Friday, July 20

SALAM RAMADAN...


Ramadan kali ni jom kita buat satu perubahan ;

1. Bangun sahur, makan nasi dan lauk macam biasa. Letak tepi perasaan tak lalu, loya, muak, mengantuk.

2. Sebelum sahur, bangun awal sikit dalam setengah jam sebelum ke dapur. Buat Solat Tahajjud dan Solat Hajat setiap malam, tak kira la awal 10 hari Ramadan ke, 10 akhir Ramadan ke. Pertengahan 10 hari hari bulan Ramadan. Buat tiap-tiap hari confirm terkena Malam Lailatulqadar, tak payah kejar, tak payah cari. Buat je tiap-tiap malam. InsyaAllah mesti dapat ;)

3. Setiap suapan pertama anak-anak, kita sebagai ibu, kita suapkan suapan pertama tu. baca doa 'Ya Allah berikan kekuatan dan keimanan pada anak-anakku supaya mereka dapat berpuasa pada hari ini'

4. Minum air panas supaya segar.

5. Lepas solat Subuh, baca la sekurang-kurangnya semuka Al-Quran. Ibu pernah berazam untuk khatam bila bulan Ramadan, selalu tak dapat. Dah 2 tahun tak berazam dah. I let the time flow tapi ibu nekad baca Al-Quran sekurang-kurangnya semuka-dua muka sehari. Alhamdulilah, tak pernah miss kecuali 'kawan baik' datang jenguk.

6. Waktu 'kawan baik' datang, jangan pulak pergi shopping sepanjang masa takpun buat biskut berbalang-balang. Banyakkan berzikir. Terutamanya bacaan doa di bawah di awal-awal waktu 'kawan baik' datang.
Walaupun waktu itu tak dapat nak solat terawikh, solat2 sunat...banyakkan berzikir.

Image dibawah dari : http://pyejal.blogspot.com/2011/09/doa-wanita-ketika-bercuti.html


Ertinya : "Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah aku bermohon keampunan kepadaMu dari segala dosa-dosaku"

Terang kan? Pendek aje. Senang nak hafal.

Kalau mengikut blogger di atas, kelebihan doa ini dibaca sewaktu datang bulan terutamanya pada hari pertama adalah :

a) Sepanjang tempoh datang bulan, mendapat pahala seperti beribadat
b) mendapat pahala ibarat seperti 40 orang mati syahid
c) Mudak untuk meniti titian Siratulmustaqim
d) Dipermudahkan perjalanan darah kotor

Ada satu lagi ibu nak tambah, mengelakkan kita dari terkena penyakit-penyakit luar biasa sekarang ni contohnya kanser pelvic dan sebagainya.

7. Berbuka dengan seadanya, jangan la beli yang bukan-bukan. Kena letak dalam minda, esok boleh makan Talam Serimuka tu, lusa boleh beli murtabak tu. Tak payah la semua nak beli, semua nak makan sampai kedadah lepas tu solat maghrib pun makanan terkuo kat anak tekak bila sujud/rukuk. Sebaik-baiknya berbuka dengan 3 biji kurma dan satu air panas milo/teh/nescafe. Solat maghrib. Lepas tu baru makan. Kalau ibu, memang bukan menu nasi. Ibu akan masak semua ringan-ringan. Waktu sahur baru makan nasi.





8. Elakkan minum air ais sewaktu berbuka, nanti badan rasa letih dan kurang bermaya. Serious, ibu dah amalkan dan Alhamdulilah, esoknya rasa segar.

9. Elak minum air manis2...contohnya sirap, laici, bandung bla-bla-bla. Banyakkan minum air kosong. Sambil-sambil solat Terawikh tu, minum air kosong dalam segelas dua in between.



9. Solat Terawikh tiap-tiap malam. Tak payah dok fikir aku takleh nak pergi masjid, takleh la nak solat terawikh. Laaa solat terawikh kena buat kat Masjid/surau je ke? Come on ladies, Solat Terawikh ni sebenarnya solat bersenang-senang. Lepas solat Isyak, buat 2 rakaat Terawikh, lepas tu buat la susu anak, nyusu anak, layan anak, layan laki...sukahati korang la nak buat apa. Lepas tu buat lagi 2 rakaat...lepas tu nak baring ke, nak tonggeng ke...suka hati. Lepas tu lagi 2 rakaat...aktiviti bebas. Buat lagi 2 rakaat....dah 8 raakat uols. Senang kan...? Lepas tu...lipat2 telekung. Boom tidossss...Lepas tu aktiviti No.2 di atas. Senang kan? Islam itu indah dan mudah...

10. last but not least....Kurangkan gula, maniskan senyuman...(ye ke gitu? ntah dah lupa)


Rasanya ada banyak lagi...

Cukupla 10 perubahan yang boleh dibuat sebagai permulaan ...

"SALAM RAMADAN SEMUA"

Ikhlas...ibu muhsina

No comments:

Post a Comment