Bila ada kuasa, semua yang dibuat ikut arahannya...
Bila ada kuasa, semua yang dicakap kena diikutnya...
Bila ada kuasa, semua yang ambik ikut tindakannya...
Tapi manusia ini lupa...
Allah lagi Maha Berkuasa atas semua kuasa-kuasa yang ada pada manusia...
Walau setinggi mana
Walau sekuat mana
Walau sehebat mana
Allah Maha Perkasa...
Wahai manusia...
kuasa yang diberi hanya sekelumit cuma
janganlah kau mendabik dada
walaupun kami hanya semut bermain di mata
tetapi kami ada suara
ada hati dan ada rasa
sudahkah kau lupa
siapa kamu sebenarnya...??
Hanya Hamba Allah sahaja...yang akan pulang ke pangkuan-NYA bila-bila masa...
yang akan dihitung amalannya
yang akan dikira segala dosa dan pahala
yang akan dicongak segala perbuatannya...
Siapakah kita wahai manusia?
hanya seorang hamba sahaja...
Salam
Ibu Muhsina
No comments:
Post a Comment