Wednesday, July 6

Berkongsi kisah sedih

Ibu tak kenal siapa Moon, siapa Norma, siapa Talib, siapa Rafiq....
Ibu tak tahu pun kewujudan mereka...
Apa yang ibu tahu, mereka seagama dengan ibu, sebangsa dengan ibu dan mereka adalah manusia biasa yang ditimpa musibah, diuji oleh Allah Taala, yang terpilih, yang terkuat menerima dugaan...

Bila ibu baca blog Moon http://miera301.blogspot.com
Ibu menanggis sendiri, Allah Taala uji ibu sikit je, kadang-kadang setakat hilang barang je, ibu dah merajuk menanggis 'Kenapala aku? Kenapa la aku?'
Bila tengok dugaan dan ujian yang melanda Norma dan Talib, insan kuat yang diuji Allah, ibu terkesima, Mampukah aku jika aku diuji begini?
Mampukah aku dengan dugaan sebegini?

Baru setahun berkahwin, kemudian mengandung, terus di diagnose Cancer Brain Tumor stage 4. Keluar masuk hospital masih dalam pantang. Si kecil tidak dapat merasa susu ibu sepenuhnya(ibu tak tahu samada si kecil dapat rasa atau tidak, tidak diberitahu dalam blog Moon). Si kecil tak merasa belai kasih sayang si ibu, hangat badan ibu, dengar jantung ibu. Betulkan? bila anak kita yang baru lahir, bila dia menanggis, bila si ibu memeluk dan menekap ke dadanya, si kecil itu akan diam. Ibu tak boleh bayangkan perasaan Norma, perasaan Talib si suami yang tabah, cekal dan paling istimewa si kecil Raqib. Memang ibu tak dapat bayangkan.

Talib si suami yang paling tabah pernah ibu tengok, dia boleh letak tepi Norma kalau dia mahu, dia boleh lari dari masalah yang melanda, dugaan yang menimpa. Tapi dia tetap di sisi Norma, cinta sejati. Mungkin mereka baru berkahwin jadi manis alam perkahwinan masih terasa, mungkin. Tapi mungkin cinta mereka memang suci dan murni. Ibu tabik Talib si suami, Norma beruntung mempunyai suami sebaik Talib.

Ibu tak mengharap apa-apa dari entri ini, blog ibu pun bukannya ada penonton setia, sekadar penyinggahan pembaca, blog-hopping kata orang. Tapi jika sesiapa membaca entri ini, ibu harap marilah sama-sama menyumbang walaupun sedikit untuk Norma Talib dan Rafiq.

Baca entri ini : http://kasihaleeya.blogspot.com/2011/07/kisah-sedih-pasangan-norma-dan-talib.html

Ibu doakan Norma kembali sihat seperti sediakala, dapat tengok si kecil Rafiq, dapat memeluk si kecil Rafiq, dapat tengok pembesaran Rafiq bersama-sama suami, dapat tengok kenakalan si kecil Rafiq, merangkak, berjalan, berlari, bercakap, melompat...Ibu doakan Norma sihat, walaupun kita tak kenal antara satu sama lain, itulah yang terbaik, doa ibu pada Norma yang tak kenal ibu siapa. Doa dari seseorang yang tidak kenali tiada hijab di langit.


"Ya Allah berikanlah kekuatan terhadap hambaMU yang ditimpa dugaan, kau ringanlah dugaan hambaMU itu, kau kurangkanlah penderitaannya, kepada kau sahaja aku memohon"

p/s: gambar-gambar ada di blog Moon. Ibu tak sampai hati nak copy and paste, ada rasa sebak setiap kali tengok

Salam ikhlas
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment