Thursday, May 9

Satu pengakuan

PRU13 telah berlalu...saya tak pandai bermain politik apatah lagi mematahkan hujah-hujah yang dibentangkan. Setakat tengok baca analisa sendiri...im done

Sebelum PRU13 pening kepala dengan news feed di facebook yang tak sudah-sudah fitnahnya...ingatkan selepas PRU13 adalah reda tapi semakin hebat fitnahnya...Astagfirullah...

Takpela lupakan yang itu...cuma ada sesuatu or should i said satu pengakuan yang akan saya buat...maybe pangakuan ini ada yang tak suka, tak usah terus di baca. Free country and free will...

Kisah Satu

Dibesarkan dengan persekitaran bandar. Kami tak panjat pokok atau mandi sungai. Apatah lagi menyumpit burung. Permainan kami hanyalah monopoli, sahiba atau kadang2 teng-teng di depan rumah atau badminton dengan jiran sebelah. Kami tidak berjalan kaki berbatu2 ke sekolah. Abah sediakan pengangkutan untuk kami ke sekolah.

Sekolah kami sekolah bandar. Sekolah kebangsaan dengan percampuran bangsa dan bahasa juga agama. Sekolah Rendah tiada beza kulit. Siapa kawan kamu? Ramu Muthu Ah Chong dan Mei mei. Takde beza. Mei Mei bawak bekal dari rumah. Kami makan. Kami bawak bekal dari rumah. Mei mei Ramu Muthu makan. Semasa waktu sukan kami semua minum air dari straw yang sama, botol yang sama.

Berbeza apabila kami dewasa. Jurang pemahaman etnik dan kaum telah mula berlaku. Tapi Mei mei tetap kawan kami. Mei Mei tetap sama-sama makan dengan kami bezanya kami dah tak makan bekalan Mei Mei dan Mei Mei dah tak makan bekalan kami.

Mei Mei Muthu Ah Chong Ramu kawan kami.

Kisah Dua

Meningkat dewasa. Sekolah menengah di sekolah bandar yang rata-rata anak-anak orang elit. Elit dari pelbagai kaum. Kereta mewah menjalar menurunkan anak-anak elit ini ke sekolah. Kami tak elit. Kami orang biasa. Kami naik bas kuning. Auntie bas panggilan kami.

Di sekolah ini jurang pemahaman etnik masih ada tapi agak terkawal kerana kami masih berkawan dengan Mei Mei dan kemudian ada Karen dan Becky. Muthu dan Ramu sudah ke sekolah lain. Kami bersekolah di sekolah yang ada hanya perempuan.

Sekolah kami sekolah elit. Semuanya kena berbahasa English. Semua matapelajaran di ajar dalam bahasa english kecuali Bahasa Malaysia. Itupun Cikgu kami terpaksa selit-selitkan bahasa english kerana anak-anak orang elit ini kurang faham berbahasa malaysia. Sekolah elit kami ada peraturan unik, jika ada murid yang  bercakap Bahsa Malaysia akan di denda 20sen. Semuanya mersti bercakap dalam bahasa english. Cikgu-cikgu kami 50% bukan melayu. Cikgu Melayu biasanya adalah Cikgu Bahasa Malaysia. Matapelajaran Kimia, Biologi dan Fizik juga Add Maths kebanyakkan dimonopoli oleh kaum yang lain.

Semasa di Tingkatan Dua, Cikgu sejarah kami berbangsa cina. Jika dalam buku sejarah tajuknya 'Kemerdekaan Tanah Melayu', kami disogokkan dengan sejarah kehebatan 'Komunis' di Tanah melayu. Jika  dalam buku sejarahnya tajuknya 'Tunku Abdul Rahman', kami di ajar tentang kehebatan 'Chin Peng' dan sekutunya. Tapi kami diam, diam kerana kawan-kawan kami adalah Mei Mei, Karen dan Becky.

Semasa di Tingkatan Empat dan Lima, cikgu kelas kami berbangsa Cina, beliau tidak suka dengan kami. Perkataan yang biasa kami dengar adalah 'useless girls'. Ada saja yang tak kena dengan kami, mungkin dia lebih selesa jika kami memakai gaun bukannya berbaju kurung. Walauapapun, kami diam juga. Diam kerana kawan-kawan kami adalah Mei Mei, Karen dan Becky.

Kisah Tiga

Kami masih belum mendapat tawaran ke mana-mana Universiti. Jadi kami bercadang masuk ke Tingkatan 6. Kami ditempatkan di sekolah menengah lelaki di PJ. Dalam hati berbunga-bunga gembira. Setelah 5 tahun tidak berjumpa Muthu Ramu dan Ah Chong, kami gembira bertemu mereka. Fizikal mereka memang lain. Malu juga pada mulanya.

Tapi kegembiraan kami terbantut, hari kedua bersekolah di sekolah elit ini. Kami dihina seperti sampah. Kami dihalau dari kelas. Hanya kerana kami bertanyakan adakah perlu kami membeli buku teks tingkatan 6. Itu sahaja pertanyaan kami..

Dengan bongkak dan sinis, guru berbangsa cina yang memang dari mula tidak mahu pun memandang ke muka kami berkata :

"You malays are useless, all of you will get a place in the local Us, why do you bother to come here to study. GET OUT"

Kami termanggu. Salah kami kah?

