Saturday, January 15

Nak layan ke tak?

Nak layan ke tak?
Nak layan ke tak?

Bukan layan abah muhsina, atau muhsina-muhsina ni....
tapi layan seorang pengguna sistem bawah jagaan ibu muhsina ni...
dok call pagi-pagi ahad ni sebab dia tak boleh nak buat transaction dalam sistem dari German ni...

Petang jumaat pukul 5.15pm,lagi 15 minit nak bergerak pulang, dia call ibu. Dok bagitau yang dia ada massalah nak 'post'. Hari jumaat ibu kena balik awal, ibu pulak bawak kete masa tu sebab nak kena beli barang pantry yang dah habis. Bila habis je barang takde la umat lain nak beli, makan memang tak hengat, tapi bab beli semua buat tak tahu. Lagipun petang jumaat, along dan angah ada kelas kumon. So MEMANG ibu tak boleh nak stay.

'kalau macam tu u kena datang la esok(sabtu), ni kena settle ni sebelum 15hb'
ewah!!! ko ingat pejabat sebelah rumah aku...nak dekat 50km tak dari rumah...

'U kena settle ni hari ni jugak'
ko telefon aku pun pukul 5.15pm, agak2 la kalau nak suruh orang support...

Pukul 5.15 call, kejap2 itu jugak suruh orang settlekan. Ibu nak bukak sistem nak tengok problem pun ambik masa 5 minit, kalau dah terrer bebenor, ibu takdenya kerja kat situ, baik ibu jadi consultant freelance dok rumah....cis!

Salam
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment