Monday, November 7

Catatan 'Perjalanan Haji 2008'

Semasa menunaikan Haji tahun 2008, ibu memang ada buku catatan setiap hari selama 46 hari ibu di Madinah dan Mekkah. Setiap hari ibu catat, tiada yang tinggal, bergaduh light-light dengan abah muhsina pun ada tercatat.

Sepulang ibu dari menunaikan haji, ibu ada menulis di laman forum Universiti ibu. Dan semalam semasa membelek-belek pisi, ibu jumpa catatan tersebut. Lebih detail dari catatan yang mula-mula, sebab dah lupa. Jadinya untuk kenangan dan pengajaran kita semua(ibu tahu kawan-kawan ibu ada yang baca belog ni), ibu titipkan di sini....semoga apabila kalian menjadi Tetamu Allah kalian bersedia dari segi mental dan fizikal...

Cumanya kalau dimasukkan catatan setiap hari ke dalam belog ni macam boring la pulak kan? Jadi ibu summarize kan aje...semoga sesiapa yang membaca mendapat manfaat dan syafaat. Jika ada yang terkurang atau ter'aib, ampunkan ibu, ibu hanya manusia biasa yang sentiasa membuat silap dan salah...


__________________________________________________________

Perjalanan : Catatan Wukuf di Arafah

"Haji itu adalah Wukuf di Arafah"
(Sabda Rasullah saw dari riwayat Termizi & Abu Dawud)

Lagi 3 hari sebelum keberangkatan ke Arafah, kami di beri taklimat tentang do's and don'ts di padang Arafah. Berkali-kali juga Umi(ustazah masa pakej) mengingatkan waktu wukuf, jangan tidur, jangan bersembang, dan banyak lagi 'jangan'nya….

Berkali-kali juga Umi pesan sebelum berangkat ke Arafah, bermaaf-maafan dengan rakan sebilik, dengan ibu bapa dan utamanya dengan suami. Jangan terkejut jika di sana macam-macam kejadian di luar jangkaan dan jangkaun kita berlaku. Di Malaysia, pantang berpisah tetapi di sana ujian Allah Taala ada yang hampir berpisah. Dengan rakan sebilik tidak bertegur sapa sebabkan bilik air sahaja. Takpun sebab aircond, ada yang nak, ada yang tak nak, takpun sebabkan lampu, tv dan macam-macam lagi. Kalau ikutkan logic, takkan sampai macam tu sekali.

Alhamdulilah, kami sebilik seramai 6 orang seperti adik beradik, itulah doaku semasa sebelum berangkat menunaikan haji. Seorang demam yang lain akan terasa dan sentiasa mengambil berat. Bilik air yang satu pandai-pandailah kami membahagikan siapa dulu dan siapa kemudian. Dan sehingga sekarang kami berenam sentiasa bertanya khabar.

Lagi 3 hari kami akan diperhitungkan, kata Umi. Di Arafah seolah-olah seperti di Padang Masyrah. Semuanya berkumpul berkain ihram, putih seperti di kapan. Kecut perut mendengarnya. Apakah balasan dan dugaan yang Allah Taala turunkan padaku di sana nanti? Sempatkah aku? Dapatkah aku? Macam-macam cerita yang singgah di telinga, ada bas yang rosak jadi tak dapat nak wukuf. Jika tak dapat wukuf, bermakna tidak dapat hajinya. Ada yang kata tiba-tiba sakit tanpa sebab, ada yang kata setengah-setengah jemaah yang jadi gila. Ada yang tidak mendapat menfaat semasa wukuf, tetiba mengantuk, tidur dan sebagainya.

"Ya Allah janganlah kau mempersia-siakan perjalanan kami, ya Allah. Jangan masukkan kami ke dalam orang-orang yang rugi"

"Permudahkan urusan haji kami, permudahkan perjalanan kami Ya Allah"

Pagi tanggal 6hb Disember 2008, kami bersiap-siap untuk ke Arafah. Seminggu sebelum ke Arafah, aktiviti ibadah dikurangkan bagi menjaga kesihatan memandangkan jemaah semakin ramai. Solat subuh dilakukan di dalam bilik. Tetapi pagi itu sebelum berangkat, aku mengajak suami ke Masjidilharam, kelihatan ramai jemaah Negara lain sedang bersiap menaiki bas masing-masing. Semuanya berihram berkain putih, itulah satu pandangan yang cukup menusuk hati bila melihat semua jemaah putih bersih. Mungkin inilah pandangan di Padang Mahsyar nanti. Aku bersolat taubat dan hajat di sana, meminta ampun atas segala dosa-dosa yang telah lalu. Aku meminta supaya perjalanan haji kami dipermudahkan Allah Taala dan yang paling utama supaya ibadah haji kami diterima oleh Allah Taala. Aku melihat Kaabah seolah-olah itulah yang terakhir aku dapat melihat Kaabah. Ya mana tahu…mungkin itu yang terakhir.

Umi mengingatkan sebelum berniat ihram Haji, perlu mengucap 2 kalimah syahadah seolah-olah kita akan mati pada waktu itu. Selesai solat ihram di dalam bilik, memandangkan selepas dzohor kami perlu berangkat, aku menadah tangan sambil mengucap 2 kalimah syahadah dengan perlahan. Tak dapat di tahan hati dan air mata ini. Jatuh berderai-derai airmataku bila kusebut nama Allah dan kekasih Allah. Tak dapat digambarkan hati ini, sedih, takut, sayu dan macam-macam lagi. Kesemua kami berenam menanggis meminta maaf dan berpelukan…Angah, Atam, Kak Nor, Kak Julie dan Kak Ain, kalian memang yang terbaik.

Alhamdulilah perjalanan aku dan suami (kami berpisah dengan rakan sebilik) berjalan lancar. Kami bertalbiah sepanjang 45 minit perjalanan. Walaupun terdapat sedikit dugaan semasa menaiki bas, tapi kupendam sahaja perasaan itu. Biarlah orang buat kita jangan kita buat orang, itulah peganganku di sana. 
Di Arafah, kami di tempatkan seramai 200 orang satu khemah yang besar. Kami disediakan tilam, bantal dan selimut. Setiap jemaah telah diberi nombor tilam di Arafah dan Mina sebelum ini. Di dalam khemah kami, terdapat batang pokok di mana kami boleh nampak langit.


Tempatku agak ke dalam sikit, jadi agak sukar untuk masuk ke dalam, jadi kami sepakat membuka laluan di tepiku supaya senang kami nak keluar tanpa menganggu jemaah lain. Subuh 7hb Disember, 2008 satu kejadian yang tidak diduga berlaku, khemah kami nyaris terbakar. Yang peliknya ada jemaah-jemaah lain di dalam khemah acuh tak acuh apabila kami menjerit-jerit 'api-api' 'keluar-keluar' waktu itu. Rupa-rupanya mereka ingatkan khemah kali api, setelah aku beritahu khemah di Arafah bukannya kalis api barulah mereka beristifar panjang. Hmmm nasib baik tak arwah di Arafah…


Kejadian nyaris terbakar menjadi topic hangat masa tu, tapi alhamdulilah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Malah ia menjadi bahan lawak kami pula bila mengenangkan kakakku seorang ini sempat menyelamatkan kain baju yang bergantung dan ada pula kakak seorang lagi bersiap-siap pakai baju masa jemaah sibuk menyelamatkan diri, api dah padam baru dia keluar khemah sambil bawak begnya…


Selesai sarapan, aku mengambil peluang untuk tidur sebentar sebelum masuk wukuf (waktu wukuf adalah masuk dzohor sehinggalah waktu maghrib ). Dalam keadaan yang panas dan bising aku dapat tidur selama 2 jam, nyenyak dan lena tanpa gangguan. Aku mengambil keputusan untuk solat dzohor di luar khemah walaupun ramai yang kata jemaah perempuan afdal solat dalam khemah. Tapi aku tak sedap hati, aku bertekad nak solat di luar, nak duduk di luar. Keputusanku diikuti oleh Kak Nor, Kak Julie dan Angah.


Masuk dzohor, ustaz Zaine membaca khutbah Arafah. Sayu dan sebak semasa mengaminkan doa wukuf di Arafah. Air mata memang turun tanpa henti. Apatah lagi mendengar tangisan ustaz Zaine sendiri meminta keampunan dari Allah Taala.


"Ya Allah, ampunkan dosa kami, kami datang Ya Allah, kami datang dari jauh menyahut seruanMU Ya Allah. Terimalah haji kami, terimalah haji kami terimalah haji kami, dapatkanlah kami haji yang mabrur Ya Allah, haji yang menjanjikan syurga, haji yang diterima olehMU Ya Allah."


Catatan seterusnya agak teragak-agak untuk kutulis di sini, tetapi aku berhajat untuk memberitahu kalian semoga kalian dapat merasai kehebatan dan kekuasaan Allah Taala yang tiada tandingannya. Maafkan diriku jika tulisan ini akan membangkitkan rasa kurang senang di hati rakan-rakan. Dan aku memang tiada niat untuk merasa riak dan bongkak.


Semasa kami makan tengahari, tiba-tiba Ustazah Azuhra di depanku mendongak melihat ke langit. Dan terus bangun, angah disebelahku berpaling untuk melihat apa yang ustazah lihat. Senyap sunyi ketika itu, ramai jemaah yang mendongak ke langit. Ada apa ya? Tetiba-tiba Angah menjerit "Ya Allah, Angah nampak Intan, angah nampak"


Cepat-cepat aku bangun….


MasyaAllah…SubhanAllah…Allah…Allah…Allah…


Bederai lagi airmataku, sungguh. Ya Allah, Kau tunjuk kekusaanMU padaku hamba yang hina ini, Ya Allah. Siapalah diriku ini berbanding dengan yang lain. Ya Allah ……Aku manusia hina, aku penuh dengan dosa…aku tidak layak sebenarnya melihat kebesaranMU…tetapi Ya Allah Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani….Kau pilih diriku untuk melihat kebesaranMU itu Ya Allah…


Di langit, dengan terang dan jelas terbentuk kalimah Allah 'Lailahaillah' dengan gumpalan awan.

Sambungan......Perjalanan : Catatan Mabit di Muzdalifah

Salam
Ibu Muhsina

HFMD

Apa itu HFMD? Apa yang ibu dok heboh-heboh dalam muka buku pasal HFMD ni?

Cuti ibu tinggal ciconet disebabkan ketiadaan maid tempohari, tiba-tiba Allah duga ibu dengan berita yang amat merunsingkan hati seorang ibu, berita bila diberitahu anaknya yang kecil bongsu bercakap pun tak reti dijangkiti virus HFMD. how serious it is? entah la ibu pun tak tahu...

Silap ibu bila tidak prihatin apabila anak mula mengadu sakit mulut, demamnya tak kuat, jadi memang tak perasan. Rupa-rupanya adik dah lama kena. No wonder dia selalu muntah, refuse to eat tapi dia lapar, meragam dan selalu tunjuk-tunjuk mulutnya yang penuh ulcer. And yang paling teruk, bontotnya penuh dengan look-like-ruam but it's actually not ruam..

This is what ibu dapat from the web about HFMD, nak tulis dengan ayat sendiri takut tersalah..

HFMD (Hand Foot Mouth Disease)

  • Usually affects children below 10 years. (Can also affect older children and adults).
  • Symptoms appear 3 to 7 days after virus infection.
  • Patient may first feel unwell for a day.
  • Then rashes, blisters may appear at the hands, feet and buttocks. Ulcers may appear in the mouth.
  • Some patients may show neurological symptoms e.g. headache, stiff neck, weakness of limbs, loss of consciousness, coma.
How does HFMD spread?
By direct contact with infected people or direct contact with saliva, nasal secretions, throat discharge, stools or blister secretions of infected persons.

Is HFMD serious?
Usually HFMD is a mild disease
Complications are uncommon.
HFMD caused by EV71 may be associated with neurological complications  such as aseptic meningitis and encephalitis.

What if your child shows sign of HFMD?
Take your child to see a doctor immediately and follow the instructions given.
If your child is not admitted to hospital;
Do not send your child to the nursery / kindergarten or babysitter.
Isolate your child and personal items from the other children.
Clean thoroughly all the child’s items with soap and water.
Wash hands with soap and water thoroughly before and after contact with the child.
Bring your child to see a doctor immediately if your child’s condition appears to become worse.


Ok...this is when ibu became a bit over acting

After adik confirmed with HFMD, the two sisters pun ada symptoms. And as a mother, i brought this 3 to see the govt doctor. Bukannya apa, untuk dapatkan kes. Ini dah kira kes la kan, you have 3 children staying in the same roof kena HFMD. Angah had ulcer and Acik had demam yang tak kebah-kebah after makan ubat demam. Of course you'll be freak out right?

Tapi ini doktor KK di satu kawasan terkemuka termaju dan terelit ada cakap 'Tak serius!'

Owh! Macam mana kita nak tahu serius ke tak?

Bila satu mulut penuh dengan bintik2, tangan bintik2, kaki bintik2....

