenaga, banyak cuti...yes!! cuti annual leave tinggal sikit semuanya kerana minah ni...but she's beautiful thou



dan...bnayak duit $$$ melayang keluar. Macam air paip bomba. bukan air paip biasa rumah kita tu...tapi paip bomba nak padam api tu...

So...adalah sikit gambar2 sepanjang akad nikah dan perkahwinan yang di adakan di Dewan Gemilang, Kelana Jaya...

Tengok gambar jelah...nak cerita pun macam dah takde mood sebab penat...

Akad Nikah : Tema Biru-Coklat

Hasil tangan keras kami



Close up sikit. kalau ada sesiapa berhajat, sila la bersila
Candy booth. Memang majoriti kena kencing manis la



Jeng jeng jeng...Alhamdulilah semua selesai

Tengah gossip pun ada org ambik gambar

big bigger biggest family...penambahan ahli dijangka akan berlaku..tak tahu la bila

Age is just a number people...no boundaries

The bride and groom


p/s: Nanti sambung...gambar kat dewan pulak...

Salam Ikhlas
Ibu Muhsina

Monday, January 7

She's a dyslexic child

How do you know she's a dyslexic?
Soalan itu kerap diajukan pada ibu.

bagaimana ya? how did i actually know?
This picture below was the trigger:





To some the comments were 'cute' 'adorable'....
But someone, a friend actually, posted a comment 'This is a sign of dyslexia'
Huh?!! Takkan kot. Dia ok je. She's active like any other children. Yes she has difficulty of reading tapi lepas tuition reading ni dia ok la tu...

Well that was 6 months ago...

After 6 months of one-to-one coaching she still unable to read as what as other normal person do. Puas diajar, puas dimarah, puas ditunjuk tapi masih tahap yang sama. Bila tanya si cikgu kelas tambahan tersebut,

'oh takde apa2. It's normal'

Ye ke? it is normal for a child after 6 mons of coaching still tak tahu beza huruf 'b' dan 'd'.

Still kena tolong homework meskipun arahan bertulis yg senang spt 'Sila warnakan bilangan yang paling banyak' tak boleh dibuat....

Well, tell you what, it is very disturbing!!! Sampai kadang2 mulut seorang ibu ni mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya keluar. Sampai kadang2 kesabaran seorang ibu ni dicabar dan diduga...

Dari satu artikel ke satu artikel dibaca dan difahami, dari situ ibu tahu my daughter is different. She's special. Satu appoinment dengan PDM(pakar disleksia malaysia) dibuat dan diadakan ujian ke atas this precious little princess.

Then baru la kami faham semua tingkahlaku kak ngah selama ni menunjukkan beliau menghidap  dyslexia. Seriously, ibu felt sorry for her. All this while, bila dia mengadu dia pening bila membaca, dia cakap dia tak boleh nak baca, bila dia hilangkan barang2 sekolah....semuanya adalah simptom dyleksia.

Just imagine, pencil case sampai 4. Pencil jangan cerita la berapa, berpuluh2. Eraser, pembaris, ntah apa lagi semua hilang. Pencil memang setiap hari kena bagi. Botol air, bekas makanan semua kena replacement sampai 2-3 buah.

Setiap kali suruh membaca, dia akan tengok muka kita. Bila kita marah, mata dia berkedip2 dan kadang2 bertakung airmatanya. It was very sad moment. Dia akan menanggis. Nak diberitahu dia tak tahu, mungkin dia takut yang kita akan marah. Nak dibaca, dia tidak tahu macam mana...

Seriously, it struck me very hard.
Teringat lagi kata2 'Nasib baik muka kakak lawa, kalau tak....'

Memang sukar nak terima, my precious little one is not as normal as other people. But i determine to help her, dengan segala wang ringgit dan kekuatan yang ada. Ini dugaan Allah swt yang tidak seberapa untuk ibu dan ibu redha dengan ujian tersebut. Yelah bukan dia terbaring sakit. Dia normal. Dia sihat. Dia ceria.

Cuma, sensitivity dia agak berlainan dengan anak2 yang lain. Terlalu sensitif, terlalu rendah diri. Memerlukan perhatian yang lebih dari yang lain.

Semasa berjumpa dengan pakar, beliau diminta untuk membaca satu perenggan ayat. Ini jawapan yang diberikan. Jawapan yang meruntum hati ibu yang mendengarnya :

"Cikgu, saya tak tahu membaca. Saya tak pandai"

Ya Allah...setiap kali ibu bercerita dengan kawan2, setiap kali itula air mata ni akan gugur. Sedih mengenangkan penderitaan anak ini.

Kalau you all out there rasa ada terdapat simptom2 seperti dyslexia, boleh la contact http://www.dyslexiamalaysia.org.my
dan mereka akan menasihati kita apa yang perlu kita buat.

As for ibu, from now on, i'll always be there for kak ngah...always



Ikhlas
Ibu Muhsina




Monday, December 3

Program FUNtastic Islamic English Camp

Ibu will be sending Along to this camp....



jom hantar anak2 ke kem motivasi. Dari mengarok kat rumah makan tidur tgk tv main ipad sepah semua benda. Htr anak pg motivasi jap...lepas tu balik (mungkin) baik sikit...kot la. InsyaAllah...kena doa dan fikir yang baik2...

A bit expensive thou but then tak apa la sekali2 belanja anak.

Rasanya registration still open for 11-13 Dec 2012. Give a call...

Salam
Ibu Muhsina

Wednesday, November 21

P.a.l.e.s.t.i.n.e

Ada satu video yang ibu tengok, tersedu tersedak dan termangu...
Menanggis2 ibu keseorangan di depan PC...

Ya Allah...selamatkanlah mereka...kurangkan penderitaan mereka, turunkan bantuan-Mu dari langit ya Allah...

Ibu nak angkat mortar dan senapang tak mampu, nak pergi berjihad anak2 ada di rumah, nak peluk dan cium anak2 tak berdosa di sana tak terdaya..jadinya ibu rasa ibu boleh menghulurkan sedikit derma untuk mereka...dan ibu boleh war-warkan permintaan bantuan untuk sesama kita membantu dalam blod sedu ibu...

jom kita bantu saudara seislam kita...

http://palestinkini.info/

http://www.aqsasyarif.org.my/



Salam ikhlas
Ibu Muhsina

Monday, November 5

O.M.G

Lama ek berkabung...

Takde la lama berkabung. Tapi sibuk tak tahu nak kata apa sekarang ni. kerja-kerja di opis. Business tudung. Hal-hal org nak kawen (adik ibu la, ibu dah beranak empat wpun org kata 'eh yu anak empat. mcm bukan anak empat je'...eh!! apa! macam anak sepuluh ke? eskuis me!...hahahahaha)

Ibu berpegang pada 'Mati itu Pasti'

Kita semua pun akan meninggalkan dunia yang lalai ini. Cuma tak tahu bila je. Jadi kabung lama2 pun tak elok jugak. Life goes on...

Kelmarin-kelmarin bangun pagi. Ibu dapat sms tentang kematian. Muda lagi. Baru 22 tahun. Meninggal kerana ususnya bocor. Macam mana usus boleh bocor? hmm...itu akan dicerita kemudian nanti sebab ada kena mengena dengan pengambilan makanan dan diet seharian kita. Scary tak? Rasullah saw pernah bersabda yang semua penyakit berpunca dari perut. Maknanya semua penyakit berpunca dengan apa yang kita makan. Maknanya jangan pakai sedap mulut makan. Kena tengok nutirsi, kena tengok kandungan, kena tengok pemgambilan had, kena tengok imbangan diet....dan macam-macam lagi.

Dan bila sebut je diet, kita mesti cebik. Aku nak diet tapi... diet sehari tapi nak turun sampai 5 kg.

Helllooo...ternak lemak pun ambil masa kan, so diet pun ambil masa jugak.

Tapi ini bukan apa yang ibu nak cerita. Tajuk O.M.G adalah tajuk yang terperanjat gitu kan. Of course takde kena mengena dengan diet or pemakanan or cerita Cik Tan yang tak sudah-sudah.

Ibu nak cerita pasal entry yang ini : http://cikgeligeli.blogspot.com/2012/10/keluh-kesah-mengarut.html

To make the story short.

Perlu ke sebenarnya Puan Lady-hot-of-the-year siarkan emel peribadi mamat tu pada dia? okla she's hot. she sexy, she's everything a guy want(ye ke?)...but it's not ok when it comes about ethical

He mentioned that the 'surat' is not supposed to be shared. So sepatutnya tak elok la share kan...Althought she so freaky kembang sebab org kata dia hot.

