Kisah Bohong I :
Si Pemanggil : Puan XYZ, saya dari Bank ABC. Saya nak minta......
Aku : Oh wait...im in the meeting. (Di Mines, tengah jilat-jilat makan aiskerim)
Si Pemanggil : Oh sorry puan, I'll call you back ya puan.
Kisah Bohong II :
Si Anak : Mama, nak belon tu, yang kaler pink tu? (Sambil menunjuk-nunjuk belon kaler pink yang kiut miut)
Aku : Eh! Belon tu bukan untuk jual nak, itu untuk perhiasan. Dia tak jual belon tu. (sambil menunjuk-nunjuk kat pakcik jual belon)
Kisah Bohong III :
Si Penjual : Akak, ni kak buku bersiri cerita Si Keldai dan donkey...bagus kak untuk anak akak.
Aku : Laaa...akak dah ada dah ni...dah berlonggok kat rumah dah...sampai ke pintu
Kisah Bohong IV :
SMS bos : 'Puan, sila bagi pencerahan berkenaan...bla bla bla'
Balasan SMS Aku : 'Pemandangan saya gelap dan kelam, tak cerah la tuan'
(Sedang makan kek di Secret Recipe)
Kisah Bohong V :
Bos : 'Awak dah siap dah report yang saya mintak?'
Aku : 'Proposal? Oooo...belum la tuan, si anu b gnu belum bagi saya feedback'
(Sedang mencari no tepon Anu b Gnu)
Kisah baru jap tadi :
Si Pemanggil : 'Assalammualaikum puan, nama saya Anitun. Saya dari aircond service center.'
Aku : (asal lak dengan aircond aku ni)..Ya ya
Si Pemanggil : 'Puan ada aircond di rumah kan?'
Aku : Oooo takde takde. Saya tak pasang aircon tak suka. Tak tahan sejuk. Nanti kaki kebas kejang.
Si Pemanggil : (tup...terus letak)
Salam
Ibu Muhsina
No comments:
Post a Comment