Thursday, March 28

Keseninambungan K.i.s.a.h C.i.k T.a.n

Cik Tan sedih...

Buat Atkins Diet bagai nak rak sebab masa memula tu badan rasa gigil2 macam org demam kura2. Badan rasa lemah. Sedap je tengok org makan aiskerim....makan kek...makan apa ntah lagi yg nampak sedap...

Cik Tan pun buat la selama 2 minggu...yeeehoooo!!! turun 3 kg...

So Cik Tan makan nasi balik sebab dah kemaruk nak makan nasi. Lapo nasi. Tekak melayu datang balik...

Dah seminggu makan nasi, cis!!! naik 3 kg balik!!!

Hmm apa ni? Tak bestnya. Baca balik hal2 Atkins ni....oooo memang kena reduce all carbo intake. Dah tu meaning takleh makan nasi langsung la ya. Mak aiii...macam mana nak balik kampung?!!!

Lepas tu Cik Tan jumpa kawan kan, kita namakan kawan Cik Tan ni Cik Haf,  Cik Haf kenalkan Cik Tan dengan Mamat Hensem lagi berkarisma lagi kacak dan macho...(wah berjela2 bodek nampak!!)

Boleh le layan kehenseman dia di sini : http://kevinzahri.com/

Pergi satu kursus di mana Cik Tan belajar apa itu kalori deficit
Cik Tan belajar macam mana nak kira DRC
Cik Tan belajar pasal metabolisma
Cik Tan belajar tentang apa itu diet yang seimbang

Nganga juga Cik Tan masa tu, yelah ingatkan tak makan nasi. Belasah karipap 3 keping boleh kurus la kan. Rupanya karipap tu banyak kalorinya, 2 ketul je dah 256kcal

Banyaknya....lari setempat 30 minit pun tak terbakar lagi karipap...kena jalan 6km baru bakar karipap. Tu karipap je tu...yang lelain...yang nasi, aiskerim...

Kata Mamat Hensem ni, jangan kita tinggalkan nikmat hidup kita.
Jangan kita seksa hidup kita. Kita belajar je macam mana kita nak kurus

TAPIKAN...

Cik Tan belajar satu benda...ko dah gemuk 40 tahun kan...camne agak2 ko nak kurus mcm angelina jolie dalam masa 4 bulan...

AGAK2 la beto...

so kalau dah menternak lemak selama 30 tahun ...maknanya ambik masa juga la nak kurangkan inci yang ada, nak kurangkan lemak yang dah selesa ternak dalam badan ni...

Lemak tu konpem la dah hidup semati dengan daging2 tulang temulang yang ada dalam badan. Ye tak?

Hmmm itulah membuatkan Cik tan pikior lelama...

Jadi Cik Tan dah start dah Karolie deficit, kalori in and out..

Mula2 tu memang payah la, dok kira aku makan nasi ni brp kalori, aku makan ayam goreng ni berapa lak kalori. Selepas 6 bulan....senang je beto...

Lepas tu dapat Phone Android, download application MyFitness Pal. Sangat membantu dalam kira mengira ni...search je ko makan apa. Tetiba dia tulis berapa kalori dia.

Dalam pengiraan kalori ni pulak, you can still enjoy your life. Rasa nak makan nasi lemak. Go ahead la...Lepas tu jangan lak belasah teh tarik. Minum air kosong je. So balance le kan..

Dalam diet kalori ni, ko kena makan setiap 3 jam, maknanya 5-6 kali sehari. Tak boleh lapar, lapar means nanti ko craving for food dan start makan macam rimau...

So in between, ko makan le buah2 tak pun biskut ni..Ini ada biskut spesel homemade kawan Cik Tan beli...sedap. Makan 2 ketul kenyang seminggu...eh takde la. Kenyang le dalam 2-3 jam.

Minum air kosong bebanyak, bukan setakat 8 gelas. Ko tgk le badan ko besar mcm mana. Kalau mcm Cik Tan, paling kurang 3 Liter...agak2 la badan macam dinasour nak minum 8 gelas je, tak logik la kan...

Memalam, Mamat Hensem kata elok makan makanan protein sebab nak tidos...

Alhamdulilah la kan...setelah diamalkan 6 bulan ni...dalam 6 bulan la...turun le 6 kg. Kalau ikut Mamat Hensem sebulan leh turun 3-5kg...sepatutnya 30kg la kan dah turun. Tapi yelah faktor umur, ketinggian dan kemantapan lemak yang dah membina dalam badan. So Cik Tan redo...yg penting seluar baju kain Cik Tan dah longgar.

Eksesais Cik Tan tak rajin sangat. Malas. Tapi eksesais adalah satu faktor kelambatan penurunan...so sesiapa nak cepat, eksesais le. Kalau sesiapa nak makan sedap tapi nak maintain kalori tahap ok, eksesais la...kasi seimbang...

Oh ya satu lagi...Cik Tan kata dia paham adat2 melayu ni, time jumpa mak kat kg, mak mesti masak sedap shingga menjilat jari jadi makan la. Kata Cik Tan, dalam seminggu buat la cheat day, iaitu makan tanpa kira kalori. Lagipun kalau lelama kita makan dok kira kalori nanti badan macam dah biasa so dia mcam malas nak burn fat. So kita cheat-kan dia sikit. Dalam seminggu sekali cheat day. Lepas tu makan kira kalori balik.

Korang boleh la baca kat tenet byk cerita pasal cheat day masa kita nak diet.

Dan satu lagi...ini bukan diet ala2 setahun lepas tu melantak tak hengat 10 tahun. Ini lebih pada Life Style. Tukar gaya hidup pada gaya hidup yang sihat...

Ok dah abes dah citer Cik Tan...
Cik Tan dah kurus macam Angelina Jolie nanti Cik Tan kata dia citer lagi...
Tapi rasanya payah la nak kurus macam Angelina Jolie...nanti Brad Pit confuse lak...hahahahahaha!!

Salam
Ibu Muhsina a.k.a Cik Haf

opsss: no picca sebab malas...

3 comments:

  1. syabas cik tan
    6 kilo turun tu... lagi 6 bulan kira dah 12 kilo turun.
    teruskan cik tan!!!caiyookkk2

    ReplyDelete
  2. wow..wow..6 kg..cayalah..nak ikut la style camni..tolong tiup semangat skit...nak kuwus cam Angelina Jolie jugakkk...tahnia h ibu Muhsina...

    ReplyDelete
  3. Ca...te ko baca elok2 kat atas tu...itu citer Cik Tan la.

    Ibu Muhsina masih mungil dan comel...hahahahaha sebab dia malas...

    ReplyDelete