Monday, February 20

KISAH WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W.


Nota : entry yang panjang .... *hugs*



Setiap kali aku membaca kisah mu, setiap kali jua air mata kerinduan jatuh ke bumi...

Adakah aku layak berjalan mengiringi di dalam syurga, Ya Rasulullah...

Adakah aku layak masuk syurga?

Ya Allah, perkenankan doaku....ampunkan dosa-dosa ku, jauhi aku dari azab neraka dan kubur, peliharakanlah aku dari fitnah Dajjal dan manusia kejam, berkatilah hidupku Ya Allah....

Ya Allah...ketemukanlah aku dengan Rasulullah di dalam syurga...
_______________________________________________________


Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:

"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..



Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:

"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."


Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.


Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.



Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."


Salam
Ibu Muhsina

Thursday, February 9

Fenomena baru

Dulu opah suka ajak ibu pergi mengaji(ikut ceramah agama di surau) tiap-tiap sabtu petang. Ibu masa tu baru je abes belajo. Maleh jangan citer ler. Ada je alasan-alasan kat kepala yang dibantu baik oleh setan-setan durjana bila opah ajak, tapi ada satu ayat ni opah kata kalau ibu bagi alasan-alasan tu

Esok bila awak dah kahwin, tak sempat nak pergi dengar ceramah ilmu ni


Ye ke mak? Ish! Kita muda lagi la mak, mak iyelah dah tua. Kita belum tua lagi lagipun ceramah2 tu suka sangat citer hei2 dalam kelambu. Kita tak gemor...

Apa pulak salahnya. Itukan ilmu!

Lama jugak ibu ngekor Opah pergi ngaji. Sampai le ibu kahwin (idak le lama, dalam 2 tahun je). Sebab gatei kawen awei le jugak, lepas grad, jumpa Abah Muhsina, dating, kena marah asyik dating je, Abah Muhsina kena sound jangan maen2 anak dare orang(ai le tu), terus tunang, terus kahwen...skerang anak empat dah...tambah? nahe! nahe! nahe!....ai tak rela...

Ok citer tak abes dah merapu hak lain. Lepas kahwin, well mana ada masa nak pergi ngaji ye dak. Ai nak layan somi la, layan MIL la, SIL la, BIL la...macam2 L la...

Sesekali je pergi ngaji ngan Opah(Opah tetap setia dengan pengajiannya di surau dan surau2 yang lain)

Dan sekarang memang ai takde masa nak spend time dengo ceramah ilmu ni. Yelahkan, orang lelaki ni tetiap Jumaat deme ada khutbah Jumaat, yang pergi solat jumaat la...Kita ni yang pompuan ni, tak sempat nak pergi dengo ceramah2 ilmu ni. Nak pergi yang dekat suro kat rumah, kena tanya Cik Abe dulu. Dah tu kena pulak bawak gerabak ketapi yang panjang berjela2. memang boleh bawak, tapi kalau ibu tak dapat le nak konsentrate, mata terjegil-jegil adalah...

Tapi Alhamdulilah...sekarang kita dah ada macam2 program kat TB. Dulu seingat ibu ada Forum Perdana TB 1 je, selalu berebut2 siaran masa tu ngan Opah. Opah nak tengok forum, anak2 setan ni nak tengok Hawai Five O

Sekarang ada Tanyalah Ustaz, ada 30 minit bersama Ustaz Don yang hensem lagi menarik tu..(eh ke situ lak)

Ada Motivasi Pagi, ada Hikmah, ada Halaqah, ada macam-macam la

Lepas tu ada aura-aura Ustaz ni, ada ustaz Azhar Idrus(known as UAI). Berlambak2 utube dia ibu dok tengok kekawan ibu post kat fb.

Itula fenomena zaman sekarang canggih manggih kata orang. Ibu suka dengan fenomena sekarang. Bukak tb pepagi, tengok Tanyalah Ustaz. Muhsinas pun tahu, ibu tengok Tanyalah Ustaz pukul 7 sampai 8. Deme tak berani kaco masa tu. Selasa malam Halaqah tapi sekarang dah tuko Malam Sabetu. Malam Jumaat Forum Perdana.

Dan fenomena terbaru...30 minit bersama Ustaz Don. Mak aiii...ai suka la sangat.

