Wednesday, March 16

Disebalik bencana

Dulu kami ada jiran dimana isterinya adalah seorang warganegara jepun, pada mulanya, seperti biasa, kami baru je pindah jadi trying to break the ice. Mula-mula dia komplen yang tauke renovation rumah ibu nak mengorat dia(?), dia komplen kata di mana dia pergi, tauke cina tu mesti ikut dia.

Lepas tu dia komplen, rumah dia bergegar sebab kami buat renovation

Selepas kami berpindah, rumah sebelah sana pula buat renovation. Dia komplen tauke sebelah sana nak korek lubang dinding rumah dia dan culik dia, dia siap report pada Polis. Polis pun datanglah, ibu ada dirumah, dianya(si jepun) tak ada di rumah, sudah keluar dengan kawan dia ntah ke mana. Polis tanya ibu, betul ke? Ibu pun explain pengalaman ibu semasa ibu buat renovation so polis dah dapat agak jenis apa dia ni

Life continue as usual, ibu seorang suri rumah bertangga masa itu, sedang mencari kerja yang sesuai untuk status bergelar ibu ni. Setiap kali ada tetamu datang(rumah baru kan, so sedara mara datang la nak tengok rumah kecik kami ni), si jepun ni akan menghempas-hempaskan pintu depannya tanpa sebab. Sepanjang ibu membuka pintu lepas tu membuka gate, bersalam-salam dengan tetamu, mempelawa tetamu masuk...si jepun akan buka hempas buka hempas pintu depannya

Apabila ibu diluar membasuh kereta, menyiram pokok, si jepun akan keluar sama dan kemudian menelefon kawanya(konon-konon) dan mengatakan yang ibu selalu mengikut apa yang dia buat. Dia kata 'she like to harras me, wherever i go, she'll be there'

Satu malam, ada kereta peronda polis di depan rumah, dia dan anaknya(seorang budak lelaki berumur dalam 3-4 tahun) sedang duduk di dalamnya. Sebelum dia masuk, dia menunjuk-nunjuk ke rumah kami dan rumah jiran-jiran yang lain. Abah muhsina pun keluar dan bertanya pada Tok Polisi. Polis kata dia mengadu yang suaminya hendak memukulnya, dan meminta polis menghantar dia ke hotel. Kemudian dia kata kami ni jiran-jirannya terutamanya ibu meletakkan RACUN didalam saluran paip rumahnya untuk membunuhnya. Setelah dia pergi, kami pun confront dengan suaminya, suaminya kata isterinya sakit mental(orang kita kata gila meroyan). Fahamlah kami rupanya dia gila.


Malangnya, 2-3 hari kemudian si jepun gila meroyan ini kembali ke rumah. Ibu agak kecewa sebenarnya, elok dia duduk je di hotel terus sebab tension jugak bila dia takde kerja lain, asyik hempas pintu, jerit-jerit kat belakang. Oh ya! Ada sekali tu, jiran rumah belakang menumbuk sambal untuk makan tengahari, si jepun ini menelefon polis mengatakan jiran tersebut sedang bergaduh suami isteri. Polis yang baik hati melayan kerenah si gila meroyan ni, berjumpa dengan jiran tersebut. Terkejut si jiran.

Kami jiran-jiran keliling rumah dia memang tak boleh nak ketuk dinding, tak boleh ada budak menanggis, tak boleh nak keluar rumah, tak boleh siram pokok, basuh kereta (kalau basuh kereta terpericik kat rumah dia, dia akan ambil sebadil air dan curah kat rumah kita), anak-anak tak boleh duduk luar...susah hidup masa tu, rasa macam zaman jepun semua kena catu

Tanggal 31 Ogos 2003(kalau tak silap), selepas abah muhsina confront baik punya dengan si suami, si jepun pun pindah. Memang kami rasa merdeka sangat-sangat...TAPI, sebelum tu, malam sebelumnya kami berperang mulut dengan si jepun malaun ini. Si jepun ni tanpa sebab memomokkan ibu dan along(masa tu kecil lagi) dengan anaknya yang comel. Anaknya memang innocent, yelah budak nak main dengan along, mak dia giler tak bagi. Anaknya pun konpius. Ibu memang naik angin Katrina masa tu, so kami gaduh besar. Jerit-jerit dan maki hamun pada si jepun yang hanya tahu sedikit berbahasa english. Semua jiran keluar ingat kami gaduh berparang-parang. Nasib baik datang abang ibu masa tu meleraikan, kalau tak...

Esoknya si jepun tu keluar, jiran-jiran ingat kami ada super power menghalau jepun itu keluar, padahal kami tahu dia nak pindah sebab Abah muhsina tipu suami dia kata atok muhsina ni Ketua Polis Negara. Still remember the words 'Your wife have upset my wife who is a daughter of ex-Ketua Polis Negara, her father is a high ranking officer. Either you move out or i'll let my father in law to settle this problem'

Pengalaman dengan orang jepun satu ni memang susah ibu nak lupakan. Tapi bencana yang melanda Negara Matahari Terbit ini menyentuh juga perasaan, kerana mereka masih makhluk Allah Taala. Setiap hari ibu cuba dapatkan maklumat dari TV-TV kita yang banyak sorok-sorokkan cerita. So ibu suruh abah muhsina buang HBO, channel movie ni dari astro dan masukkan CNN, BBC, Al-Jazeera, dll.