Itu bukan serius doktor itu KRITIKAL!!

Ibu was annoyed with this young lady doctor, come on la, ibu datang ke klinik untuk dia take precautions that this HFMD has already spread out, almost outbreak sebab dah ramai yang kena tapi doctors ni lebih kepada aku malas nak buat paper, takyah declare la...kenapa ibu cakap macam tu sebab itulah yang doktor tu cakap

'saya taknak declare, nanti susah'

Apa yang susah. Buat je la report. Suruh je la Jabatan Kesihatan datang check rumah ibu. What is so susah about that? 

And now, i have to take my own ciput leave untuk nursing this 3. Alhamdulilah, Angah dah ok. She already start school today(lagipun doktor tu kata dia boleh pergi sekolah, tak serius!).

Acik dah kebah demam...only tinggal batuk dan selsema aje

Cuma my lil' adik still not recover 100%...

Owh he's active alrite, it just that, demam pulak hari ni, dah la susah nak makan ubat, macam perang WWII...

Hopefully lil' adik fully recover before we go for holiday end of this month

gambang 018

Haaa!!! Nak pergi holiday?...YUP!!!

Salam
Ibu Muhsina


Friday, November 4

SALAM AIDILADHA...Catatan Wukuf

Jika menunaikan haji....waktu ini waktu wukuf(semasa menulis)...waktu anda mengabdikan diri pada Allah. Ustazah Umi pesan, jangan tidur, jangan bersembang, jangan habiskan waktu walaupun sepinci waktu wukuf sebab itu adalah waktu doa paling afdal, waktu Allah turun ke langit bumi melihat hamba-hambaNYA...waktu bumi arafah dipenuhi Malaikat-malaikat hingga disebut

Pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.



Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”


Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :
“ . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? “


“Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”(Imam al-Ghozali)




Sebelum wukuf, kami dinasihatkan berehat atau tidur supaya masa wukuf kami tidak mengantuk. Dengan bantal lembik dan tilam nipis yang diberi, aku menepuk-menepuk bantal lembikku sambil berdoa 'Ya Allah, rehatkan mataku seketika supaya dapat aku berwukuf dengan tenang'


Tempatku di dalam khemah adalah ditepi sebelah kanan, di kakiku ada sepohon pokok yang hanya boleh dilihat dan dipandangkan. Tidak boleh dipegang takut-takut terpatah, nanti kena dam. Kami kan dalam ihram. Sebelahku kiriku kak Julie, kanan kak nor. Kemudian ada Angah, Atam dan kak ain. Kami berenam sebilik di Mekah. Kak Julie dan Kak Nor sama-sama denganku di Madinah dan Mekah.

Dengan izin Allah, kak julie, kak nor dan aku tidur tanpa gangguan. Walaupun ramai yang keluar masuk menggunakan 'pintu'(kain khemah boleh dibuka dan ditutup) berdekatan denganku, aku nyenyak selama 2 jam. Kak Nor agak terganggu tapi aku pesan dengannya, itu sebahagian dari dugaan.

Selepas tidur, selepas membersihkan diri, ramai yang menasihatiku supaya duduk di dalam khemah semasa wukuf. Wukuf belum masuk lagi tapi hati tak sedap.

'Angah, Kak julie, Kak nor, saya nak keluar duduk kat luar khemah. Saya nak berwukuf sambil melihat langit Allah' kataku dan tanpa bantahan kami semua mengambil tikar dan duduk diluar.

Masuk waktu dzohor, kami bersolat dan terus bermunajat bersama-sama dengan jemaah-jemaah yang lain diketuai oleh Ustaz TH.

"Ya Allah Ampunkan dosaku, hanya padaMU aku berserah"Airmata penuh dosa jatuh ke bumi Arafah. ...kami teresak-esak menanggis dengan doa yang disampaikan Ustaz....Ya Allah! Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau menyaksikan keikhlasan hatiku merayu...

"Sesungguhnya inilah rupa kita semasa di Padang Mahsyar....meminta keampunan, menanggis, memohon keampunan dan dalam ketakutan..."selit ustazah di belakang kami. Gugur lagi airmataku...ah! banyaknya dosaku untuk kupinta keampunan, tapi Rasulullah pernah bersabda, walaupun dosa sebanyak bukit uhud, Allah swt ampunkan...

Aku sedang menyuap makanan tengahari apabila tiba-tiba Angah menjerit

"YA ALLAH!!! ANGAH NAMPAK, ANGAH NAMPAK"

Aku mendongak melihat ke arah yang ditunjuk Angah....

MasyaAllah...MasyaAllah....MasyaAllah...
Subhanallah...Subhanallah....Subhanallah

Di langit, 'tertulis' dengan terang LAILAHAILLAH...


Aku mengangkat tangan sambil berdoa, dengan linangan air mata yang tiada henti, Ya Allah, sesungguhnya aku menyaksikan kebesaran dan keindahanMU di bumi Arafah...Ampunkan dosa-dosaku yang lalu, ampunkan dosa ibubapaku, suamiku, abangku, adikku, saudara maraku, rakan-rakanku dan seluruh umat islam. Ya Allah, Lindungilah anak-anakku Ya Allah....Berkatilah hidup kami...Peliharalah kami...Lindungilah kami....Tetapkan iman kami...Ya Allah Ya Allah Ya Allah....

Tulisan tersebut hilang selepas 3-5 minit....kami berpeluk dan kemudian menanggis sambil terus cuba menyuap nasi. Tetapi kami hilang selera makan. Hilang segala-galanya. Aku cuba menghubungi abang dikhemah jemaah lelaki tetapi tidak dapat. Setelah makan ala kadar, aku terus berkemas-kemas mencari abang di khemah depan. Kami mencari tempat sesuai untuk kami sama-sama bermunajat sementara waktu wukuf masih ada. Di tepi khemah menghadap bukit yang pernah terbelah dua(lupa nama bukit tersebut), kami sama-sama berdoa sehingga waktu habis wukuf iaitu masuk waktu maghrib.

Sebelum wukuf kami dinasihatkan untuk menulis doa-doa kami, doa-doa kiriman oleh rakan taulan dan saudara mara. Memang kami menulisnya, supaya tiada seorang pun yang tertinggal, supaya kiriman doa yang dihajati dibawa oleh kami. Tidak henti kami berdoa, berulang-ulang kali...tanpa henti, tanpa jemu. Kami menanggis lagi....

Akhirnya Wukuf, kami bersiap-siap untuk ke Muzdalifah


....semoga kenangan ini sentiasa semat di hati Ibu...
(Catatan penuh : http://muhsinas.blogspot.com/2011/11/catatan-perjalanan-haji-2008.html)

Salam
Ibu Muhsina




Thursday, November 3

Perjalanan 3 tahun yang lalu...

Siapa sangka dah 3 tahun ianya berlalu...


3 tahun yang lalu, hati ibu memang gundah gelana, keluh resah....mengenangkan terlalu banyak benda yang difikirkan. Anak-anak yang ditinggalkan. Mak Abah yang perlu disusah susahkan. Terlalu banyak...


dan sekarang dah 3 tahun...3 tahun ibu memegang satu title yang bukan tajuk, satu nama yang bukan dato', satu gelaran yang bukan Tan Sri..hanya ada didepan nama...berhuruf H.A.J.J.A.H


Setiap kali ibu gelak kuat-kuat di opis atau makan gelojoh di Pizza Hut atau nak mula anyam ketupat, mesti kawan-kawan sakat...'ingat ingat...ingat title sikit'...terus tak jadi nak over acting, terus teringat dosa dosa yang dikutip...teringat balik pahala-pahala yang penat dikutip di Arafah, Mina dan Muzdalifah...


3 tahun...menggigil bila memegang surat rasmi dari TH, mengeletar kepala lutut bila dapat surat panggilan konpem tarikh pergi, tarikh balik dan flight. Terus kelam kabut siap-siap untuk tengok-tengok beg, dah sedia ke belum, cukup ke baju baja yang nak dibawa, telekung-telekung. Siap-siap dengan kole yang Opah muhsina suruh bawak sebab nanti di Mina susah nak cebok :)


3 tahun...hati tak keruan meninggalkan anak-anak minus adik yang masih di alam sana. Along, Angan dah Acik masih kecil. Acik tak reti pun kenapa la ibu menanggis meraung di TH. 
Kenapa abah menitiskan air mata cium-cium pipi gebu Acik. 
Kenapa Angah moody whole day. 
Kenapa Along yang mula-mula steady tiba2 broke down di TH?


3 tahun....cepat sungguh masa itu berlalu...


Labaikaallah huma laibaik..


“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”





Syahdu....