Sambil gelak-gelak tengok aksi Ustaz, ilmu pun dapat...

Jadinya, Opah kata dengolah ceramah Ilmu Akhirat kat TB tu sebab awak dah sebok...

Yelah mak, saya dengo, insyaAllah. 


Salam sayang
Ibu Muhsinas


Tuesday, February 7

Backlogs...

Too many backlogs...


which i don't have time to write

which i have so many things happen in my life lately

which happen to Muhsinas as well

which also happen to Abah Muhsinas

which i don't have time and energy to write...









....actually i so malas too write!!!

Salam sayang selayang pandang
Ibu Muhsinas

Tuesday, January 17

Business kamiorang

Ingat post ni : http://www.muhsinas.blogspot.com/2012/01/multi-entry-majlis-pertunangan.html

Bahagian di bawah ada sebut business kamiorang, business suka-suka saje2 yang kami buat atas sebab saje orang lain buat business juta-juta, kami nak pun nak buat business tapi takla juta-juta...setakat ribu ribu je, ratus ribu pun tak sampai...

Kami berlima, memula bertiga lepas tu ada 2 nak masuk. Tingin katanya, okla the more the merrier. We took the pros and not the cons.

Modal sikit je, business pun business kecil2an...nak tengok sejauh mana kami akan pergi the next 6 months.

So kalau korang-korang dan korang di luar sana tak sibuk...

feel free to browse thru : www.butikmisda.blogspot.com

Setakat ni kami ada kain-kain cotton gred A, yang tebal dan memang sedap dipakai.

Dan kami ada tudung eksklusif Fareeda.

Cumanya tudung belum sempat nak upload gambar...macam mana nak upload, tudung fareeda banyak laku ooo...tak sempat nak ambik, dah ada yang menyambar....

Ini adalah salah satu contoh tudung Fareeda yang ada :


Salam
Ibu Muhsina


Tuesday, January 10

Ada satu keajaiban di situ : Terapi Solat

Remember this post : http://muhsinas.blogspot.com/2012/01/satu-hari-seribu-langkah.html

Satu hari seribu langkah jadi satu dua hari je seribu langkah lepas tu tersepuk kat tepi jalan....

kaki bengkak, and hardly can walk...

really ibu frustrated sebab hari ahad biasanya adalah memasak day. And that particular hari ahad, ibu hnya boleh tengok dan mengarah je...it was so bluueeekkkkkk!!!

i love to cook for my family esp muhsinas yang always hungry...seronok tengok derang makan. Luckily, day before opah, atok dan amama datang so i had cooked Soto, jadi adalah makanan muhsinas for the next few days ni, soup ayam kegemarah mereka.

Then on Sunday, abah muhsinas beli makanan luar je. Agak frust di situ sebab bukan sedap mana pun. Bila dah petang, kaki semakin bengkak mungkin dah masuk angin. Jadi, ke klinik. Dapat le MC 2 hari. Doktor soh rehat, aiskan kaki. Doktor kata letak ais nanti bengkak akan susut. Ok....ibu malas tul bab2 nak nuam dengan ais ni sebab kang ada yang usik2 ais tu...nanti leleh lak, eiii leceh.

Sakit memang sakit. Nak jalan, pijak pun sakit. Jalan bukan setakat berdekot2 tapi kena pegang dinding, papah...nasib baik muhsinas have been so helpful. Memang anak-anak yang baikla masa tu....sejuk perut ibu

Memula ibu terai solat duduk, tapi ibu memang tak selesa solat duduk, tak kusyuk. So ibu gagahkan solat diri. Sakit? tak usahla cakap. kalau waktu solat leh jerit, memang jerit. Solat berpaut2 dengan dinding kat tepi. Opah soh ibu solat duduk tapi ibu memang kureng la solat duduk ni...

Dzohor, Asar, maghrib, Isyak solat macam tu...berpaut-paut mcm orang apa ntah

Then next day subuh, solat duduk sebab memang extremely sakit ... Tapi...ajaibnya

next dzohor, asar and the rest of solat....ibu rasa dah tak sakit. Perlahan-perlahan ibu betulkan duduk antara dua sujud, betul2 rukuk, memang dah tak sakit....

Adakah ini mungkin keajaiban solat? Keajaiban solat yang buat kaki ibu yang bengkak tak rupa kaki, macam kaki untut kata orang perak, susut sikit-sikit. Dan ibu dapat ke Office pagi isnin sekejap menyetelkan beberapa perkara yang takleh ditangguh.

Dan Alhamdulilah, setelah diurut tadi ibu boleh duduk dengan betul, tahiyat awal dengan betul...Alhamdulilah. Syukur sangat-sangat

Mungkin inilah yang dikatakan terapi solat agaknya...

Salam
Ibu Muhsina


Saturday, January 7

Satu hari Seribu langkah

Entah kat mana ibu terbaca satu hari seribu langkah. Rasa teruja sesangat nak menerai

A few months back, ibu selalu ke Gym kat office, seronok sangat ke gym. Free lak tu. Equipment semua lengkap. Lagipun dia ikut gender, ada time orang lelaki, ada time orang pompuan. Mula-mula Gym tu buka, ramai sampai berebut-rebut equipment. Tapi bila dah 5-6 bulan, makin lama makin sikit orangnya.

Dan sekarang memang takde orang pun yang pergi, ibu pun mula2 semangat giler tapi lelama macam malas.

Tapi bezanya, masa tu badan rasa sihat dan ringan.

Sekarang ni macam lembik, sikit2 demam, sikit2 batuk which shows that we need to kelaurkan peluh sikit2 bio badan tu sihat.

So, ibu decided to panjat tangga ke tingkat 3 tetiap hari.

Sekali tu, terserempak dengan big bos dan bos kecik dalam lif lepas memanjat tangga dari basement ke lobby.

'Awak dari mana?'
'dari basement'...tercunggap-cunggap macam chetah ngejor kambing.

'HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!! Macam kena kejar dek anjing je awak ni'...dua2 swing bowl tu gelakkan ibu dalam lif sekuat hati mereka. Cit!!! Nyampah!!!

Terus rasa down nak panjat tangga...

Tetiba tahun ni sebuk mereka2 di facebook letak status 'sehari seribu langkah'. Macam best je.

Hari sabtu lepas, ajak along pergi 'sehari seribu langkah'...no bad. One hour strolling pusing satu taman. Along pulak berkobar-kobar untuk naikkan stamina for her marathon day nanti. So ibu beri laluan la pada dia untuk pratice.

So...hari ni pun, sama jugakla. After strolling 40 mins dengan along, make it short sebab nak pergi Pasar Tani berjalan kaki jugak. Happy je dua beranak berjalan2, tiba kat satu divider nampak abah lope, abang ibu baru balik dari beli bekfas agaknya, lambai-lambai kat dia.... tiba-tiba i lost my balance terus terjatuh ke atas jalan. Luciky there's no car kalau tidak...i don't want to imagine macam mana.

Really ibu tak boleh nak bangun, kaki sakit, ibu soh najwa lambai balik pada abah lope. Soh dia pusing ambik ibu. ibu cakap kat abah lope 'Nasib baik ada mercedes pusing2 kat situ. kalau tidak tak tahu macam mana nak balik'..

Well...apa nak buat sehari seribu langkah nampaknya kena setop for a while.

Kaki dah seliuh, nak jalan pun berdekot2. Buruk tul...

And....

Aktiviti memasak pun terpaksa dihentikan buat sementara waktu...~lalalalalaalalaal~


Salam
Ibu Muhsina


Monday, January 2

Multi-entry : Majlis Pertunangan, Orientasi sekolah dan business kamiorang

Macam-macam cerita nak cerita....punyalah tak ada masa sampai dah masuk tahun baru. So kita cerita multi-entry la...

Pertama cerita pasal kesebokan ibu yang melampau :

Majlis Pertunangan Usu

Majlis sehari sebelum krismas. Ibu adalah manusia yang paling sebok tak hengat. Nak fikir pasal jamuannya, nak fikir pasal dulang hantarannya, nak fikir pasal makeup si banyak songeh tu lagi, nak fikir pasal bonda ayahanda, nak fikir pasal door gift(orang sekarang ni berkhatan pun ada door gift noks, takkan majlis tunang takde kan)

Sebabkan Usu is the youngest and she has the MONEY plus abang kakak kak por abang por pun ada duit, all out la....Well, apa nak buat, masa ibu dulu benda2 ni takde, fulus pun agak kurang...

