Monday, January 17

Petua bangun Awal pagi dan solat subuh jemaah...

Entry khas untuk abah muhsina :) dan peringatan buat ibu...
dapat emel ni melalui satu forum yahoo tapi dalam bahasa english(english dia pun terabur gak) jadi ibu translate, senang nak faham... (Ibu tambah sikit garam dan gula biar best je baca)

Petua bangun awal pagi dan solat subuh jemaah

  1. Masuk tidur dengan berwuduk. Dirikan solat 2 rakaat dan minta Allah diberikan hidayah dan petunjuk.
  2. Bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat dalam Al-Quran kerana Rasullah saw pernah bersabda dimana barangsiapa yang membacanya tidak akan dikalangan orang-orang yang rugi.
  3. Jemaah di Masjid. Ajaklah rakan-rakan sama-sama berjemaah. Ketuk pintu dari rumah ke rumah jika perlu.
  4. Berdoalah pada Allah supaya memberi kekuatan untuk bangun malam. Kusyuk dalam berdoa. Janganlah berdoa hanya untuk bangun waktu subuh tetapi berdoalah untuk bangun waktu tengah malam dan berjemaah subuh di Masjid.
  5. Bacalah zikir yang diamalkan oleh Saidatina Fatimah r.a sebelum tidur : SubhanaAllah 33x, Alhamdulilah 33x dan Allahuakbar 33x. Zikir ini, insyaAllah akan melenyapkan perasaan penat lelah di siang hari.
  6. Masuk tidur awal, elakkan melakukan kerja-kerja yang sia-sia seperti bermain game IPAD, ps3 dan tengok movie tengah malam takpun makan maggie tiba2. Adalah lebuh afdal untuk masuk tidur selepas solat isyak.
  7. Elak mengunakan button syaitan 'snooze button' ..ia hanya akan menyebabkan anda terlepas subuh. Pastikan anda memasang jam loceng yang kuat biar sampai jiran sebelah pun dengar sekali.
  8. Jauhkan jam loceng dari tempat yang senang dicapai. Letakkan ditempat yang jauh supaya anda bangun dan menutupkannya. Lebih afdal, letak aje luar rumah, mesti anda terpaksa bangun dan buka pintu untuk menutupnya kalau tidak polis datang pulak.
  9. Elakkan makan malam yang lambat. Pastikan makan malam 2 jam sebelum tidur, jika tidak anda akan terasa letih. No more night snack atau kata omputih supper...forget it, itu agenda jahat...
  10. Jika perlu, apabila anda bangun untuk solat tengah malam, ajaklah suami/isteri, keluarga rakan-rakan, jiran untuk melakukannya bersama. Telefon mereka kalau perlu. Jika mereka melakukannya, pasti anda mendapat habuan pahala sama.
  11. Buatlah sedikit senaman seperti pushup dan sittups untuk rasa lebih segar dan bertenaga. Janganlah pergi jogging pula nanti terlepas solat subuh
  12. Minta suami/isteri, anak-anak, rakan-rakan mengejutkan anda dari tidur. Jika mereka gagal nak kejutkan anda yang memang tidur mati, pakat dengan mereka untuk benamkan kepala anda dalam tasik.
  13. Lawan segala nafsu jahat yang melanda untuk tidak bangun solat. Berhenti nafsu 'Kejap Lagi' yang selalu melanda diri anda. Kerana nafsu 'kejap lagi' itu yang membuat kita tidak melakukan solat dengan sempurna.
  14. Jika tips di atas masih tidak berjaya...sila beli tikar mengkuang dan tidur atas tikar tersebut untuk beberapa hari, mesti anda tidak selesa dan selalu terjaga-jaga dari tidur...Lupakan vono dan dunlop pillow...buangkan ajer ke tasik jika perlu...

Hahahaha...tips yang last sekali tu memang awesome!!!

Salam
Ibu Muhsina

2 comments: