Pagi-pagi lagi Pak Yanto dah datang, nak make sure kami tak miss any agenda yang telah dibuat. Mula-mula dia kata pukul 8.00 lepas tu 'Buk, pukul 9 la, nanti anak-anak susah ngak'...tau takpe!!
Tapi pukul 6 dah terang benderang dah. Malam sebelumnya dah memang suruh muhsinas tido awal. So pukul 8.30 dah ready dah kat lobby.
Kami terus menuju ikut agenda : Batik Weaving, Gallery Painting, Tanggallalang, Kintamani, Tampaksiring.
Penuhkan? Ada tempat yang ada entrance fee so siapkan duit jelah seperti Kintamani dan Tampaksiring.
Batik Weaving
Sorry le, tapi ibu kenan batik mesia lagi. So jejalan jelah. Beli purse-purse untuk mak, mak mertua, kakak2 ipar dan makcik makcik. Sebab dia takleh tawar so maleh nak beli bebanyak. Lepas tu, nengok Batik Painting kat tingkat atas Gallery tu. Tertangkap satu gambar yang agak unik lukisan batik. Abah muhsina terpikat, so beli la. Dalam Gallery takleh ambik gambo so takde le gambo kecuali yang dua kat atas tu.
Gallery Painting
Di Bali ni, pintu depan dia memang unik. Pintunya berukir kecik. Ukiran dari batu bukan macam kat rumah mesia, ukiran kayu. Lepas tu masuk-masuk ada Kuil kecik dia. Selang 2-3 rumah kat Bali ni, mesti ada Kuil. Sangat kuat agamanya, setiap upacara mesti ramai, macam semua pergi upacara tu. Dari yang tua sampai muda. Idak le mcam kat mesia, bila bab ceramah agama, bab yang tua2 je pergi, yang muda dok merempit dan merempat. Laser di situ...
Kami disambut oleh Bapak bermain instrumen entah apa kebenda ni
Lepas tu kami ditunjukkan pelbagai gambar-gambar sekitar gallery, tak dinafikan memang cantik-cantik. Terpikat jugak ibu. Cik2 muhsinas pulak sebok bergambar2...nasib baik bapak tu tak kesah mungkin sebab Abah muhsinas rembat 2 lukisan rege jutaan rupiah.
Kanak-kanak ribena bermain kamera...
OK....udah tu gambo mereka2 bermain kamera...Sebelah Gallery ada kuil beso, kan setiap rumah tu ada kuil kan. Dan ini sebelah Gallery khas kuil beso dia
Kemudian kami berjalan jauh dalam 2 jam ke next destination.
Kintamani
Di sini ada satu restoran Halal, tempat startegik yang betul-betul mengadap Gunung Tabur yang pernah meletus pada tahun 1992(kata Pak Yanto). Tempatnya startegik, malangnya makanan tak sedap langsung. Memang tersekat kat anak tekak, tak boleh nak telan. Tapi mahal, jadi dia macam jual pemandangan je bukan jual sangat makanan tak sedap itu.
Walau apapun, pemandangan di sini memang cantik cantik dan cantik. Cantik ciptaan Allah Taala.
Malangnya masa kami nak sampai hari macam nak hujan, jadi kurang menarik sikit gambonya. Kalau perasan ada warna hitam di kaki gunung. Warna hitam adalah kesan larva yang turun ke bawah. Dan diberitahu, mayat2 yang mereka jumpa, mereka tak tanam tapi diletak sahaja di pokok-pokok di situ.
Mr Adik amat suka dengan makanannya....yelah dik, dah lapo dak
Lepas tu kami turun ke Tampak Siring di mana mereka melakukan ritual mandi suci untuk membersihkan dosa. Sebelum masuk ada a few syarat-syarat yang perlu di ikuti..
'Buk, yang no 3 itu ada masalah tak buk?'.
No 3 berbunyi dimana perempuan yang datang bulan tidak boleh masuk kuil tersebut.
'Eh Yanto, bukan saya solat di Mussolla tadi ke?'.
'Oh ya! Saya lupa'.
'Lekuk ko karang Yanto'
Di atas temple ni ada Istana Presiden Sukarno tinggal. Dulu boleh naik ke atas tapi sekarang tak boleh. Kata Atok Muhsina, sukarno suka dok atas tu sebab dia akan intai orang mandi suci di bawah. Masa atok muhsina pergi ke Bali long time ago, orang-orang Bali mandi suci sensored. Tapi sekarang tak, elok je deme berbaju, tourist pun kena pakai decent proper baju kalau tak kena pakai kain. Bila nak masuk temple-temple di sini kami disuruh memakai talipinggang kuning. Budak kecik je tak payah.
Kenapa pakai tali pinggang? Entah, tak berapa paham apa Si Yanto cakap. Maleh lak nak tanya lagi, takut lagi tak paham
Tempat mandi suci
Dan selalu ada upacara sembahyang-sembahyang which kita tak boleh nak lalu depan dan tak boleh ganggu
Dan bila nak keluar, kami tiada jalan lain selain dari lalu kedai2 kecil...tapi Yanto kata 'Buk ada tempat lain buk! Murah2!' So hati kecil meronta nak sopping terpaksa dibatalkan...
Happy tak happynya ambik gambo....
Lepas tu kami singgah kejap ke Ladang Kopi. Kat sini, kami diberi pelbagai jenis kopi, ada kopi Bali, kopi ginseng ala2 tongkat ali, ada teh halia which ibu suka, leh kentot2. Ada teh serai yang Along suka. Dan ada koko ala2 milo tapi sedap dari Milo DAN...ada kopi luwak kalau sesapa nak try tapi kopi luwak kena bayo, 50rupiah.
Haji tengah try kopi. Di dalam cawan putih itu adalah kopi luwak
YAMSENG!!!!
Kopi di sini bukan guna mesin, memang guna manual semua. Petik, goreng, sampai hitam dan tumbuk
Gambar-gambar kopi, pokok-pokok kopi disekitar ladang kopi ni
Pekerja asing yang kami jumpa dan bawak balik
Ibu ada beli sikit kopi teh koko bawak balik. Nak beli banyak mahal weh! Koko tu pun nak dekat 30 henget peket kecik. Baik ibu beli Melo je. Tapi takpela, Along soh beli Teh Serai, we couldn't find Teh Serai sedap mcm ni di Mesia. So beli la...
Kemudian bila dah penat weng weng minum kopi....kami dibawa Yanto ke Restoran Ayam Penyet Wong Solo. Jangan tanya di mana? Idak le teman tahu...
Orang2 yang lapar kebuluran
The food is damn good. Memang Sedap
Sotong Goreng.
Tempat makan berkonsepkan ala-ala bersila dan kekampungan. Best...
So habisla citer Hari Pertama penuh Harok di Bali. Keharokkan tidak dapat ditunjukkan dengan gambar-gambar dan kata-kata sebab malas nak tulis pepanjang. Baik korang tengok gambo je kan...tengok gambo anak ibu tengah tertonggeng2 buat apa ye dak?
Next Entry : BALI : HAROKMOON TRIP DAY TWO
p/s: Entry ni takde citer Tangallalang, kawasan padi berbukit yang cantik. Gambar dalam kamera video Abah Muhsina. Belum sempat download.
Salam
Ibu Muhsina
No comments:
Post a Comment