Salah seorang dari kami memang berhasrat untuk meneruskan tingkatan 6nya, tapi setelah dihalau seperti itu kami bersepakat untuk tidak meneruskan persekolahan Tingkatan 6 kami.

Selamat tingal Mei Mei, Karen, Becky, Ramu, Muthu dan Ah Chong. Kami perlu teruskan hidup kami tanpa kamu.

Kisah Empat

Aku memegang segulung ijazah. Aku mendapat kerja di salah sebuah syarikah multi nasional. Rata-rata berbangsa lain, dari pengiraanku hanya 10 orang sahaja berbangsa seperti ku dari 300 kakitangan di situ. Dalam Dept ku, hanya aku seorang yang berbangsa melayu.

Memegang ijazah Pengkomputeran, ku ingat aku sudah paling berjaya. Rupa-rupanya ada cerita. Kawanku sebangsa yang tugasnya menguruskan Payroll kami berbisik padaku satu hari :

'Hei kau, kau tengok dihujung sana. Amoi genit berskrit pendek, rambut indah beralun cantik. Dia tidak sepertimu, dia tidak lepas ijazahnya, tidak mempunyai diploma, yang ada cuma salinan sijil sahaja. Tapi gajinya 2 kali ganda darimu yang ada segulung ijazah'

Aku tersentak. Sungguhkah?

Bekerja di Multinasional company banyak benda yang aku belajar. Bukan belajar untuk berjaya, bukan belajar untuk meningkatkan karier tetapi belajar untuk survive dengan mereka, belajar untuk mempertahankan akidah dan imanku. Setiap kali ada CEO, MD atau MANAGER yang turun ke sini. Aku dikerah untuk melayan mereka. Bukan aku tak suka tapi aku tak tahan bau minuman memabukkan yang mereka minum. Aku yang dikerah untuk melayan mereka bukannya Amoi berskrit pendek.

Solatku hanya 10 minit cuma. Lebih dari itu, aku akan disoalkan. Solatku juga sudah tidak sempurna. Masakan boleh, setiap kali aku dikerah melayan bos-bos mereka, tempatnya sudah pasti bukan Restoran Melayu yang ada surau atau tempat berwuduk.

Tiba masa, suatu hari. Kami akan membawa bos dari German seperti biasa untuk makan malam. Bosku menempah di satu restoran mewah. Tempatnya rahsia, Surprise katanya. Aku pergi bersama Kho dan Stephen. Dua teman yang amat memahami. Terperanjatnya Kho apabila restoran yang ditempah bukannya restoran Halal. Masa itu aku sudah terdiam. Aku sudah terasa.

Kho marah-marah. Kata beliau ada benarnya. Apakah bos aku tidak tahu? atau sengaja tidak tahu? Dia sudah bekerja di Syarikah Melayu sebelum ini selama 10 tahun. Masakan halal haram tidak dapat dibezakan. Kata Kho kepadaku yang agak terganggu. Aku tambah terkilan bila Kho berkata begitu. Terkilan dengan tindakan kurang sopan bosku. Aku mengundur diri untuk pulang. hatiku sudah disakiti, seperti disiat-siat. Tapi Kho dan Stephen pujuk aku, jika you balik, bos you menang memperdayakan you. Sesungguhnya aku ingin pulang. Aku memang takde rasa untuk pergi sebenarnya aku memang taknak pergi tapi bosku yang beria-ria mengajakku dengan alasan dia tiada teman. Tapi adakah ini balasannya padaku?

Kerana Kho dan Stephen aku angkur, demi Allah aku membenci bosku pada tika saat itu. Tapi aku diam. Walaupun kami pergi ke Restoran lain yang halal (masih bukan restoran melayu) hatiku sakit. Dia tidakpun meminta maaf padaku. Dia hanya diam seolah2 tiada apa yang berlaku.

Kemudian aku meletakkan jawatanku, bosku terperanjat. 'Why?'

'Because you're not sensitive and you're racist!!'

Aku puas bila berkata begitu.

Mulai dari situ, hatiku sentiasa berbuku.

Jangan dijual nusa bangsa dan negara. Bagiku belajarlah dari mereka bagaimana mereka bersatu. Belajar dari mereka bagaimana mereka berjaya. Bukan semua berhati busuk, hanya sebahagian. Aku tahu ramai Kho dan Stephen diluar sana. Aku tahu.

Lain orang lain pengalamannya...tapi ini pengalamanku. Katalah apa kalian mahu kata. Tapi inilah sebahagian dari pengakuan dan cerita aku. Aku yang melalui pahitnya bersama mereka. Mungkin dengan kalian mereka manis-manis belaka. Tapi tidak padaku. Aku memang ada teman seperti Kho dan Stephen atau mungkin Mei Mei, Becky, Karen, Muthu, dan Ah Chong yang sudah lama tidak ku temui tapi hatiku telah disakiti.

Untuk aku menerima mereka seperti mana aku menerima bangsaku agak sukar lagi. Untuk aku menerima mereka seperti mana aku menerima mereka sebelum ini agak sukar lagi. Kerana aku jadi seperti ini kerana sikap angkuh dan sombong mereka. Aku jadi begini kerana sikap racist mereka kepadaku sebelum ini.

Ikhlas dari saya
Ibu Muhsina

No comments:

Post a Comment