Friday, September 28

Dari Allah kita datang, dari Allah kita kembali...

Perjalanan suka-suka ke Bandung sepatutnya disemat dalam dada sebagai the best vacation of the year or best event of the year. Perjalanan nak jejalan dengan adik, makcik dan sepupu sekupu dan sepapat. Tapi yelah kita merancang, Allah yang menentukan.

Kami sampai malam 20hb di Bandung dengan hari yang suka ria tapi hati ibu memang keluh resah. tak tahu kenapa. rasa macam ada benda yang tertinggal. Macam ada benda yang tak abes.

Tapi letak tepi perasaan..teruskan perjalananan.

Esoknya jumaat 21hb sept, kami pergi shopping suka-suka di Pasar Baru. Tapi malangnya, duit tak boleh nak dikeluarkan di ATM di sana walaupun ibu dah siap2 buat link dengan bank di sini. Haish! Macam mana nak sopping. Ibu ada 2 juta aje di tangan. Duit usu, duit unge semua ada dalam bank. memang frust. Buang masa setgh hari mencari cara jalan nak keluarkan duit.

Last2 kami give up, sopping guna credit card. dapat la beli bermacam2 lace beli. Beli beli dan beli walaupun dlm keadaan takde duit dan budak2 ngarok. Dapat juga ibu beli berkoyan2 lace...hehehe

Tapi malang tak berbau...

Selesai sahaja bersopping, ibu berskype dengan abah, along dan angah yang berada di Malaysia. Said 'Happy Birthday' pada angah yang besday 21hb tu.

Lepas berskype tiba2 abah muhsina mengkhabarkan satu berita yang amat mengejutkan.

Mak abah muhsina @ Mak mertua ibu meninggal dunia.

Runtuh hati ibu, sesak rasanya. Ibu memang blank sangat2. Apa ibu nak buat. apa ibu nak buat. Ya Allah..tak tahu apa nak buat. Ibu called abah dan mak. Opah dan atok dah on the way ke hospital utk ambik along dan angah.

Ibu cakap ibu jauh, ibu tak dapat nak tolong apa2. Opah kata takpe, bacalah apa2.

Apa nak baca. Yassin tak bawak. Apa2 pun ibu tak bawak. Sedihnya rasa ibu. im supposed to visit her at the hospital hari khamis tu. Memang dah niat dah tapi entahla, sibuk dengan masak. Nak masak untuk org2 yang tinggal, ibu jadi lupa, terus tak sempat nak pergi.

Setelah berbincang, makcik ibu cadangkan ibu dan anak2 balik Malaysia. Ya, ibu balik pagi sabtu. Ibu tak sanggup dengar suara abah muhsina menanggis di phone. I have to be there for him. to support him.

jadi kami balik the first flight ke Malaysia. Kami sampai before dan terus ke tanah perkuburan. Alhamdulilah, semua dah selesai. Mak mertua ibu telah selamat disemadikan. Ibu sempat talkin sama2.

dan kini ibu tak de mak mertua yang sentiasa doakan ibu, abah muhsina dan anak2 ibu. Yang sentiasa membebel bila kami buat salah. Yang kadang2 telefon kami sebab kami sentiasa lupa/sibuk dengan urusan duniawi kami. Yang sentiasa make sure kami kenyang kalau datang rumahnya. masak makanan yang sedap2..

Mak...saya doakan supaya mak berada dikalangan orang2 yang beriman. Maafkan saya tak dapat nak tengok mak kali terakhir. Mak ampunkan dosa2 saya pada mak ya. Halalkan minum makan saya sepanjang tinggal dengan mak....

Al Fatihah untuk mak...



Salam dari hati nan luluh
Ibu Muhsina

2 comments:

  1. salam takziah intan.
    ayah muhsina perlukan support dari intan.
    itulah yang terbaik.

    ReplyDelete