Monday, December 20

Cerita pre-Gambang...

Cuti Awal Muharam yang lalu ahli keluarga muhsinas semua pergi jalan-jalan. Initially plan nak turun ke semenanjung, ke Johor, hasrat nak singgah rumah Mak dan Pak angkat masa di Mekkah, tapi Kita hanya merancang Allah yang menentukan...kena kensel sebab tempat nak singgah macam tak best. 


Dengan muhsinas ni, tempat nak singgah kena tempat yang banyak main2...banyak fun-fun and fun, kalau setakat laut, ombak, perahu, kelong, pantai...iush! usah harap la muhsinas nak layan, baik derang layan tb dalam kereta...


Lain dengan zaman ibu dan abah muhsinas dulu, kalau pergi jalan-jalan, kita suka tengok pantai, laut, ombak kuat, rasa angin yang rakus melayang2kan tudung ibu, suka tengok perahu, bot-bot nelayan, jambatan yang besar dengan sungai yang besar, rumah-rumah tepi pantai yang kecil-kecil, suasana kampung, rumah-rumah nelayan...fuhhh syahdu je...seronok bila nampak laut...terjerit-jerit dalam kereta kalau nampak laut yang dari jauh warnanya hijau, bila dekat sikit warna biru, bila dekat sangat takde langsung warna...


Kalau muhsinas, jangan kata laut, kami yang excited tengok bot-bot nelayan yang besar-besar, derang ni buat tak tahu je...abis2 pun cakap(sekadar nak ambik hati agaknya)..'Oh ya! cantik la'...'ooo besarnya'...suara yang takde perasaan langsung...cis!


Ikutkan hati mau ibu buang je tb dalam kereta tu ke laut, puas hati tapi nanti, bukan sahaja muhsinas akan melalak-lalak, bercakaran dalam kereta, abah muhsinas pun mungkin akan bertukar warna hijau jugak ala-ala incredible hulk sebab buang tb yang harga lebh kurang nak 4 digit tu...relaks la abah...ai gurau-gurau je...


Berbalik pada cerita tadi...(jauh dah melencong ni)...kami tukar plan je ke Gambang, Kuantan...pergi main air ala-ala Sunway Lagoon...Usu tanya 'apa la jauh sangat, pergi jelah Sunway Lagoon'...well, takkan hamba nak dok kat hotel Sunway yang sekangkang kera je dengan rumah hamba...nak la jauh-jauh, lagipun susah nak dapat time emas abah muhsina ni...sekali dapat, ha ko! ambik! ku gunakan sebaik-baiknya...


Muahahahaha...


Entry selepas ni Gambang the Movie...


Gambang resort


Depan Gambang Resort....


Salam
Ibu Muhsina







No comments:

Post a Comment