Ibu menanggis membaca artikel di bawah, terkenangkan anak-anak di rumah yang mempunyai segala-galanya, you name it, they have it. Nak toys, barbie, cars, beg dora.....nak makan KFC, bapak KFC, kadang-kadang mee maggie pun 5-6 bungkus....Makanan berlambak-lambak sampai tak terlarat anak tekak nak telan. Peti ais tak muat-muat, penuh je dengan goodies. Tidur atas tilam empuk, nyenyak sampai tak sedar subuh.....Baju baja macam-macam fesyen, baju sekolah je dah 5 helai tukar tiap-tiap hari....skirt, seluar bertukar ganti, worn off sikit je dah nak baru...
Ya Allah Ya Karem, Ampunkan dosa-dosa kami atas kealpaan kami, kekhilafan kami dan sikap kufur nikmat kami selama ini...Ya Allah Ya Rab
__________________________________________________________
Ini Izam. Sebabnya saya tak letak nama penuh dan terpaksa memozekkan
wajahnya adalah kerana janji saya pada bapanya (kejap lagi saya
terangkan).
Umurnya
10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg
berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu
bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual
kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya
tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah
Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak
2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan
sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin)
Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah
masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul
duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg
pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan
sajalah yg tahu perasaan ni.”
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun
hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik
beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif
bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa
sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat
permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama
meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian,
begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika
beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas
lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya
empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah
Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi,
mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar
sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka
meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan
si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati
akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan
abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan.
Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa
juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya,
Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya
bekerja.
Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan
sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg
sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami
bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia
tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam
tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke
sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya
di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau,
menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah
agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi,
kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang.
Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang
tombol dan menyelak pintu.
Kami menghormati permintaan si
bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana
tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini
bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya,
sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,”
katanya.
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya
sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya
pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup
mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang
kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di
dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.
Saya
berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau
mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan
kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ
bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana
saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.
Saya
dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga
si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari
rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang
yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa
yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?
Cadangan
Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan
dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri
akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak
atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa
seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan
merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata
kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan
mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.
Sebelum
kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya,
harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup
kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya
mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri.
Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya
adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan.
Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman
kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan
keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan
rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.
Kami
menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi
balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak,
kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat
belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak
walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak
berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.
Bapa Izam
berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran,
kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.
Di
sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2
ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya
sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas
hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia.
Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah
budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti
makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg
membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2
di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab
mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi
satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg
mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS
mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya,
secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di
Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan
sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun
KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg
tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke
sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap
keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati nak
mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu,
kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa.
Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak
payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini
sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus
beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan
kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka,
baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data
pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga
dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi
barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu
rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar
masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila
berhadapan dgn cabaran sebegini besar.
Setiap ringgit yg
disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang
pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah
kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi
kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah
r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai
Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.”
(Bukhari, Muslim)
------------------------
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.
RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.
Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971
Minta tolong sebarkan, jazakumullahu khairan.
___________________________________________________________
Jom kita sama-sama meringankan beban anak-anak ini...
Salam
Ibu Muhsina
Air mata Mama chah juga sedang laju ni..:(
ReplyDelete