Dibawah adalah beberapa tugas penting yang perlu dipikul oleh seorang ibu, dari mula anak itu keluar dari perutnya yang dikandung selama 9 bulan 10 hari...
1. Mandi ~ dari kaki sebesar ibu jari kaki sehinggalah anak itu berlari, bersekolah, ibu akan memastikan anak-anaknya disabun badannya, digosok giginya, dilap, disikat, dibedak dan dipakai the finest clothes that she can find. Walaupun anak sudah bersekolah, siibu akan mengomel supaya si anak betul-betul bersihkan badan, sabun dan cuci gigi sebersih-bersihnya.
2. Makan ~ Seorang ibu akan memberi anaknya makanan terbaik, berkhasiat yang dijumpai, Kalau makan sedap di pejabat. Muka anak-anaknya yang diingatinya. Teringat nak bawak balik untuk anak, teringat makanan kegemaran anak. Seorang ibu akan memastikan anak-anaknya makan walau macammana keadaan pun. Walaupun belum sebutir nasi pun dijamah si ibu, si anak akan makan dulu, disuap dengan penuh kasih sayang. Bila si anak kenyang, barulah si ibu makan, itupun kadang-kadang si anak akan kacau juga si ibu makan. Si ibu akan suap juga anak yang mengacau.
3. Pelajaran ~ dari usia baru mengenal perkataan aaa dan uuu, si ibu tanpa jemu akan memberi pelajaran asas kepada si anak, 'Nak susu nak?'...'kiss ibu nak'...'1 2 3'...'A B C'...sehingga bersekolah, memastikan kerja-kerja rumah disiap anak walau kadang-kadang persis halilintar sebab si anak agak kurang mahu mendengar kata si ibu, tapi ibu tanpa jemu walaupun jemu tak terkata, mengingatkan si anak, 'Baca buku nak'...'Buat homework nak'...'jangan tengok Tv nak'...'...'jangan asyik main nak'...
4. Tidur ~ Bila si anak tak tidur, si ibu pun sama tak tidur. Agak jarang bila si anak tak tidur, si ibu sudah terbungkang. kalau si ibu sudah terbungkang, itu mesti si ibu dah penat menggiler takpun dah penat sangat melayan si anak yang tak mahu tidur. Tidur si ibu dari semenjak anak ni 'timbul' dalam rahim sehingga la si anak melelap mata selama-lamanya takpun bila si ibu melelapkan matanya selama-lamanya (hmm agak kelelong di situ), si ibu tak pernah repeat tak pernah mendapat tidur yang nyenyak, si anak berbunyi nak susu, berbunyi ngigau, berbunyi mimpi, jatuh katil, tidur berjalan, si ibu memang tak akan nyenyak tidurnya.
5. Masak ~ Kegembiraan seorang ibu bila anaknya makan tak hengat seolah-olah lama tak makan masakan ibunya. Biarlah penat macam mana pun badan si ibu, biar letih macam mana, sakit, ngantuk, tak boleh bangun, pening lalat, si ibu akan berusaha untuk masak untuk si anak.
6. Sakit ~ anak sakit, si ibu lah yang macam ayam berak kapur. Tak tentu hala arah tuju. Anak muntah, cirit. Si ibulah yang mengesahkan walaupun si ibu kadang-kadang baru balik dari perjalanan jauh, baru balik out-station. Si ibulah yang perlu memastikan si anak memakan ubat, periksa si anak kebah demamnya.
7. Peperiksaan ~ Anak periksa, si ibulah yang perlu memastikan si anak belajar untuk peperiksaan, tuition mana yang terbaik untuk si anak, cikgu mana yang tebaik untuk si anak, sekolah mana yang sesuai dengan si anak. Si ibulah yang terpekik terlolong macam tarzan terlepas zoo di rumah bagi memastikan si anak membuat praktis, membaca buku bukannya mengintai siaran TV di celah-celah sofa.
huk! kalau ikut banyak lagi berjela-jela tapi setakat ini saja yang terfikir dek benak kepala ni....
Jadinya, adakah ia agak keterlaluan bila si anak mendapat markah rendah di dalam peperiksaan, si ibu dipersalahkan kerana terlalu memberi tekanan pada anak padahal kalau bukannya si ibu siapa lagi yang mahu memekik terlolong, busy body, membebel, menyuruh, memaksa si anak?
Salam
Ibu Muhsina
No comments:
Post a Comment