Kita riki-riki gambar jelah...

Ini hantaran dari kami, pihak perempuan yang over tak hengat dunia, tema peach...lepas tu sebabkan nak tambah seri, kami letak fresh flower beli kat Frenzie Flower di Megan Avenue, ya gigih kami ke Jalan Yap Kwan Seng semata-mata nak jumpa the gorjes Zelda Raha, si empunya Frenzie Flower...

Dulang dan artificial flower kami sewa dari sini : www.sweetnrosy-online.blogspot.com
Rege very affordable and reasonable


Ini hantaran dari pihak lelaki, tema merah-putih


Lepas tu ibu dok sewa pelamin mini untuk budak pengantin dok atas tu, kalau letak dalam bilik macam dulu-dulu, kena pulak beli perabut bagai, perabut sedia ada macam nak tercabut je...takkan nak pakai perabut sedia ada, setelah di riki-riki, pujuk bonda letak mini pelamin...


Seperti biasa, muhsinas akan menerai dulu



Lepas deme terai, barulah penantin terai (sebagai menghormati kehendak penantin supaya mereka ni di blur2kan, ibu ambik gambo kurang nampak muke penantin)


Mini pelamin di sewa dari http://buaianberendoi-balqiscreation.blogspot.com/
Simple tapi chanteks...

Baju hak penantin kami tempah di Bjuti, Maju Junction. Tell u...baju memang cantek sangat.

Baju ibu, hak cotton je sebab kang yang berfeluh-feluh bagai orang gile adalah ibu, so ibu beli kat Nagoya je...kuang-kuang-kuang

Habisla cerita hal bertunang...so ibu dah ada bakal adik ipar yang boleh tahan gak senget dia...boleh ngu la kata orang

Next...

Orientasi sekolah

Kalau zaman kita dulu, memang ramai la anak-anak ni meraung-menanggis-hentak kaki-guling2. Zaman sekarang non ado. Selamba badak je kak ngah ikut ibu ke kelas, dudukkan kat tempat, suruh dia keluarkan pencil, eraser, sebab ada test. Yang ibu perasan, tangan dia ngigil2 sikit mungkin suspen masuk-masuk kelas je kena ambik test.

And then she easily makes friend tanpa ada paksaan, suruhan....cuma chegu dia kata, tadi dia ada menanggis sebab tak jumpa Puan. Well...puan ni lapo bulor...si Along pun lapo ngan abahnya, pergi le kantin sat.

Kak Ngah, i'm so proud of you. Belajar rajin-rajin ya nak...ibu loves u with all my heart


Her brand new fren ...apa nama dia kakak? Syafika?....takde nama lain ke deme ni


On this day, she was at 1 Jujur...lepas peksa ni tak tahu kena pergi kelas mana


Beautiful Kak Ngah (ibu mana yang kata anak dia tak comel ye dak)

Next day...on saturday, kami kelam kabut pulak ke Induction Day Kak chik...
pagi-pagi dia dah mandi, tak sabar agaknya nak ke sekolah..(lepas ni payah nak bangun macam Along)


Dia ni memang serius orangnya, tapi Opah suka tengok dia. Opah kata kalau dia senyum simpul, sangat sweet...Ok ibu puji anak sendiri lagi


Dia nak pakai tudung, so belilah tudung hak serkup takde awning tu, senang nak jaga.

next entry : jeng-jeng-jeng....

Ada 5 orang sekawan ni, nak kata sekepala, memang tak. Nak kata sejantina, tak jugak. Tapi boleh dikatakan kami sehaluan, sehaluan dari segi nak tambah pendapatan. Sekarang ni pendapatan ala-ala cukup2 makan je, nak kena harapkan tauke kat rumah tu nak bagi...jadi kami bersetuju nak bukak online business...

Jual apa meks?

Semua untuk kecantikan luaran ya...bukan MLM produk-produk kesihatan, nahe beta nahe...

So...tunggulah ibu dapat upload gambo untuk diletak ke dalam website...

Tungggguuuuuuuuuuuuu !!!

Salam
Ibu Muhsina