Tuesday, April 26

Bila ada yang menghalalkan cara mempergunakan agama...

Sebelum tu baca sini dulu : http://ondscene.my/kemasyarakatan/pusat-tahfiz-pergunakan-remaj

Betul tak kalau ibu kata ramai orang kita, spesifik melayu yang beragama islam berimej berkopiah putih menggunakan agama untuk menghalalkan cara? Mungkin bukan semua tapi sebabkan segelintir rosak susu sebelanga

Pernah seketika seorang remaja perempuan datang pada ibu membawa ubat salap macam tiger balm untuk dijual. Ibu tengok ubat tu, tertulis di situ Al-Mansur seperti yang diwar-warkan.

'Berapa ni dik?'
'10 ringgit'
'Uish mahalnya, kecik 10 ringgit'
'untuk anak yatim makcik(iye dia memanggil ibu makcik!!)...setakat 10 ringgit tak banyak mana pun'
sinis...
'hmm takpela...dah ada kat rumah'
dia memandang serong, marah agaknya...
'naik kereta besar tapi kedekut'..getusnya perlahan..
ibu pusing balik ke arahnya...membuka dompet dan mengeluarkan 5 ringgit..
'Ambik ni, ini untuk awak...bukan untuk tiger balm palsu yang ustaz awak buat! tapi untuk awak pergi beli roti untuk makan'...sinis dan bunyi dengan amarah...

Marah sebab sikap kurang ajar si adik ni tapi simpati sebab dia perlu melakukan kerja-kerja so-called amal yang disuruh oleh ustaz durjana.

Setiap malam ada saja seorang lelaki buta di depan Giant kecil Kelana Jaya menjual tisu dan seorang perempuan buta di depan kedai Ayamas sederet dengan Giant tersebut. Ibu dah selalu tengok couple ni(couple ke tak, tak tahu la)...kesian tapi geram bila mengenangkan kedurjanaan orang lain yang mengambil peluang...Sebabkan kasihan lagi tebal dari perasaan geram, ibu akan selitkan ringgit di tangan si perempuan, kalau yang lelaki ibu akan letak di dalam poket bajunya. Sambil itu, ibu akan bisik 'Ini untuk makcik ya', 'ini untuk pakcik ya'...dan mereka akan mengangguk kecil tanda faham. Faham yang duit diberi tiada kena mengena dengan 'kerja' yang mereka lakukan. Biasanya ibu lihat, si makcik akan terkocoh-kocoh menyimpan wang yang diberi, mungkin untuk memastikan tiada siapa yang tahu.

Ada juga beberapa komen dari blog di atas memberi cadangan supaya kita jangan menderma lagi pada sindiket-sindiket ni, tapi bagi ibu takpela, segala urusan biarlah Allah yang tentukan dan nilaikan. Apasalah hulurkan seringgit dua, kalau tak betul, biarlah dia menjawab pada Allah Taala. Tak perlulah kita menghukum mereka, bukan hak kita menghukum sesama manusia sebab diri sendiri belum tentu Allah tak murka....

Salam
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment