Thursday, September 15

Scandaliciuos


Dulu masa kerja Swasta, ibu rasa a bit menyampah bila mereka-mereka bercerita tentang scandal mereka.

'Tonight i'll be going out with Mr XOX'

atau..

'Mr PXXX is asking me to company him for dinner'

atau...yang amat letih

melihat mereka men'comolot' dengan mamat german di tepi tangga atau di lobby tanpa rasa segan silu milu

dan mereka yang men'comolot' dengan mamat tak sunat tu adalah mereka yang berkulit karat, rambut karat, skirt terbelah, lurah dendam terbuak-buak...nama Aminah...

Bila kerja Gomen, rasa aman sangat kepala hotak, takde le nampak yang pakai singlet pergi kerja, pakai baju nampak two piece...haiyah! letih mata sampai kena pakai spek mata, mana taknya sakit mata ibu menenggoknya. Tak dinafikan la kan, dah environment ala-ala memanjang clubbing, ibu pun kekadang sangkut gak, bukan pergi clubbing tapi setakat pergi kelab ada le jugak, solat jangan harap la, takkan nak tanya bartender 'excuse me, surau ada tak?'

Itu tak termasuk, sekali sekala bos german turun padang, kena ertertain sebab ibu masih bujang trang tang tang, nasib baik deme tak soh pakai seksi2, mungkin sebab deme tengok bertudung. Tapi tak lalu le juga bila bos-bos haprak ni teguk ayo setan, mak aiii bau dia amat-amat meloyakan. Ada sekali tu siap ibu kena hantar direct bos ibu balik sebab dia dah tonggang banyak, melalut je kerja dia. So kelik ibu soh hantarkan balik 'I don't think he is fit to drive'...ibu jugak yang kena anto..

Takpe...itu jaman jahiliah, bila pikir balik nipisnya iman. Alhamdulilah ibu make the right choice bile bertukar kerja, yelah lama-lama akidah tergugat iman tergantung...jadi selamatkanlah secepat-cepatnya.

Berbalik pada citer scandalicious tadi, ibu never thought that orang Gomen pun ada scandal. You just imagine, orang bertitle Haji berpangkat Dato, high level, dipandang tinggi oleh anak-anak buah, dihormati oleh kelik-kelik tiba-tiba ada orang nampak si Dato bertitle Haji bermain spek-spek mata hitam dengan minah PA si Sultan...phewiiitt!!! Lopong mak!! Yang melihat pulak anak kepada pekerja bawahan di Dato bertitle Haji, siap ambik gambo. Hantor kat maknya, datang maknya yang terkejut nyaris sakit jantung, emel kat semua kroni-kroni dia...wah!!!

Opss lupa si Dato title Haji beristeri seorang Datin yang lemah lembut dan sopan. Ibu pernah jumpa, pernah salam. Sangat baik orangnya.

Tergamak sungguh si Dato bertitle Haji, tak cukup kah isteri yang baik hati?

Minah PA si Sultan, dah takde ke mamat lain yang ko nak ngoda? Yang tajuk 'bapak' ni jugakla yang kau cari, sebab boleh belikan beg Coach untuk kau ke? atau sebab nak beli pencuci estee lauder?

Dengar citer, yelahkan dah namanya scandal, orang korek-korek le cukup-cukup, Minah PA si Sultan tak cukup sorang, ada sorang lagi Encik Radix pun dia dah ngoda. Mak!! tak lalu nak nulih bila orang citer dok belai-belai rambut...uweekkk! Rasa nak muntah. En Radix, meh saya belai rambut ketak encik kasi cantas sekali yang hak bawah tu!! Gatal!! Balik rumah la en radix, isteri dan anak-anak tengah tunggu tu...tak padan langsung dengan title Guru Displin semua orang tak betul, dia je yang betul...

Ok...ibu memang marah...marah dengan scandalicious yang dah tahap gaban ni.

Pada bapak-bapak yang nak 4 series, jagalah mata, jagalah pandangan. Pandangan yang membawa pada maksiat, elak-elakkanlah. Mungkin si isteri tak nampak, tapi Allah nampak. Isteri memberi 1000 kali kepercayaan pada anda, jangalah dipermainkan perasaan si isteri. Tak payah la dok layan stok geli-geli ni, tak membawa apa-apa kebaikan pun. Dapat dosa adalah.

Pada ibu-ibu yang menten ayu dan gojes, anda memang gojes! Biarlah apa orang nak kata, jaga penampilan diri untuk kepuasan diri, untuk laki nombor dua. Jika kita rasa kita hebat, laki pun kata kita hebat. Laki pun susah nak cari lain sebab yang lain tak hebat. Masak untuk laki, sembur-semburkan ayat-ayat pengikat bio dia tak cari lain. InsyaAllah, Allah kan ada, yakin pada Allah....

Pada betina-betina yang tak sedar diri, satu je ibu nak pesan .... 'Berbaliklah pada jalan yang benar dik, mana maruah kita sebagai wanita anggun? Berbalik pada Allah, Allah masih sayang pada kamu'

Salam
Ibu Muhsina

2 comments:

  1. Ammboiii mawahnya ibu...tapi memang gewamm kan bab2 ni...meluappp je ..membuak2 macam gunung bewapi nak melatopszzzz... grrr grrr..

    ReplyDelete
  2. Che Ann...marah sungguh rasanya sebab kita pun pandang DIA ni hebat sangat tetiba ada scandalicious rupanya....eeiiiiiiii

    Off topic: Ai nak datang berwaya, nak makan kek kaler2...boleh?

    ReplyDelete