Friday, July 6

Salah kira kalori

Stop kejap citer Cik Tan kita...

Semalam ibu berpuasa sunat Nisfu Syaaban, saja nak tambah pahala, asyik tambah dosa je...baik tampalkan dengan pahala, ye dak?

So ibu bangun la sorang-sorang seperti biasa makan sahur dalam bilik, dah tu, takut! Bukan takut hantu, pencuri bagai tapi takut kot2 ada pulak lipas nyelor-nyelor, ish! takleh bayang la. Jadi makan la ibu sorang-sorang dalam gelap, bukak lampu jaga pulak si kenit jantan ni, haru pulak.

Makan subway steakcheese yang dibeli petang sebelumnya. Boleh telan setengah lebih sikit je, tak tertelan pulak pepagi buta tu pulak. Ayo milo pun, bukan paneh punya sebab maleh nak bawak naik ayo paneh. Ate..makan kat ateih ye dak...(keluor pulak Peraknya...bohsan! jap2 org Key el, jap2 org perak!)

Fuhhh lazatnya...tapi subuh2 dingin takleh masuk lak

Conggak2 kalori intake sahur tu cuma 462 je.
So sahur dalam kalori intake yang moderate le jugak...

Petang waktu berbuka berkobar-kobar la ibu nak berbuka..boleh belasah memacam la kan sebab sahur sikit je kcalnya...

Sampai rumah singgah Kasa Korner restoran goreng-goreng yang sedap. Order 2 Nasi Goreng Pattaya dan 1 bungkus nasi goreng kerabu..(ada macam bunyi2 mcm Cik Tan punya cerita pulak kan?)

Haish!!

Ngupanya atok dah beli kuih kasturi dengan pulut panggang. Donat meeting tadi bawak balik ada dalam beg tangan. Kuih Talam Seri Muka pulak kakak ipar ibu bagi (rumah dekat, selang 2 rumah...jadi apa dia masak, kami dapat le, hoyeiii)



Waktu berbuka ibu makan : Nasi goreng dalam 2 senduk je sebab sesenduk lagi abah muhsina ter'ngap', kuih kasturi yang marbeles 2 biji, kuih talam satu lepas tu pulut panggang 1 jugak. Wah! lumayan kuih kan?
I likkkeeeee...

Pagi ni kat opis ada penggira kalori conggak punya conggak...kuih sahaja 800 KCAL!!!



Ambik ko!!! HANCUSSSSSS!!!!

Salam sedih
Ibu Muhsina

Wednesday, July 4

Diet belasah Cik Tan

Ok...lambat pulok nak kira diet belasah Cik Tan...

So kat bawah ni, moh kita kira sama-sama berapa calorie intake Cik Tan yang nak berdiet tapi takde ilmu ni...

Sarapan
Milo - 160kcal 
karipap 3 ketul - assume jelah ini karipap kentang. Sebiji karipap kentang mempunyai 130kcal. 3 biji karipap jadi 390kcal.

Biskut 10 keping - andai juga ini biskut marie je, bukan cream dan bergula. 3 keping biskut marie 100kcal. 10 keping? dekat 300kcal. Ok banyak giler...takpe2...kita kira dulu
Milo - 160kcal

Tengahari
pisang goreng 5 ketul - Pisang goreng 3 ketul kecik dalam 130kcal, 5 ketul dalam 215kcal
cekodok 3 ketul - cekodok manis le katakan sebiji 30kcal, 3 biji 90kcal
keropok lekor 5 ketul - keropok lekor seketul 70kcal. 5 ketul dah 350kcal
Ayo suam je 0kcal...yang lain2 ya rabbi kcalnya

Teh Tarik pulak secawan 103 kcal
Kueh talam serimuka sepotong 80kcal
popia goreng sekeping 70kcal

Malam
Mee Goreng Mamak - 280kcal (untuk 3 senduk sahaja, tak ingat pulak Cik Tan ambik berapa senduk)

Potato chips 7-8 ketul

Total Calorie Intake Cik Tan : 2198kcal

Hmmm boleh tahan la jugak pengambilan makanan tak sehat Cik Tan ni, karbohidrat kemana, protein kemana...tak boleh tak boleh...tak sihat. Boleh sakit jantung, hypertension dan kencing manis kalau makan macam ni..

Rasanya kancing kain Cik Tan pun tak boleh kancing jugak kalau lagu ni cara makannya...

Jadinya...

Pada suatu hari yang hening dan dingin, Cik Tan dapat ilham. Dia nak pergi belajo, dia kata kancing kainnya tak boleh jugak nak kancing. Dia kena buat sesuatu sebelum laki dia En Moon jeling jelitawan-jelitawan yang lain...

Mana dia nak pergi belajo?

Gym ke? apa te nak belajo kat gym

Pergi Slimming Center yang berlambak-lambak tu ke? 
Eh! eh!...boleh jugak kan? RM 399 je for 10 treatment if terms and conditions applied.
TERMS and CONDITIONS applied!!!
Very the ikan...

Cik Tan pergila ke Slimming Center tu...eh!! bukan RM 399 la..RM3999 sebab aaa you punya lemak sudah tepu maa, ini sudang keras, mana boleh 10 treatment only maa...you kena kasi tambah..

Cik Tan yang lurus bendul pun pergi ler masuk slimming center tu...

ikutilah ceritanya selepas ini.....(sebenornya dah maleh nak nulih...)


Salam Muahs
Ibu Muhsina

Thursday, June 21

Calorie In and Out Cik Tan

Ceh! bunyi mcm baguih je topik entry kali ni...
Tapi dah pk lama dah...tak kuo-kuo tajuk entry yg cun sikit...so belasah jelah

Berbalik pada post entry : http://muhsinas.blogspot.com/2012/06/cara-makan-cik-tan.html

Cik Tan memakan bekfas

~ Nasi Lemak kecil seringgit limaposen
~ karipap 2 ketul
~ Teh Tarik satu gelas

Setelah dicongggak-congak, kalori intake Cik Tan untuk bekfas je dah 638kcal (Mak aaaiiiii)

Lepas tu makan kepek pisang 150kcal(katakan ya sebab kerepek bawang 10gm 50kcal, takkan ko makan 10gn je dak...kurang2 mesti 30gm)....

Lepas tu Cik Tan makan pulak tengahari tu...berapa kalori dia ambik tu?

Kata le Nasi 222kcal, ayam goreng kekonon dia ambik drumstick udah 231kcal, sambal udang kecik 71kcal, then sayur kobis masak lemak kata le 80kcal, lepaih tu minum sirap limau kata le 80kcal sebab bergula, tak cukup dengan tu tambah lak pisang goreng 3 ketul 387kcal...

te kira-kira...berapa dia ambik untuk tengahari .... 1071 kcal!!! AMBIK KO dik non...banyaknya...





Lepas tu...tak abes lagi...petang tu ko makan lak baki kerepek pisang ngan ayo neskafe...tambah lagi 320kcal


Malam lak (fuhh penat la ngira)...Nasi Goreng Pattaya dengan ais kerim...tambah le 650kcal untuk nasi goreng dan 200kcal untuk aiskerim....850kcal!!

Jumlah ler....ibu nak jumlah pun terketor2 tangan....

as per expected!!!

3029 kcal

Ini pun kira tak le hebat sangat si Cik Tan ni makan...ada lagi hebat tapi tengok kalori intake dia 3000 lebih beb...Orang pompuan macam kita ni biasa2 kena ambil 2000kcal je Cik Tan. Ini dah lebih dah ni, dah 1000 kcal lebih. Nangges ooooo kalau macam ni. Lelama pintu bas mini tu tak muat dah weh nak masuk...

TAPI..

bukan ke Cik Tan dah masuk program diet belasah?

Ok esok kita tengok pulak program diet belasah dia macam mana..

Salam Manis kueh lodeh
Ibu Muhsina

Tuesday, June 19

Cara Makan Cik Tan

Katakan Cik Tan makan pagi
~ Nasi Lemak kecil seringgit limaposen (susah nak cari nasi lemak seringgit dah sekrang ni)
~ lepas tu nak kudap2 karipap 2 ketul
~ Ayo pulak nak ayo Teh Tarik satu gelas


Lepas tu, pukul 10, perut ada sedikit ruang pulak, mintak nak isi
~ Rembat kerepek pisang, dalam hati cakap kerepek je, bukan berat pun

Tengahari pulak makan
~ Nasi lauk ayam goreng, sambal udang, sayor kubis masak lemak sesudu besar je
~ Ayo sirap limau
~ tak lupa pisang goreng 3 ketul (minimum je tu - kekadang 5 ketul)

Terliur weh pisang goreng neh!!!

Dalam pukul 3.00 ptg gitu, lapo balik
~ Makan baki kerepek~ Ayo Nescafe lah sebab tadi minum Teh Tarik, takkan nak minum lagi ye dak

Dalam kereta, rasa bosan sebab jem, tengok-tengok ada kerepek ubi pulak, melantak kerepek ubi barbekue sepeket...kecik jelah peketnya, takpela...

