Sebelum cerita Gambang....nak bercerita tentang Al-kisah kami menonton teater di IB ~ Siti Di Alam Fantasi. More about IB : http://en.wikipedia.org/wiki/Istana_Budaya
Alhamdulilah, PJ, ibu muhsina very best uncle, dapatkan tiket untuk 6 orang bagi menonton SDAF. Pagi buta pukul 12 tengahmalam, PJ hantar sms bagitau dia dah dapatkan tiket. PJ orang kuat IB, kalau ibu muhsina teringin nak tengok teater, sms je PJ, insyaAllah dapatlah tiket. Yang bestnya PJ akan usaha walau macam manapun untuk dapatkan tiket, itu yang sayang sangat dengan PJ ni.
PJ ni dulu masa mula-mula kerja dengan Kem. Pelan*****, dia duduk dengan Atok muhsina. Ibu muhsina kecik lagi masa tu, kalau balik kampung mesti dia ikut sama. So boleh dikatakan ibu muhsina membesar dan menjadi rapat dengan PJ sebab dia pernah duduk sama-sama dengan Ibu dulu.Sekarang PJ orang besar IB. Seronok pulak bila dapat layanan VVIP masa di IB.
Kami, Ibu muhsina, Usu, Along, Angah, Ain dan Ikm sama-sama dengan Amama dan Unge' naik satu kereta pergi ke IB dalam pukul 6 petang. Kami takut kalau-kalau malam christmas ni jem, tapi alhamdulilah perjalanan tersangat smooth. Satu lagi kumpulan, 6 orang yang berjaya dapat tiket dari PJ, Tok Ae, Opah Dah, Uncle Mim, dari kampung.
Kumpulan kami berlapan tiba di IB agak awal, so kami pun mengambil gambar tak hengat dunia sekitar IB. Lepas tu dalam pukul 7 lebih sikit, kami bergerak ke surau IB di tingkat 2. Boleh tahan jugak ramainya, bersempit-sempit kami macam di Mekkah. Tapi ibu tak kisah, lagi ramai lagi ibu suka. Sebab itu menunjukkan kesedaran SOLAT dikalangan orang-orang Islam semakin menebal. Kalau dulu-dulu, surau pun payah nak cari. Kalau ada pun, suram je. Surau di IB agak selesa, tempat wuduk bersebelahan dengan toilet jadi muslimah tak payah nak susah-susah keluar dari surau mencari toilet. Ibu perasan juga semenjak PJ jadi orang kuat IB, IB banyak berubah, lagi alive dari dulu dan event yang dibuat memang Thumbs Up.
Selesai solat kami ternampak PJ di luar, rupanya PJ menunggu kami untuk solat di surau kakitangan di bawah. Takpelah PJ yang penting solat tu. PJ ni memang penyanyang orangnya. Walaupun sekarang berjawat tinggi, tapi dengan adik beradik anak sedara dan cucu-cucu mesti berpeluk cium(dengan mahram jelah). Tak kisah ler depan2 orang ke apa ke, dia mesti cium2 kami anak2 sedara senget dia ni. Dan dia tak malu dengan kami yang ala-ala kampung halaman ni...
PJ membawa kami ke Cafe sememtara menunggu Opah Dah dan lain-lain, memandangkan PJ orang kuat IB, kami ambik ajer apa yang teringin nak makan di cafe, semua masuk akaun PJ...hehehehe.
Selesai bergelak ketawa tak sedar diri di Cafe, yelah orang kampung kan, kami dibawa masuk ke panggung sari. Kami tak masuk macam penonton-penonton yang lain, kami masuk ikut entrance yang lain. Terus dibawa masuk ke seat VVIP, tengah-tengah panggung. Kakak PA PJ ada menunggu kami, menjemput hormat kami masuk. Wah rasa macam VVIP...
PJ pesan pada Angah, nanti kalau nak bercakap, jangan kuat-kuat tau, kena bisik-bisik. Yelah Angah ni memang mulut agak kurang insurannya, main cakap je sesuka hati mak nenek dia, siap bebel-bebel, siap sound-sound orang lagi...cis! anak ibu ni malu betul..
Pementasan SDAF pernah dibuat 10 tahun yang lalu, dan ibu dan abah muhsina pernah menontonnya tanpa muhsina(belum lahir lagi lah). Pementasan kali ini agak berbeza dengan 10 tahun lalu, props persembahan yang warna-warni dan memang awesome. Penggunaan laser, dan tali gantung untuk duyung-duyung menari-menari. Dulu takde scene yang ini. Ada beberapa penambahbaikan dalam pementasan SDAF kali ini. Lebih banyak warna dan lebih banyak mainan lampu-lampu.
Along dan Angah memang enjoy the whole show, surprising mereka tak terlelap. Along mengekek-ngekek gelak dengan gelagat Pokok dan Mamat. Suka sangat dia dengan lawak-lawak spontan Pokok dan Mamat. Lawak bersahaja yang sentiasa bertukar skrip tiap-tiap malam kata PJ, tak pernahnya betul.
Start pukul 8.45mlm sampai pukul 11.00 mlm...setiap detik memang kami enjoy watching the show.Sinopsis boleh tengok kat sini : http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/siti
After the show, kami dibawa ke tempat VVIP menjamu selera, merasalah kami dengan Nasi Lemak kegemaran isteri PM kita. Selesai makan-makan dan gelak ketawa, PJ kata siapa nak ambik gambar dengan Fizo ikut dia, berduyun-duyunlah kami pergi jumpa Fizo, ramai-ramai ambil gambar dengan Fizo. Very nice guy dan very friendly.
Lepas tu berduyun-duyun pula pergi jumpa Vanida Imran dan Liyana jasmay dan tak lupa juga Si Pokok yang dilakonkan oleh Johan Raja Lawak. Ibu muhsina tak ambik gambar kerana pada masa itu mereka sedang melayan peminat-peminat mereka yang beratur panjang. Rasa bersalah pulak kami yang keluar ikut pintu belakang terus dapat ambik gambar. So takpelah yang penting si kecil semua dapat jumpa para pelakon.Si Along agaknya teruja berjumpa pelakon-pelakon terus minta PJ dapatkan autograph untuk kenang-kenangan. Hmmm boleh tahan juga anak-anak ibu bab minta-meminta ni, selamba kodok...
We had a great time before, during and after the show. Recommended to all ages. Sangat menghiburkan. Kanak-kanak pun suka tapi bawaklah yang 4 tahun ke atas, kalau bawak baby tu macam tak kena la pulak.
O ya, abah muhsina tak serta sekali sebab siapa nak jaga Adik dan Achik kan? So abah muhsina jadi abah mithali la malam tu. Nasib baik si adik dan achik jadi anak-anak mithali, so takdela abah suruh balik kejap2 tu jugak.
Terima Kasih pada PJ..the best uncle in the world!
Next entry (lepas gambang...heheheheh)...gambar-gambar semasa di IB.
Salam
Ibu Muhsina
No comments:
Post a Comment