Wednesday, September 19

En Atkins

(Atas permintaan Ibu rawiwa, ibu sambungla la ceritera Cik Tan. Ibu rawiwa ni ngada2 tau, tetiap hari soh ibu sambung citer Cik Tan...hahahahaha (uuuuu bajet retis2 malaya))

Cik Tan memang nekad dah dengan slimming center. No more slimming2 center. memang Cik Tan keciwa, keciwa dengan slimming center yang nipu je ni. Duit berkoyan2 abes, tapi kuruih idak pun. Soh kita diet juga. Lepas tu tak bagi kita exercise, amoi genit kata kalau exercise nanti muscle2 tu keras, buruk. memula Cik Tan percaya la kan...kemudian ntah apa mimpi cik Tan rasa macam pelik. apa ke be te tak bagi eksais lelangsung...mcm salah konsep je.

jadi mula la sesi tekak menekak dengan amoi genit. Amoi genit pun mula naik nyampah kalau Cik Tan buat treatment. Sebab Cik Tan dah mula tanya memacam soalan yang amoi genit takleh jawab. Amoi ngukur badan Cik Tan pun macam marah2...

Jadi Cik Tan pun naik nyampah, terus block semua calls dari Slimming Center ala2 bagus siap masuk tb tu. Taknak angkat call dr amoi genit dan terus merajuk taknak jumpa amoi genit.

Berkuburla amoi genit itu..idak le mati. Tapi kira watak amoi genit tu dah abes la ya

Timbul lak watak lain. Cik Tan ni kan memang nak kurus. Dia takut boypren dia lari. Cari awek cun. Jadi dia kata dia mesti kena kuruih. Dia nak kawen dah. Sian Cik Tan...

So Cik Tan pun cari2 la macam mana nak kurus tapi tak payah keluar duit?

Cari punya cari punya cari...jumpa la satu perkataan namanya "Atkins Diet".
Tengok testimoni ramai yang kata 'dah kurus'. 'Atkins memang baguih'
Tapi tengok menu2 dia, No NASI, No Karbo

Cik Tan mula la mentelaah apa itu Atkins. Takyah la korang tanya apa itu Atkins kat sini. Guna je Mr Google, tulis "Atkins Diet"...berderet keluar. So baik ibu takyah tulis, ibu nak cerita pasal si Cik Tan ni je...pengalaman dia melalui fasa2 menyakitkan diri ni...

Cik Tan tengok, semua jenis protein boleh makan. Ayam, ikan, CHEESE! wah! lumayan.
Tapi ada fasa2 dia : Induction, on-going-weight-loss, pre-maintenance, lifetime maintenance

banyak do and donts...kalau korang nak tau lebih lanjut sila ke sini, website kawan ibu : PNUT
kat website ni korang leh paham proses2 mcm mana badan boleh kurus dengan Atkins Diet

Memang boleh kurus. Cik Tan buat dalam masa 2 minggu, turun 5 kilo kau...!!!
Happy la kan Cik Tan, cumanya bila hari minggu pergi dating dengan boypren, boypren ajak makan sedap2. mesti ada carbo banyak2...dah tu. Cik Tan tengok aaiiikkk!! naik balik.

Cik Tan keciwa jugak la...mcm mana ni, makan karbo takleh langsung?

Tetiba Cik Tan jumpa kawan lama, dia ni anak 4, badan gemuk le jugak, tapi ada susut sikit dan Cik Tan tengok eh! eh! boleh tahan jugak dia ni makan. Roti canai melantak jugak, nasi makan jugak, nasi lemak pun dia belasah...

Siapa kawan Cik Tan ni??

(Ok...ibu kena sambung. Sebab nak masak lauk pauk untuk abah muhsina, along, angah. Ibu nak pg rendek ke Bandung petang ni sampai next week. Jadi...next week la sambung...muahahahaha)

Salam (jgn marah)
Ibu Muhsina


1 comment:

  1. len kali kalo nak cuti2 mesia ker bandung ker siapkan ler drama tu dulu takpun draf dulu pastu auto schedule.. sajer jer.. menci menci...

    ni nanti adalah alasan penat laaa.. pancit laaa..
    cuci kain baju yang melambak laaaa..

    ReplyDelete