Tuesday, February 15

11022011

"saya sayang kamu bukan hanya semalam, kelmarin, esok, lusa....
            bukan hanya hari ini yang istimewa, tetapi tiap-tiap hari sehingga akhir hayat saya..."

Tanggal 11 Februari 2000, sebelas tahun yang lalu, Abah muhsina melafazkan akad nikah(sekali sahaja ya tuan puan, sungguh kagum) untuk hidup semati sekelumbung sepenat selelah dengan ibu muhsina...

Hari jumaat selepas solat jumaat, abah muhsina memakai baju berwarna perak, muka serius seperti selalu, katanya tengah benggang sebab orang tengah berdebar nak nikah, kakaknya minta ambilkan kuih untuk kenduri. Anginla member....

cincin
(illustrasi sahaja : dah cari dah tangan yg gebu-gebu, takde la pulak)

Ingat lagi muka tiada perasaan bila dia memasukkan cincin kat jari penuh gebu ibu...hahahahah!

Ibu pernah tanya 'kenapa ibu jadi pilihan?' sebab dia boleh dapat yang lagi cun dan bergetah...

jawapan dia senang 'independent'...

oh yes! ibu memang indepedent, cakap je apa, ibu akan buat sendiri, urusan anak-anak ibu boleh buat sendiri(masuk lift, tekan butang sendiri, takde door bell). Abah muhsina kata dia malas nak fikir benda-benda yang simple dan leceh, so dia kahwin dengan ibu sebab dia rasa ibu boleh ambil alih bab-bab leceh dan simple tu. Biar dia yang fikir bab susah-susah...Ooooooooooooooo!!!!

Takpe-takpe...dah 11 tahun dah pun...anak pun dah berderet-deret macam keretapi. Membontot je mana ibu pergi...takpe takpe, ibu redha...

Anniversary dinner or shopping or vacation memang takde dalam calendar...

Balik tu pun abah makan nasi lemak ayam goreng yang ibu beli di pasar tani je...bila dikenangkan kesian pula ibu...hari istimewa ibu dipenuhi dengan aktiviti Puspa...ibu memang sibuk sampai ibu lupa pasal anibersari ibu...apala ibu ni...tak romantik langsung

Yang bestnya, pagi tu masa abah wished, ibu pun LUPA....(tepuk dahi kuat-kuat)...aisyeman!!!!

To think of it, the longer you get married you should more intimate to each other. Allah menjadikan lelaki dan perempuan untuk berpasang-pasangan, kasih mengasihi, hormat menghormati antara satu sama lain. Makin lama bersama sepatutnya semakin sayang, semakin sensitif dan semakin memahami. Mungkin itu salah satu rahsia untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain. Isteri bukan hanya tempat melempiaskan nafsu sahaja semata-mata, isteri adalah teman yang paling dekat dengan suami. Suami pula bukan hanya 'banker' tempat mintak duit tetapi adalah sahabat dunia akhirat.

To Abah Muhsina,

Happy Anniversary love...you'll alwiz be mine forever...

p/s : Nanti la yek abah, kita pergi honeymoon bali macam yang kita rancang masa memula kahwin tu ya....heheheheh abah la belanja...kan kan kan...

Salam
Ibu Muhsina



No comments:

Post a Comment