Wednesday, September 14

RAYA orang kulompo



Kalau oghang kampung, malam raye meriah sesangat, malam tu ler semua segala mak nenek nak buat. Ketupat palas baru ler nak anyam, lemang baru le nak ngisi, lepaih tu baru le nak motong2 bawang buat rendang...heboh kat dapor...nak pergi kukur nyor lagi, lepaih tu nak perah santan lagi...eiiii tapi memang best le kome...teman tolong bab-bab santan je la...bab-bab lain fail...Lepaih tu, kaboom sana kaboom sini macam nak pecah telinga ler....yang hak dapor tu, mulut sama naik macam tangan, idak ler tahu berenti bercakap...lepaih tu gelak-gelak sampae ayo liur masuk dalam kuah kacang, ntah pukui berapa le nak abeh pun teman tak tahu, sebab semuanya buat malam raye..tapi memasing elok je semangat...

Raya oghang bando ni memang laen bebenor...

Hari sebelum raya, puasa macam hari-hari berpuasa yang sebelumnya. Ibu pun masih ada kat rumah mencuci, mengemas, memasak untuk berbuka. Rendang Ayam dah buat dah hari sebelumnya, simpan dalam freezer. Ketupat, atok kata tunjuk-tunjuk je kat pasar tani. Jadinya malam raya, malam kami dok lepak-lepak sambil tengok ciken little lepas berbuka..(memang tak senonoh)

Kereta-kereta pun tak banyak jadi sempat la jugak ke OU menukar kasut Along. Atok opah setakat geleng-geleng kepala je tengok perangai anak cucu. Tak terkata...

...jadilah kan...

bila hari raya lak, hari kami makan-makan sesama sendiri...makan je kerjanya sampai perut merayu-rayu... budak-budak kulompo idak le nak beratur-beratur mintak duit raya, buat tak tahu je, kita pulak makpak terkedek-kedek mencari deme bagi duit raya...

jadi tengok gambo jelah...sebab raya kulompo tak semeriah mana...

Juadah raya (ada juadah lain, tapi tak sempat bergambo juadah tu) :
IMG_0578

Aktiviti di pagi raya :
IMG_0546

IMG_0547

Anak-anak dara sunti mentry gadget tapi harem nak tolong mak-mak di dapur :
IMG_0544

Aktiviti di malam bulan pose :
IMG_0458


Cubaan bermain bunga api :
muhsin

Salam
Ibu Muhsina

Sunday, September 4

SALAM AiDiLFiTRi

Tengah raya la...mana ada mood update belog....

SALAM AiDiLFiTRi

Salam
Ibu Muhsina

Wednesday, August 17

Puasa dan Raya zaman dulu seronok sebab...

 
1. Boleh main mercun sesuka hati mak nenek, tak payah fikir pasal jari putus, tangan putus, kepala putus. Yang peliknya, budak dulu ok je tak putus-putus pun. Selamat je, mak pak tak joing sesama main. Main dengan kawan-kawan je...happy je. Kalau balik kampung, pakcik beli mercun macam beli baju...banyak gila. Lepas tu main time orang solat terawikh, lepas tu abah ngan arwah atok mesti jeling-jeling sebab asal orang start solat je, kami pun start pasang mercun keboom keboom...hehehehehe. Tak cukup dengan tu, bila main bunga api cap kucing, pasang banyak-banyak letak kat pokok kaktus beso arwah atok kat tepi parit tu. Esok pagi banyak le lidi2 besi kat pokok tu, merana pokok tu, atok geleng2 kepala je, cucu2 balik pun sekali sekala, nak marah pun tak sampai hati.

2. Tolong mak buat biskut. Mak akan buat biskut banyak-banyak, satu untuk opah, satu lagi untuk wah, satu lagi untuk makcik sinun, satu lagi pulak untuk makcik sinin. Macam-macam jenis. macam-macam kaler. Lepas tu susun dalam tin milo, takde nya bekas2 lutsinar plastik macam hak sekarang. Masa mak buat, kalau hak yang kecik2 belum baligh ni akan merasa kuih ni dulu, yang hak dah akil baligh ni angin je tengok budak2 kecik ni makan, nak sekeh je...

3. bila waktu berbuka. Pukul 5 dah start dok kat meja. Dok kira lauk, dok kira jam, minit, saat. Bila waktu nak dekat azan, lagi 10 minit gitu. Dah start dah ambik segala kuih yang ada. Mesti ambik banyak, sebab lapo, tamak haloba. Bekas ayo pun tinggi je, takut tak cukup. Mesti kena marah dengan mak sebab tamak nanti tak abes. Segala macam ayo ada pulak tu. Mesti ada cincau, tebu. Ada kuih manis, ada kuih goreng...

4. bila mak nak solat terawikh, sebok sama nak solat terawikh. Lepas tu kena luku dengan tok imam sebab bising memekak. Tapi mak tak marah pun tok imam tu, mak buat2 tak tahu je, dia buat macam bukan anak dia je masa tu. Bila orang dah solat, belum lagi orang tu abes solat witir, dah dok sebok nak makan moreh, sekali kena jeling dengan makcik2 yang tengah 'coti' kat tepi-tepi tu....

5. mak akan buat kueh, kalau buat kueh karipap, masa nak berbuka nanti mesti ada kueh keria, kueh cara, kueh gado-gado...kueh tu macam beranak, buat satu kueh sekali dia punya beranak sampai 4-5 6 jenis kueh...

6. bila mak nak beli baju raya, mesti pepagi dah siap2 sebab mak nak bawak pergi Globe. Naik bas mini kuning yang konduktor dia bagi tiket. Bas ni bawak laju ya amat tapi elok je tak xsiden pun. Selalu duduk kat depan sekali, sebab mak kata senang nak turun. Bila shopping, mak lupa dunia kejap, dia mesti pergi Globe lepas tu Mun Loong lepas tu ntah mana lagi lepas tu, Globe balik...rasanya ulang-ulang kat situ gak. Last-last beli kat Globe je...

7. bila dapat duit raya, bersusun beratur. Rasa macam dapat emas!...lepas tu kira-kira, lepas tu gaduh sebab orang yang itu dapat banyak, lebih seringgit ke...lepas tu nangges, mintak kat mak abah. Lepas tu mestilah kena marah...kaco mak layan tetamu datang raya. Duit raya pun setakat 50sen, 20 sen je...kalau seringgit tu, rasa beso sangat nilai dia...paling banyak pun dapat 20 henget jumlah semuanya. Seronok sangat sebab lepas tu pergi kedai sen-seng beli tikam, takpun beli guli ,main judi bawah rumah Opah. Takpun pergi beli ayo kikapo. Berbotol2 sampai perut buncit.

8. masa hari raya, pepagi dah kena bangun. Bilik ayo satu. nak kena beratur macam citer P Ramlee tapi kuasa veto arwah tok. Kalau atok nak masuk, orang lain kena bagi laluan, Agong nak masuk bilik ayo. kadang-kadang kena memerut kat luo, dalam longkang/parit sebab bilik ayo penuh. Budak-budak lak mandi 5-6 orang sekali. Satu gayung sampai 5-6 orang kongsi. Pakai sabun popi burung ijo tu...jap2 mesti termasuk dalam longkang. Kena le ambik, nak sabun badan balik.

9. malam raya adalah malam paling best sebab rumah atok belah abah ngan rumah opah belah mak, dekat je, sepuluh kali ulang alik pun takpe. Sempat je berbuka kat rumah opah, solat maghrib rumah atok, main mercun rumah atok, solat terawikh rumah opah balik....tidur tengah2 tak tahu nak tido mana, tengok sepupu sepapat yang mana paling best masa tu. Kekadang-kadang mak abah tidur sinun, kami tidur kat sinin...gitu la selalu.

10. kumpul adik beradik belah mak belah abah....bila masak, guna periuk beso. Tak cukup2 makan. Baru je abis makan, mak ngan makcik2 kena fikir lak apa nak makan untuk yang seterusnya. Bentang seperah panjangnya dari pintu depan sampai ler dapur...masa makan jangan cakap lah. Macam2 bunyi ada...basuh pinggan mangkuk mesti kat luo, sebab sinki tak muat. Masa ni ayam wah bela mesti tak tahu kat mana, dia nyorok takut kena sembelih. Lepas raya, wah kata mesti dia balik reban dia...

Seronok tak seronoknya raya zaman dulu....kan kan kan









Salam
Ibu Muhsina


Tuesday, August 9

Pada yang satu...

Ada satu ketika, semasa beriktikaf di MasjidilHaram, disebelahku ada seorang warga Afrika. Sudah tentunya seorang muslimah. Setelah lama duduk berteleku, dia mencuit diriku.

"Do you speaks English?"
"Yes" kataku, agak seronok bila ada teman yang boleh berbicara. Sungguh kadang-kadang mengantuk bila berhelai-helai membaca Al-Quran. Tekak pun agak kering. Kalau diminum air zam-zam yang ada disebelah, kena pula ke tandas yang jauh diluar.


"Where are you from?"
"Malaysia"
"Am from Afrika"...dia menghulurkan tangan.


Dari situ, bermulalah satu perbicaraan yang agak unik. Dia banyak membicarakan tentang ketuhanan dan keimanan. Menurutya, dia datang bersama dengan seorang perempuan yang dikenali semasa mahu ke Tanah Suci. Aku tidak pula bertanya tentang mahramnya, bagiku mungkin ia agak personal. Dia bercerita tentang negaranya, tentang kehidupannya yang agak urban dan juga tentang Cape Town, tempat tinggalnya. Aku dapat mengagak dia agak 'educated' kerana dari segi pelontaran bahasa dan gaya.

Aku banyak mendiamkan diri, kerana aku lebih senang mendengar dia bercakap. Lagipun bahasa englishku bukanlah sehebatnya. Malu. :)
Tiba-tiba dia bertanya...

"What do you feel when you first step to Haram?"

Terkedu. Apa aku rasa?

Sesungguhnya apa aku rasa memang sukar untuk digambarkan. Hanya Allah yang mengetahui pada saat aku melihat Kaabah, hanya Allah yang mengetahui juraian air mata kesyukuran yang jatuh pada pertama kali aku melihat rumah-NYA...Demi Allah! Ia adalah pandangan yang terindah....yang menusuk jiwa sekelian umat yang ada.

"Sister...you know how you feel when your first step to Haram. Speechless. But then, there is something else that make me feels the beauty of Islam. You are from Afrika, while i'm from Malaysia. If you see around you, you'll see different kind of people, you have black, white, yellow(aku menunjuk kepada cina muslim dihujung sana, dia tersenyum), and me brown in color(Dia tergelak besar). And these people talk in different kind of languages. Have different ways of clothing"**

"But then sister, when we pray. we pray exactly the same. When imam rukuk, all of us rukuk. When imam sujud, all of us sujud. When imam finish his fatihah, all of us said 'Ameen' together. Not even one said differently. We followed iman nontheless who you are. And we pray to only ONE, Allah swt. Allah The Greatest. Allah the Merciful. That's the beauty of Islam I see"**

Dia lantas memelukku sambil berkata 'MasyaAllah, MasyaAllah'. Aku melihat dia berlinang air mata...

Sesungguhnya itulah pengalaman paling bermakna bagi diriku. Sesungguhnya di MasjidilHaram, dengan pelbagai bentuk manusia, dengan pelbagai warna dan gaya....kita umat islam adalah satu. Kita umat islam sujud hanya pada yang SATU...ALLAH YANG MAHA BESAR.

Salam
Ibu Muhsina

**English yg agak terabur...dan agak tidak profesional

Saturday, August 6

Onde-onde




Kisah benar

Ada seorang perempuan yang baru berkahwin, tinggal bersama ibu mertuanya. Dah duduk dengan mak mertua, konpem tak reti masak. Mak mertua masak sedap kan...

Tetiba, mak mertua satu hari pergi cuti-cuti....jejalan dengan anaknya. Jadi tinggallah dua pengantin nak kata baru, tak jugak tapi belum ada anak la masa tu, jadi baru suam-suam kuku.

Dijadikan cerita, si isteri nak buat onde-onde, tengok-tengok ada gula Melaka. Si suami pula nak rasa air tangan isteri tercinta tadi.

Buatlah si isteri tadi, mengolek-golek tepung, letak buah melaka. Didihkan air dan clup! Masuk dalam air didih....so si isteri pun tunggu lah onde-ondenya timbul. 5minit, 10 minit....aik! Setengah jam...asal tak timbul-timbul ni...

Tik tik tik

"hello mak, asal na buat onde2 ni tak timbul pun?"
"aik! Nape pulak? Pakai tepung apa?"
"tepung yg mak cakap tu le....tepung apa ntah tu"
"te cuba check tengok tepung apa"

Lari-lari anak la si isteri nan comel itu...mengechek tepung...

"betul la mak....saya guna TEPUNG UBI ha!"




Dalam kuih ada air

Ok...sapa terrer, ini kuih apa? tanya ibu pada along, angah dan achik

Along : kuih kelapa

Angah : kuih bulat-bulat

Achik : kuih dalam ada air

Hahahahaha....memang teruk la, kuih tradisional tak kenal. Mana nak kenal kan? Ibu tak pernah pun ambik inisiatif untuk membuatnya. Sabtu lepas terasa teringin pulak nak buat, jadi ibu pun dapatkan pekhidmatan mr google....

Kuih apa yek? Dalam kuih ada air..


Salam
Ibu muhsina

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, August 5

Bila manusia berpaksikan Syaitan!

Astagfirullahhalazim....
Astagfirullahhalazim....
Bertaubatlah....
"Ya Allah...ampunkan dosa-dosa kami..."
"Ampunkan dosa-dosa kami..."
"Peliharakanlah iman keturunankan kami.."
"Jauhkan kami dari malapetaka dunia, Ya Allah"
"PadaMU sahaja kami berserah dan berlindung"


Bayi Putus Kepala Ditarik Ibu!!

MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.
   Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di  tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.

  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

  Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.

  “Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya. -HM-

Ibu tak dapat bayangkan walau sedetik macam mana, bagaimana si ibu ini dapat melakukannya. Ibu juga tak dapat bayangkan macam mana, bagaimana rasa si bayi yang sudah bernyawa, sudah berdengup jantungnya, sudah mendengar melalui semua ini...

Ibu tak dapat terima dengan logik akal ibu...
 
Salam
Ibu Muhsina ;,(

Wednesday, July 20

Dalam hati ada taman...

FLORIA 2011


IMG_0128
Memang shantek!!

IMG_0149
Along dan bunga

IMG_0159
Unik

IMG_0160
Apakah? Bunganya ciput je encek....where's the flower?

IMG_0154
something different...shantek dan wangi tapi hari ke- 7 hancus dah....

IMG_0148
shantek!!

IMG_0162
i dun remember when i took this pic

IMG_0126
muhsinas and flower...kak chik, senyum sikit boleh dak?

IMG_0130
err...tak ingat la bila ambik ini gambar



buai laju-laju
sampai pokok sena
beli apa tu, ibu?
apa lagi kalau tak pokok bunga

Buai laju-laju
sambil makan lada
gaji dah dapat ke ibu?
haish! manakan ada

Buai laju-laju
sampai pokok sukun
tahun depan datang lagi tak ibu?
mesti, wajib tiap-tiap tahun

Salam
Ibu Muhsina