Tapi hot ke kalau kita tunjuk2 kat orang 'harta' kita?

To me takde hot pun tapi im not going to say anymore about the Hot Mama. Sebab kita ni tak tahu pengakhiran kita macam mana. Takut2 kita pun jadi lebih2 dari si Hot Mama nanti...

Cuma im felt very sorry for the wife. Kenapa la kejam sangat si suami? Kalau tak suka isteri tu boyot gemuk and so on. Cakap la. Bagitau la pada si isteri. Talk heart to heart. Susah sangat hantarla si isteri ke slimming center ke. Bagi makan ubat ke. Baru la adil....

I wonder how this si suami looks like? Ada handsome macam AA ke or as macho as Adi Putra?
Kalau muka pun macam kuali penyet, tak usah la berangan...simpan jelah angan2 tu kat syurga esok, boleh jejalan pegang tangan dengan bidadari syurga...kalau masuk syurga la.....


Hati panas :P
Ibu Muhsina


Friday, September 28

Dari Allah kita datang, dari Allah kita kembali...

Perjalanan suka-suka ke Bandung sepatutnya disemat dalam dada sebagai the best vacation of the year or best event of the year. Perjalanan nak jejalan dengan adik, makcik dan sepupu sekupu dan sepapat. Tapi yelah kita merancang, Allah yang menentukan.

Kami sampai malam 20hb di Bandung dengan hari yang suka ria tapi hati ibu memang keluh resah. tak tahu kenapa. rasa macam ada benda yang tertinggal. Macam ada benda yang tak abes.

Tapi letak tepi perasaan..teruskan perjalananan.

Esoknya jumaat 21hb sept, kami pergi shopping suka-suka di Pasar Baru. Tapi malangnya, duit tak boleh nak dikeluarkan di ATM di sana walaupun ibu dah siap2 buat link dengan bank di sini. Haish! Macam mana nak sopping. Ibu ada 2 juta aje di tangan. Duit usu, duit unge semua ada dalam bank. memang frust. Buang masa setgh hari mencari cara jalan nak keluarkan duit.

Last2 kami give up, sopping guna credit card. dapat la beli bermacam2 lace beli. Beli beli dan beli walaupun dlm keadaan takde duit dan budak2 ngarok. Dapat juga ibu beli berkoyan2 lace...hehehe

Tapi malang tak berbau...

Selesai sahaja bersopping, ibu berskype dengan abah, along dan angah yang berada di Malaysia. Said 'Happy Birthday' pada angah yang besday 21hb tu.

Lepas berskype tiba2 abah muhsina mengkhabarkan satu berita yang amat mengejutkan.

Mak abah muhsina @ Mak mertua ibu meninggal dunia.

Runtuh hati ibu, sesak rasanya. Ibu memang blank sangat2. Apa ibu nak buat. apa ibu nak buat. Ya Allah..tak tahu apa nak buat. Ibu called abah dan mak. Opah dan atok dah on the way ke hospital utk ambik along dan angah.

Ibu cakap ibu jauh, ibu tak dapat nak tolong apa2. Opah kata takpe, bacalah apa2.

Apa nak baca. Yassin tak bawak. Apa2 pun ibu tak bawak. Sedihnya rasa ibu. im supposed to visit her at the hospital hari khamis tu. Memang dah niat dah tapi entahla, sibuk dengan masak. Nak masak untuk org2 yang tinggal, ibu jadi lupa, terus tak sempat nak pergi.

Setelah berbincang, makcik ibu cadangkan ibu dan anak2 balik Malaysia. Ya, ibu balik pagi sabtu. Ibu tak sanggup dengar suara abah muhsina menanggis di phone. I have to be there for him. to support him.

jadi kami balik the first flight ke Malaysia. Kami sampai before dan terus ke tanah perkuburan. Alhamdulilah, semua dah selesai. Mak mertua ibu telah selamat disemadikan. Ibu sempat talkin sama2.

dan kini ibu tak de mak mertua yang sentiasa doakan ibu, abah muhsina dan anak2 ibu. Yang sentiasa membebel bila kami buat salah. Yang kadang2 telefon kami sebab kami sentiasa lupa/sibuk dengan urusan duniawi kami. Yang sentiasa make sure kami kenyang kalau datang rumahnya. masak makanan yang sedap2..

