Thursday, February 17

Ampunkan Daku

kewaja
(kredit to http://www.faztvnetwork.com/2011/02/ampunkan-daku-cerekarama.html )


Sinopsisnya :


images


Latifah(sheila rusly) membuka tempat perlindungan untuk anak-anak remaja yang mengandung anak tidak sah taraf, KEWAJA. Latifah sebelum ini ada mempunyai suami(Zamrul Hisyam) dan Khalisa(not sure sape pelakon dia), tetapi suami dia, Azri lebih suka mendengar ikut kata mak dia, Fauziah Nawi. Fauziah Nawi ni pun memang kaki buli dan mengongkong anak dia kaw-kaw punya. Naik menyampah pun ada. Lakonan mantap macam tu memang boleh buat orang nyampah la kan. Sebelum Latifah keluar dari rumah dihalau ibu mertua, latifah meminta 300k sebagai pemberian jiwa dia yang kacau dek perangai mak mertua dia ni, Suami dia marah sebab ingatkan latifah menjual anakanak tidak diberi pada ibunya...aaaa sedih waktu ni). 


Rupanya KEWAJA tu dibuka hasil duit 300K yang dia minta tu. Di tempat perlindungan ni, macam-macam la perangai budak-budak yang memang ngarok ni, ada yang insaf dan ada yang memang ngarok tahap gaban.


Tapi Latifah ni memang dijadikan Allah swt sebagai wanita yang sabar dan berhemah. Dia tak marah pun budak-budak ni, dia keep on bagi nasihat dan tunjuk ajar. latifah dibantu oleh seorang ustaz yang akan memberi tunjuk ajar dan ceramah pada anak-anak malang ini.


Ada dua skrip yang ibu muhsina suka dan ingin ibu tekankan di sini :


1. "Jangan kita buat macam dia, kalau kita buat macam dia, maknanya kita serupa je macam dia"


2. "Hanya Allah sahaja yang layak menghukum kita, kita takde hak untuk menghukum manusia yang lain"


Yang lain kena tonton sendiri la...


Pada ibu, message yang disampaikan memang menikam kalbu. Ibu sendiri pernah tertanya-tanya kenapalah nak bukak pusat perlindungan remaja-remaja yang mengandung ni, lagi ramailah yang berzina, mengandung anak luar nikah, tapi bila difikir balik, ibu muhsina baru sedar kalau tak ada tempat-tempat begini, kemana sebenarnya mereka yang telah terlanjur hendak pergi. 


Kita tak tahu apa sebalik cerita mereka atau apa masalah mereka. Kita hanya pandai menghukum sahaja. 


Di akhir cerita, terdapat anak-anak remaja sendiri yang berlakon dalam drama ini rupanya. Dan mereka ada yang menanggis semasa pembikinan drama ini. Ini termasuklah pengusaha KEWAJA sendiri. 


Ibu Muhsina memang drama queen...so sepanjang cerita memang ibu menanggis teresak-esak. Kesian dengan mereka dihumban masyarakat, dihina diherdik...termasuklah pengusaha tu sekali, mesti melalui zaman pahit manisnya. Mesti Sheila Rusly mendalami hati pengusaha KEWAJA tu kan untuk impak yang menarik.


doa


"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah dosa-dosaku, suamiku, anak-anakku, ibu bapaku, ibu bapa mertuaku, saudara mara ku. Ampunilah dosa-dosa anak-anak remaja yang telah melakukan kesilapan ini Ya Allah. Hanya engkau sahaja tempat mereka berlindung dan meminta pertolongan"


"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah rumah perlindungan seperti KEWAJA ini, supaya hasrat dan niat murni ini diberkati Ya Allah."


"Ya Allah, jauhkan musibah berat ini menimpa ke atas keturunanku, peliharalah anak-anakku dari hasutan manusia dan syaitan, teguhkan iman mereka terhadapMU dan KekasihMU"


Salam
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment