Dulu kami ada jiran dimana isterinya adalah seorang warganegara jepun, pada mulanya, seperti biasa, kami baru je pindah jadi trying to break the ice. Mula-mula dia komplen yang tauke renovation rumah ibu nak mengorat dia(?), dia komplen kata di mana dia pergi, tauke cina tu mesti ikut dia.
Lepas tu dia komplen, rumah dia bergegar sebab kami buat renovation
Selepas kami berpindah, rumah sebelah sana pula buat renovation. Dia komplen tauke sebelah sana nak korek lubang dinding rumah dia dan culik dia, dia siap report pada Polis. Polis pun datanglah, ibu ada dirumah, dianya(si jepun) tak ada di rumah, sudah keluar dengan kawan dia ntah ke mana. Polis tanya ibu, betul ke? Ibu pun explain pengalaman ibu semasa ibu buat renovation so polis dah dapat agak jenis apa dia ni
Life continue as usual, ibu seorang suri rumah bertangga masa itu, sedang mencari kerja yang sesuai untuk status bergelar ibu ni. Setiap kali ada tetamu datang(rumah baru kan, so sedara mara datang la nak tengok rumah kecik kami ni), si jepun ni akan menghempas-hempaskan pintu depannya tanpa sebab. Sepanjang ibu membuka pintu lepas tu membuka gate, bersalam-salam dengan tetamu, mempelawa tetamu masuk...si jepun akan buka hempas buka hempas pintu depannya
Apabila ibu diluar membasuh kereta, menyiram pokok, si jepun akan keluar sama dan kemudian menelefon kawanya(konon-konon) dan mengatakan yang ibu selalu mengikut apa yang dia buat. Dia kata 'she like to harras me, wherever i go, she'll be there'
Satu malam, ada kereta peronda polis di depan rumah, dia dan anaknya(seorang budak lelaki berumur dalam 3-4 tahun) sedang duduk di dalamnya. Sebelum dia masuk, dia menunjuk-nunjuk ke rumah kami dan rumah jiran-jiran yang lain. Abah muhsina pun keluar dan bertanya pada Tok Polisi. Polis kata dia mengadu yang suaminya hendak memukulnya, dan meminta polis menghantar dia ke hotel. Kemudian dia kata kami ni jiran-jirannya terutamanya ibu meletakkan RACUN didalam saluran paip rumahnya untuk membunuhnya. Setelah dia pergi, kami pun confront dengan suaminya, suaminya kata isterinya sakit mental(orang kita kata gila meroyan). Fahamlah kami rupanya dia gila.
Malangnya, 2-3 hari kemudian si jepun gila meroyan ini kembali ke rumah. Ibu agak kecewa sebenarnya, elok dia duduk je di hotel terus sebab tension jugak bila dia takde kerja lain, asyik hempas pintu, jerit-jerit kat belakang. Oh ya! Ada sekali tu, jiran rumah belakang menumbuk sambal untuk makan tengahari, si jepun ini menelefon polis mengatakan jiran tersebut sedang bergaduh suami isteri. Polis yang baik hati melayan kerenah si gila meroyan ni, berjumpa dengan jiran tersebut. Terkejut si jiran.
Kami jiran-jiran keliling rumah dia memang tak boleh nak ketuk dinding, tak boleh ada budak menanggis, tak boleh nak keluar rumah, tak boleh siram pokok, basuh kereta (kalau basuh kereta terpericik kat rumah dia, dia akan ambil sebadil air dan curah kat rumah kita), anak-anak tak boleh duduk luar...susah hidup masa tu, rasa macam zaman jepun semua kena catu
Tanggal 31 Ogos 2003(kalau tak silap), selepas abah muhsina confront baik punya dengan si suami, si jepun pun pindah. Memang kami rasa merdeka sangat-sangat...TAPI, sebelum tu, malam sebelumnya kami berperang mulut dengan si jepun malaun ini. Si jepun ni tanpa sebab memomokkan ibu dan along(masa tu kecil lagi) dengan anaknya yang comel. Anaknya memang innocent, yelah budak nak main dengan along, mak dia giler tak bagi. Anaknya pun konpius. Ibu memang naik angin Katrina masa tu, so kami gaduh besar. Jerit-jerit dan maki hamun pada si jepun yang hanya tahu sedikit berbahasa english. Semua jiran keluar ingat kami gaduh berparang-parang. Nasib baik datang abang ibu masa tu meleraikan, kalau tak...
Esoknya si jepun tu keluar, jiran-jiran ingat kami ada super power menghalau jepun itu keluar, padahal kami tahu dia nak pindah sebab Abah muhsina tipu suami dia kata atok muhsina ni Ketua Polis Negara. Still remember the words 'Your wife have upset my wife who is a daughter of ex-Ketua Polis Negara, her father is a high ranking officer. Either you move out or i'll let my father in law to settle this problem'
Pengalaman dengan orang jepun satu ni memang susah ibu nak lupakan. Tapi bencana yang melanda Negara Matahari Terbit ini menyentuh juga perasaan, kerana mereka masih makhluk Allah Taala. Setiap hari ibu cuba dapatkan maklumat dari TV-TV kita yang banyak sorok-sorokkan cerita. So ibu suruh abah muhsina buang HBO, channel movie ni dari astro dan masukkan CNN, BBC, Al-Jazeera, dll.
So at least kita tahu what happen around us kan? Ini berita-berita penting sorok-sorok. Nape takut rakyat panik, biarlah panik, sekurang-kurangnya mungkin dapat menarik lagi ramai orang-orang yang solat jumaat, solat jemaah. Berjinak-jinak dengan mejid, ye tak?
Salam
Ibu Muhsina
No comments:
Post a Comment