Malamnya, abah eh nak makan goreng2, singgah kat Kedai Mak Limah Goreng beli Nasi Goreng Pattaya 4..satu untuk Cik Tan, satu untuk abah eh, 2 untuk anak

Dah kenyang. Dok depan tb nenggok citer Melayu nangges2...peluk2....renggek2...


rasa perut kena isi sebelum tido...hmm bukak peti ais...eh! ada saki baki ice cream minggu lepas punya
rembat pulak ice cream..sikit je, tak jadi lemak pun

Lepas sebulan Cik Tan bising takleh nak masuk kain kurung dia, takleh kancing. So Cik Tan nekad nak diet...

Bermulalah program diet Cik Tan tanpa knowlegde dan study yang betul, Program Diet Belasah

Sarapan
~ Cik Tan nak diet kan, so dia minum Milo dengan karipap je, 3 ketul je dia ambik

In between dalam pukul 10, Cik Tan rasa lorh, lapo...
~ Cicah biskut 10 keping dengan Milo(lagi)

Karipap gebu yang mengebukan

Tengahari
~ Cik Tan taknak makan nasi, dia tengah ikut kempen 'SAY NO TO NASI'. Kempen mana dia ikut ntah.
~ jadi dia makan, pisang goreng 5 ketul, cekodok 3 ketul, keropok lekor 5 ketul...
~ Air pulak...dia pandai minum ayo suam sebab dia rasa kedadah makan kuih banyok sgt

In between pukul 3
~ Cik Tan masuk mesyuarat, ada pulak Teh Tarik dengan kueh talam serimuka dengan popia goreng. O dia tak makan nasi kan, jadi leh makan kueh. Kueh bukan nasi kan

Pukul 7 perut Cik Tan dah bunyi2, apala cik Tan punya perut ni, jadi Cik Tan pergi Kedai Cik Limah Goreng, beli mee goreng mamak sebungkus. Nasi goreng cina 3 bungkus. Mee Goreng dia punya la kan. Dia taknak makan nasi katanya

Dah kul 10, tengah tengok TB anak2 makan potato chips. Laaa ringan je potato chips ...dia pun ngap barang 7-8 ketul....

Agak-agak korang sihat tak pemakanan program Diet Belasah cik Tan?

Tunggu jawapannya lepas ni...

"Bila tu bu?"


"Entah..."

Salam Manis
Ibu Muhsina


Monday, June 11

Mesti ramai yang tak percaya?

Mesti ramai yang tak percaya apa koje ibu sampai tak jenguk-jenguk blog...FB ibu jenguk la, tapi blog ni macam ada satu kelemahan(bukan kekuatan) yang amat berganda-ganda..

Banyak sebenarnya nak dicoret-coretkan tapi macam otak beku....sebeku bekunya,....

Ok...tapi ada koje yang serius(yang mungkin membuat ibu sibuk) yang ibu buat selama sebulan...lepas tu koje tu fail, tu yang jadi demotivated tu (kot)...alasan la kan...so ibu nekad nak tengok/dengar sendiri how to apply this 'new way of life' to my life, sebab berguru secara membaca ni boleh memberi pelbagai jenis pemahaman kan, si menulis faham lain, si membaca faham lain...jadi saya nekad nak pergi dengar dari Si Guru...

ini ceritanya

Ibu sedang mengrelisasikan impian ibu untuk menurunkan berat sikit, tak payah banyak-banyak. Sikit pun jadilah. So that i can fit on any baju kurung yang jual2 kat tepi jalan, or any baju blouse yang comel2....Or to be exact just to be great of being myself....

Sepanjang kursus selama 3 jam, banyak sangat ilmu yang diberi oleh pakar nutrisi terkenal Kevin Zahri. And we can actually tanya dia macam-macam soalan dan dilayan dengan baik oleh Kevin. Attended by only around 40-45 participants. Mula-mula Kevin bercerita pasal pemakanan, pasal tubuh badan kita, senaman yang baik, cara senaman yang betul and so on. Lepas tu dia cerita pasal calorie in and calourie out. How much calorie yang kita patut ambik untuk maintain.  Macam mana pemakanan yang terbaik dan kualiti. And his way which ibu rasa i really want to adopt is kita still boleh makan apa yang kita nak makan. "nikmat hidup' kata Kevin. Yeay!!! Saya sangat suka...hehehehe

Cuma...cuma?? kita kena pandai or to be exact tahu kiraan kalori yang kita makan.

Dan oleh yang demikian(wah! skema!) ibu dan kawan ibu memang nekad nak ikut cara healthy diet yang Kevin suggest untuk kami. It's good to know your BMR, DCR calculation(kalau nak tahu apa BMR dan DCR, uols check kat pakcik google ya)

Kevin bagitahu it takes a long time for us to gain weight jadi jangan la nak reduce weight dalam seminggu sampai 5 kg. It takes time, well I definitely agreed.

I don't think that this course hanya untuk orang-orang terlebih 'sihat' ni. It should be attended by anyone yang rasa perlu untuk mengetahui cara pemakanan dan untuk sihat badan. Anyone yang nak lead to healthy life...ibu nekad nak healthy life, so i can enjoy my life dengan penuh berkualiti.

So...JOM KURUS!!!


Seriously memang best!!


oh yes! lupa pulak, this course is still on. Ada on 8th Julai which dah penuh dan 15th Julai yang masih ada kosong....

p/s: Kevin, if you happen to read this humble blog, sila bagi saya diskaun...hahahahahaha

Ikhlas
Ibu Muhsina

Thursday, May 24

Ingat entry ini?

Ingat tak entry ini?
http://www.muhsinas.blogspot.com/2011/07/berkongsi-kisah-sedih.html

Dah lama dah...nearly a year ago.

Ibu ikuti perjalanan mereka, norma dan talib...tiba-tiba stop sebab ntah tak tahu kenapa setop

Tiba-tiba...kawan bagitahu pasal ini

http://miera301.blogspot.com/2012/05/perjalanan-terakhir.html

terus speechless dan menanggis teresak-esak..

AL-Fatihah...


semoga Allahyarhamah Norma di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

p/s: Ibu dah lama tak bernukilan di sini. Banyak nak citer...cuma malas nak menulis...

Sunday, April 15

ANAK-ANAK KITA DAN RUMAH AMAL PERIBADI MULIA


Anak-anak ibu tidur atas katil empuk, abah beli dari Ikea.
Pasang aircond hatta kat luar hujan ribut petir
Bantal-bantal toksah cakap, bantal kekabu khas beli internet

Baju koyak sikit menanggis, nak baju baru
Ibu jahit complain sebab ibu jahit tak cantik
Pergi Giant beli baju baru, katanya tak de kelas, nak pakai T-shirt Polo atau Nike...
Kasut terkopak sikit, merenggek beli baru alang-alang Hush Puppies atau koman2 Crocs

Buku-buku penuh satu almari, baca ke? Ntah tak tahu nak kata
Makan sedap-sedap ayam daging ikan, Nasi pun beras siam import
Kadang-kadang ibu masak pelbagai jenis lauk...nama pun pelik-pelik...

Anak-anakku...bertapa bertuahnya hidup mu...
segala kemewahan dan kesenangan diberi oleh-NYA
Syukurlah anak-anakku...sentiasalah bersyukur kepada Allah yang Maha Esa
Pemberi rezeki dan nikmat yang tidak terhingga
Tidak terkira banyaknya...

Oleh itu...anak-anakku, sentiasalah ingat mereka yang tidak bernasib baik...anak-anak sebaya mu, yang makan dicatu, yang minum bersudu...Pakaian, kasut mereka tidak sepertimu...

Oleh itu anak-anakku bersegeralah menolong sahabat-sahabatmu, semoga kita memperolehi keberkatan Oleh-NYA, semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat-NYA....


Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).

RUMAH AMAL PERIBADI MULIA
No 2 Jalan Prima Saujana 1/4D
Prima Saujana
Kajang, Selangor

Pengurus Pn Siti Salmiah (017 213 7313/013 2416313)
Maybank : 562414006411 (Peribadi Mulia)


(foto hiasan)


Pagi tadi ibu membaca status kawan ibu yang mengatakan Rumah Kebajikan Amal Peribadi Mulia ini dipotong bekalan elektriknya kerana tidak dapat membayar tunggakan berjumlah RM750.00 kepada TNB. Tidak salahkan TNB kerana mereka menjalankan tugas. Dan bukan juga salah Rumah Kebajikan ini kerana kekangan wang. Bukan salah sesiapa..

Oleh itu, marilah kawan-kawan seblogger...mereka yang membaca entry ini secara tidak sengaja membantu anak-anak ini, anak-anak yatim piatu, fakir miskin mendapat merasa sekurang-kurangnya apa yang anak-anak kita rasa. Kasihanilah mereka...

Salam ikhlas yang jauh
Ibu Muhsina