So at least kita tahu what happen around us kan? Ini berita-berita penting sorok-sorok. Nape takut rakyat panik, biarlah panik, sekurang-kurangnya mungkin dapat menarik lagi ramai orang-orang yang solat jumaat, solat jemaah. Berjinak-jinak dengan mejid, ye tak?

Salam
Ibu Muhsina

Sunday, March 13

20kg shed before 40!

That's my goal...
bukan goal yang dimasukkan oleh Safee Sali
bukan penjaga goal muka sepet KFCM...yang aweks dia jejariruncing.blogspot.com tu...
bukan bukan bukan...

Ini goal ibu sebelum reach 40

Haaa, betul la saya belum 40, saya masih 30-an tau, so lagi 2 tahun la goal ni sampai(haish! terberitahu pulak)...

Alhamdulilah dengan izin-NYA saya berjaya menyahkan 4 kg dalam masa 3 minggu. Mungkin lama la kalau nak compare orang-orang lain yang membuat diet yang serupa tapi bila fikir dengan logik akal yang tuhan bagi, ko dah la besar sebagai johan selama 35 tahun, ingat senang ke nak nyahkan lemak dalam masa seminggu, naahhiiee beta nahhiiiieee...

Ibu dah letak target, before 40 i should more healthy and more ceria, bukan takut mati. mati tu perjanjian kita dengan Allah Taala, kalau dah tiba masanya, kat mana-mana pun kita meninggalkan alam fana ni...tapi nak hidup dalam ketenangan supaya dapat melakukan ibadat yang lebih baik dan lebih sempurna

Lagipun dah 38 tahun menikmati rezeki yang Allah bagi tanpa ada sedikit pun kurang, nak ayam golek, datang ayam golek, nak kambing golek, bergolek-golek kambing datang. Segala neka jenis nasi dengan segala neka jenis nama ~ nasi yang berani, nasi yang berminyak, nasi arab, nasi goreng cina, shusi jepun, mee hoon singapore, tomyam thailand, beef steak australia, nandos afrika...apa lagi, cakap! segala mak nenek dah masuk dalam badan ni. Kalau badan ni boleh bercakap, konpem dia dah terjerit-jerit

Sebabnya ada yang kata 'hish...tak ada nikmat hidup bila berdiet ni, itu tak boleh ini tak boleh, makan ajelah nanti eksesies'. Ewah! ye ke mike eksesies, tak nampak pun mike berlari-lari anak kat keliling kampung/office/bandar?

Biarlah takde nikmat hidup, dah banyak nikmat hidup dah Allah Taala bagi selama ni, jadi kalau tak dapat nikmat hidup 3 bulan, mati ke? tak kan

in fact ibu rasa semenjak amalkan pemakanan sihat ni, terasa lebih sihat dan bertenaga...Alhamdulilah, amat bersesuai dengan badan ibu

Lagipun baju-baju yang terbonjol-bonjol lemak sana sini dah tak nampak dah kebonjolannya, takde asyik pikior baju mana nak pakai, baju ni tak muat, itu sengkak, itu ketat...semua baju can easy fit in dah, seronok sangat rasa

Agak-agak apa diet yang ibu amalkan?

Next entry please...ngeh! ngeh! ngeh!

Salam
Ibu Muhsina

Thursday, March 10

Bubbles dan Bugsy

Ini Bubbles
Damansara-20110227-00066

dan ini bugsy
Damansara-20110227-00067

spesies apa? tak tahu la ibu species apa...binatang apa, tahu...species ngak tahu...

Siapa yang suka main dengan bugsy dan bubbles : Adik!

Adik walaupun gigi tak cukup, cakap pun setakat gugu gaga...tapi amat penyayang dengan binatang-binatang belaan kami ...ya kami ada seekor ikan laga nama dia smelly, kenapa nama smelly sebab memang dia busuk, along tak tukar air dia. Nama smelly pun ibu yang bagi sebab ibu yang bagikan makan, orang lain macam nampak tak nampak je dia kat situ...sian smelly...

Ok...berbalik pada adik yang comel...kalau takde apa2 hal, setiap pagi dan petang, bubbles dan bugsy akan dikeluarkan dari kandang...mereka pun berlari-lari arnab ke sana ke sini...best tengok...except that, bubbles ni cacat sikit, dia takleh bengkokkan kaki dia macam arnab lain...tapi dia memang unik. Mata bubbles mak aii beso...

Aksi-aksi adik...

Damansara-20110227-00070
adik mengejor bugsy

Damansara-20110227-00072
Ini gaya macam nak mencekik bubbles je ni...konpem ni

Damansara-20110227-00063
Bugsy sempat melarikan diri dari dicekik...

Sekian terima kasih, laporan dari bilik berita keluarga muhsina...ahaks!

Salam
Ibu Muhsina