Salam
Ibu Muhsina

Sunday, October 23

Tunggu sekejap


Tunggu sekejap wahai kasih,
Kerana hujan masih renyai,
Tunggu sekejap,
Dalam perlukan asmaraku.

Jangan bimbang,
Walaupun siang akan menjelma,
Malam ini,
Belum puas ku bercumbu dengan dinda.

Tunggu sekejap wahai kasih,
Tunggulah sampai hujan teduh,
Mari ku dendang,
Jangan mengenang orang jauh,
Jangan pula,
Jangan tinggalkan daku seorang,
Tunggu sekejap kasih,
Tunggu…

Tak tahu kenapa, this has been fav song ibu dari dulu lagi....it's always ringging on my mind...la la la la la...
kalau ringging zikir2 memujui Allah kan bagus!! Haish!!

Salam
Ibu Muhsina

Wednesday, October 19

Lama tak hapdet

Entry sebelum ni, entri lama sebenarnya
too many things happen...banyak nak citer tapi tak sempat2...

nak singgah tgk blog member pun tak sempat, tapi fbee ibu sempat la hapdet..itu pun tak cam dulu status langsung tak letak. Serabut kepala rasanya...

Kat opis dengan ISO ISMS ntah apa kedeban lagi deme nak buat

Bila dah hujung tahun baru le pengguna-pengguna tegar sistem ibu perasan 'ai tersalah letak' 'kod silap' 'tersalah posting' 'eh terambik bajet oghang lain'...so memandangkan pelanggan adalah benar, layan jelah. Boleh buat ke tak benda alah tu, ibu letak tepi...'customer always right' ye dak

Kat rumah, dengan muhsina-muhsina...along yang tengah exam, memanjang dia lupa dia tengah exam(kes tengok tv ngalah budak-budak' jadi ibu kena jadi kingkong

Angah yg non-stop bercakap...bebel2 je siang malam pagi petang tapi kalau dia takde...rindu la pulak

Acik....cup cup cup isap jari. Tapi sekali dia bercakap, marbeles. Mesti terkena batang hidung sesapa.

And feberet all...adik yg panjat sana sini..

so memang takde masa nak belog. Orang lain memalam bukak laptop, hapdet belog. Ibu memalam, baik ai ngorok...tak kose nak bukak laptop. Dah le kat opis satu hari mengadap Pesi. Balik umah pun ngadap gak...hish! baik ai ngadap abah muhsina...ahaks!

ps: entri merapu malas nak hapdet

Salam
Ibu Muhsina

Aku Si Pembohong....

Kisah Bohong I :

Si Pemanggil : Puan XYZ, saya dari Bank ABC. Saya nak minta......

Aku : Oh wait...im in the meeting. (Di Mines, tengah jilat-jilat makan aiskerim)


Si Pemanggil : Oh sorry puan, I'll call you back ya puan.


Kisah Bohong II :

Si Anak : Mama, nak belon tu, yang kaler pink tu? (Sambil menunjuk-nunjuk belon kaler pink yang kiut miut)

Aku : Eh! Belon tu bukan untuk jual nak, itu untuk perhiasan. Dia tak jual belon tu. (sambil menunjuk-nunjuk kat pakcik jual belon)


Kisah Bohong III :

Si Penjual : Akak, ni kak buku bersiri cerita Si Keldai dan donkey...bagus kak untuk anak akak.

Aku : Laaa...akak dah ada dah ni...dah berlonggok kat rumah dah...sampai ke pintu


Kisah Bohong IV :

SMS bos : 'Puan, sila bagi pencerahan berkenaan...bla bla bla'

Balasan SMS Aku : 'Pemandangan saya gelap dan kelam, tak cerah la tuan'
(Sedang makan kek di Secret Recipe)

Kisah Bohong V :

Bos : 'Awak dah siap dah report yang saya mintak?'

Aku : 'Proposal? Oooo...belum la tuan, si anu b gnu belum bagi saya feedback'
(Sedang mencari no tepon Anu b Gnu)

Kisah baru jap tadi :

Si Pemanggil : 'Assalammualaikum puan, nama saya Anitun. Saya dari aircond service center.'

Aku : (asal lak dengan aircond aku ni)..Ya ya

Si Pemanggil : 'Puan ada aircond di rumah kan?'

Aku : Oooo takde takde. Saya tak pasang aircon tak suka. Tak tahan sejuk. Nanti kaki kebas kejang.

Si Pemanggil : (tup...terus letak)


Salam
Ibu Muhsina