Mak...saya doakan supaya mak berada dikalangan orang2 yang beriman. Maafkan saya tak dapat nak tengok mak kali terakhir. Mak ampunkan dosa2 saya pada mak ya. Halalkan minum makan saya sepanjang tinggal dengan mak....

Al Fatihah untuk mak...



Salam dari hati nan luluh
Ibu Muhsina

Wednesday, September 19

En Atkins

(Atas permintaan Ibu rawiwa, ibu sambungla la ceritera Cik Tan. Ibu rawiwa ni ngada2 tau, tetiap hari soh ibu sambung citer Cik Tan...hahahahaha (uuuuu bajet retis2 malaya))

Cik Tan memang nekad dah dengan slimming center. No more slimming2 center. memang Cik Tan keciwa, keciwa dengan slimming center yang nipu je ni. Duit berkoyan2 abes, tapi kuruih idak pun. Soh kita diet juga. Lepas tu tak bagi kita exercise, amoi genit kata kalau exercise nanti muscle2 tu keras, buruk. memula Cik Tan percaya la kan...kemudian ntah apa mimpi cik Tan rasa macam pelik. apa ke be te tak bagi eksais lelangsung...mcm salah konsep je.

jadi mula la sesi tekak menekak dengan amoi genit. Amoi genit pun mula naik nyampah kalau Cik Tan buat treatment. Sebab Cik Tan dah mula tanya memacam soalan yang amoi genit takleh jawab. Amoi ngukur badan Cik Tan pun macam marah2...

Jadi Cik Tan pun naik nyampah, terus block semua calls dari Slimming Center ala2 bagus siap masuk tb tu. Taknak angkat call dr amoi genit dan terus merajuk taknak jumpa amoi genit.

Berkuburla amoi genit itu..idak le mati. Tapi kira watak amoi genit tu dah abes la ya

Timbul lak watak lain. Cik Tan ni kan memang nak kurus. Dia takut boypren dia lari. Cari awek cun. Jadi dia kata dia mesti kena kuruih. Dia nak kawen dah. Sian Cik Tan...

So Cik Tan pun cari2 la macam mana nak kurus tapi tak payah keluar duit?

Cari punya cari punya cari...jumpa la satu perkataan namanya "Atkins Diet".
Tengok testimoni ramai yang kata 'dah kurus'. 'Atkins memang baguih'
Tapi tengok menu2 dia, No NASI, No Karbo

Cik Tan mula la mentelaah apa itu Atkins. Takyah la korang tanya apa itu Atkins kat sini. Guna je Mr Google, tulis "Atkins Diet"...berderet keluar. So baik ibu takyah tulis, ibu nak cerita pasal si Cik Tan ni je...pengalaman dia melalui fasa2 menyakitkan diri ni...

Cik Tan tengok, semua jenis protein boleh makan. Ayam, ikan, CHEESE! wah! lumayan.
Tapi ada fasa2 dia : Induction, on-going-weight-loss, pre-maintenance, lifetime maintenance

banyak do and donts...kalau korang nak tau lebih lanjut sila ke sini, website kawan ibu : PNUT
kat website ni korang leh paham proses2 mcm mana badan boleh kurus dengan Atkins Diet

Memang boleh kurus. Cik Tan buat dalam masa 2 minggu, turun 5 kilo kau...!!!
Happy la kan Cik Tan, cumanya bila hari minggu pergi dating dengan boypren, boypren ajak makan sedap2. mesti ada carbo banyak2...dah tu. Cik Tan tengok aaiiikkk!! naik balik.

Cik Tan keciwa jugak la...mcm mana ni, makan karbo takleh langsung?

Tetiba Cik Tan jumpa kawan lama, dia ni anak 4, badan gemuk le jugak, tapi ada susut sikit dan Cik Tan tengok eh! eh! boleh tahan jugak dia ni makan. Roti canai melantak jugak, nasi makan jugak, nasi lemak pun dia belasah...

Siapa kawan Cik Tan ni??

(Ok...ibu kena sambung. Sebab nak masak lauk pauk untuk abah muhsina, along, angah. Ibu nak pg rendek ke Bandung petang ni sampai next week. Jadi...next week la sambung...muahahahaha)

Salam (jgn marah)
Ibu Muhsina