Wednesday, August 1

Cukup ke tak?

Korang pernah tak rasa diri macam tak cukup je...
bukan tak cukup duit...
bukan tak cukup gelang-rantai-cincin yang lip-lap-lip-lap tu

dan bukan tak cukup makan, minum...semua tu cukup...malah menimbum2 makanan waktu berbuka. Tambah lak pergi pasar ramadan, harus mata dan nafsu menguasai segala-galanya. Beli semua benda yg ada kat pasar tu, macam esok nak kiamat...

Tak cukup IBADAT



Pernah tak rasa?
Terutama kita-kita pompuan ni, yelah ada masa-masa ni kita kan dapat cuti istimewa dari Allah Taala, jadi masa-masa tu la terutamanya waktu bulan posa ni kita dok tengok TB, buat biskut raya, buat taik mata..yelah, orang tengah cuti, nak baca Al-Quran tak boleh, nak solat tak boleh...dah tergeliat lidah berzikir, sampai tertidur-tidur...tak tahu la orang lain, tapi ibu memang tertidur-tidur, tapi bila tengok TB elok pulak terbuntang mata ni...haish! syaitan sungguh! Eh! Syaitan kena ikat la bulan posa...

Selalu masa nilah ibu rasa macam ada benda tak cukup. Macam jarak antara diri yang kerdil tapi gemuk ni jauh sangat dari Allah swt. Mula la rasa tak sedap. Rasa macam 'aku ni kalau mati masa ni, konpem masuk neraka'.

Rasa tak sedap hati....
bila nak tidur, serba salah tak boleh baca Al-Fatihah, 3 Qul...
Bila anak mengigau, selalu kita baca Ayat Qursi,
time 'cuti' nak baca apa? Udah sasau...
berkerut-kerut nak pikior apa ayat ibu nak baca...

Rasa macam jahat ...rasa macam Allah swt konpem tak pandang pun muka ibu. Budak jahat lagi jahil.

Rasa tak sabar-sabar nak solat bebanyak, nak baca Al-Quran....


bila la aku nak bersih? bila la aku nak bersih?
*Mengeluh panjang*

Korang pernah rasa tak?
Korang pernah rasa ke ibu sorang je suka melayan perasaan macam ni...menci betul bila ada perasaan macam ni. Tapi kejap je lah, waktu tengah bulan mengambang je, lepas bulan mengambang ok je...

Ntah apa-apa kan?

SAINS SOLAT


Tengah-tengah browse image kat internet tadi, terjumpa website ni http://ustazahcyber.blogspot.com/2009/05/kaian-solat-menurut-sains-harapan.html

lepas tu terjumpa pulak website sainssolat.com

Macam menarik pulak buku kat bawah ni, rasa nak beli tapi ada kat UM je...
sapa kerja UM, sila angkat tangan, ibu nak beli...



Ikhlas dan dekat je dalam hati
Ibu Muhsina


No comments:

Post a Comment