Tuesday, September 16

Spa

Hari Malaysia hari test drive Spa di Putra Heights

Dah lama nak pergi spa...katanya kalau mengurut di 'spa' ala urut gelai ngemalai so tu yang tak pernah pergi...yelahkan...buat apa pergi kalau setakat cicah2 kita je

Selalu panggil Kak Mimi si tukang urut/bidan beranak...tapi Kak mimi pulak dah kahwin...lupa agaknya semua pelanggan urut dapat laki hensem...hahahahaha. Kalau dia baca ni harus ku kena penggal

So entah kenapa dan bagaimana

Pergila set date di ManjaSuri Spa...dekat je dengan rumah so no excuses jem atau sewaktu dengannya

Masuk2 je...eh eh boleh tahan...

Well maintain and very cozy...i likeeee


Lupa pulak nak bagitau...this Spa is for WOMEN ONLY...
WANITA SAHAJA...

Jadi lelaki2 budiman di sana kena cari spa lain la kalau nak mengendurkan urat2 yang dah tegang


Siap ada lagu2 ala-ala Bali that actually trying to soothe you...pergi spa kan, kena relax la

I did the SAUNA and Massage Full Body...price is about RM100

SAUNA 30 min kalau tahan, siap ada rempah ratus sekali

URUT dalam 40 min to 60 min mengikut ketahanan badan dilenjan oleh tukang urut

Sakit tak?

Ok seriously memang sakit...dah la urat dok tegang kan, memang le sakit...tapi lama-lama memang best la..bukan urut ngelai ngemalai ya...ini urut kaw-kaw punya...

Recommended pada sesiapa yang nak mengendurkan urat2 yang tegang dan merelakskan jiwa yang kacau...


Ikhlas
Ibu Muhsina

Sunday, August 17

Sakit Hati

Sakit tak hati?
Sakit

Boleh tak sakit tu baik sendiri?
Tak

Dah tu pujuk la?
Taknak

Dah tu sampai bila?
entah...biarlah sampai bila-bila

Macam tu sekali?
Biarlah macam tu sekali. Tak penting pun kita. Yang dihadap tiap2 hari pun bukannya kita...

Kenapa pulak?
Yelah. Memang bukan kita. Sebut 'sayang' pun jarang. 'Cinta' lagilah, tak pernah rasanya. Peluk sebulan sekali itupun bila mintak. Rasanya kalau takde pun takpe. Sebab macam tak penting. Kita ni ibarat kalau ada, adalah. Tak ada pun tak pe...tapi kalau ada, boleh le jadi hamba dia. Yelah tukang urus hidup dia. Macam nak lengkapkan hidup dia tapi macam barang tak berharga..lebih kepada melungkut ditepi gantang..

Aik...parah ni...
Memang parah. Cuma yang rasa kita bukannya dia...

*Dialog satu drama yang terkesan pada hati



Ibu Muhsina

Tuesday, March 11

PRAY FOR MH370

Nothing much to say...

Hanya padaNYA kita berserah. Harini sahaja dah masuk hari ke-5. Masih tiada tanda-tanda baru yang boleh membantu buat setakat pukul 10 pagi 12 Mac 2014.

Tapi saya berpendapat kita bukan sahaja bersolat hajat meminta pertolongan dari Allah swt, tetapi kita juga perlu membuat solat taubat nasuha...kita banyak dosa, mungkin kejadian yang berlaku adalah cara Allah swt 'mengetuk' kita dari tidur lena yang selesa..kita bukan nabi, maksum tak ada dosa, kita manusia biasa yang tiap-tiap hari membuat dosa....malah ada dosa-dosa besar yang terpalit sama...

Buatlah solat taubat beramai2...kemudian buatlah solat hajat...bangunlah 2/3 malam, mintalah pada Allah swt

Isteri, suami, ibu dan bapa kepada mangsa adalah orang yang paling sesuai untuk bersolat taubat dan hajat...kerana mereka adalah orang-orang yang dekat dengan mangsa...

Sentiasa ingat... Allah Maha Pendengar dan Maha Mengasihani...

Buat Junaidi Kassim...an ex-schoolmate of Sek Ren Keb Kg Tunku, Petaling Jaya.

Yes...we are not that close, but we used to be schoolmates..teasing and laughing
Yes...we lost contact, but i believed we know each other last time
Yes...maybe you cant remember me, but your image of dragging your beg suddenly emerged from my mind

And Yes, Jun... i pray to Allah for your safety and the rest of crews
because Jun...i believed you'll be back hugging tight your family any day now












Monday, January 20

2-in-1 : The School Break

Sebelum cuti sekolah...the moment Along habis UPSR...
oh yes! Along sat for her UPSR last year...

Result?
Okla...not so flying with colors but then itu yang mampu dia buat so ibu accept it
Yang penting Along dah tahu tujuan why we have examninations....tahu tujuan belajar...itu yang penting sebenarnya...

Gambar hanya hiasan
takkan along tetiba blond ye dak?


So during school break ibu plan to go somewhere far-far-away land...idak la jauh sangat...kalau jauh sangat maknanya fulusnya pun sangat sangat la jauh terjelepok

So(banyaknya so)...kami plan ke Sabah...somewhere mid-december
Tetiba...tiba-tiba dapat memo kena pergi Langkawi for Bengkel and guess when? 3 days before the trip to Sabah...

Jadi initial plan ibu pergi bertiga...Along dan Angah...sebab Along lps UPSR, Angah sebab dapat banyak band 6...lebih kurang reward for them setelah bertungkus lumus belajar

Unfortunately, tiba-tiba(lagi) Angah plan untuk terjun dalam kolam renang...haiyah!!! So a week before Bengkel di Langkawi, ibu had to buy 3 extra tiket ke Langkawi untuk Abah, Acik dan Adik to make sure ada orang tak terjun Kolam waktu ibu ke Bengkel...Sabo jelah kan

On 8th Dec off we went to Langkawi for 4 days Bengkel...lepas tu as a reward since we(the company) managed to get an award at one prestigious ceremony, the bengkel was off for a day which the whole brandy-brunch pergi jalan-jalan...

Tapi the main purpose of Langkawi is...



Seriously mouth watering....
Habis la diet...habisla gula naik mencanak2....tapi ibu memang dying to buy this kalau ke Langkawi...
And ibu beli memang BANYAK...nearly RM500
tapi...ini termasuk untuk bagi2 orang la...dengan orang2 kirim lagi...
yang penting setengah daripada banyak itu...IBU yang PUNYA!!!

Lepas tu sempat lagi berjimba-jimba naik CableCar...itu saje pun sebab tak pernah naik cable car

TAPI...ada cerita disebalik kami naik cable car

Biasala kan...school hols memang ramai la sesangat orang..tengah2 beratur ibu pun ngoda la abah muhsina untuk beli express lane sebabnya ada boarding time, maknanya bila beli pukul 11.00am bukan naik pukul 11am tapi pukul 1pm...lepas tu tak semestinya terus naik, you might end-up beratur untuk naik another 1 hour...so ibu tak sanggup la kan tunggu berjam2...bila nak shopping kalau macam tu..

Abah termakan godaan ibu, abah pun pergila usha tiket express...
Dia pun dengan bangganya kata 'jom abah dah settle dah. kita ambik tiket express and sky trail. Tak payah susah2, ada guide tour, kita duduk je...takde sakit2 kaki'

Wah hebak...

gembirala semua orang walaupun harga toksah cakap la kan..Adult je rm99, children rm69...congak la sendiri berapa ratus habis kat situ je...

Naik express...semua express...tak payah beratur panjang2...zasss je

The thing was abah took the sky trail package...apa itu sky trail package?
Sky Trail package consists of Jungle Trekking dari Station no 2 to Station no 1..
Bukan setakat jungle trekking menikmati alam flora sambil snap2 gambar...tetapi jungle trekking naik turun bukit mengah-mengah...pegang2 pokok...panjat2 batu...AND I WAS WITH 3 YOUNG CHILDREN...

Bayangkan ya tuan2/puan2...anak2 kecil yang asyik2 beli air dan jajan...so i had to angkut the air dan jajan then they gave us 6 bottles of 500ml mineral water...which i had to angkut as well...since abah had to make sure Adik didnt fall down the hill...

SERIOUS giler...

tapi agak fun...tapi memang giler...

I'll post the picca later...ada dalam camera DSLR yang malas ku nak download...

Ok..till next time la...hahah tiba2...tapi i had to stop...kang melalut2 mcm apa je...nak dapat feel balik amatla susah

Sambung cerita 2-3 hari or minggu or bulan...

Happy Yo!!
Ibu Muhsina





Wednesday, January 15

E.S.O.K

Esok saya sambung....

Hahahahaha...

To be continued

Yes i have problem...problem with time becos end of the year or early of the year...
I EXTREMELY BUSY

Tata Titi Tutu

Ikhlas
Ibu Muhsinas

Tuesday, October 29

Tasty healthy nutritious foods

Hari ni nak cerita pasal bekalan Muhsina ke sekolah
Ibu memang agak kurang dengan makanan kantin yang disediakan...
Balik-balik dihidangkan

Nasi lemak
Karipap
Mee hoon soup/goreng
nugget
sosej

yang paling teruk...cikedies...

Tolong la ya...janganlah hidangkan makanan sampah(junk food) pada anak-anak...kesian pada mereka..

So sebabkan rasa tak puas hati pada hidangan 'kantin' kat sekolah walaupun telah dibangkitkan dalam Mesyuarat PIBG...jadi ibu gagahkan diri untuk sediakan pack food pada muhsina ni...

Muhsina ni jenis tak berapa ngam kawan buddy dengan sayur and i bet semua budak-budak macam tu

Buah-buahan takde masalah. Hidangla apple orange grapes pisang memang diaorg suka tapi not green leafy vegetables..

Penat beli sayur-sayur greeny colourful(bayam merah) tapi nanti busuk dalam fridge sebab maid bijak pandai ibu tak masakkan...alasan 'anak2 tak suka makan sayur kak'(baca dialek indon la ya)

So since last week ibu ada buat greeny sandwich untuk diri ibu...well...saya hantu sayur.

I put lotsa of green salad yang dipotong kecik, a bit of low fat mayonaise, tomatoes yang dipotong kecik...

sedap tak? tanya muhsina bila lihat how colourful my food is.
Sedap la...

See so colourful. Untuk yang atas ni ibu letak green apple untuk crunchy bila makan.
So since last week, i made a bit experiment nak tengok how muhsina reactions on those healthy pack food. I put a side chop salads and tomatoes and to make it more attractive pada budak-budak ni, i bought whole chicken sausage, a bit expensive though sebab memang fully ayam, so i dont mind. I bought it at Cold Storage bahagian counter and yes dont worry it's halal

Ibu rebus sausage(satu je pun), cut it kecik-kecik small pieces and masukkan dalam salad yang telah dipotong kecik tadi. A bit mayonnaise or thousand island...atau kedua-dua...terpulang la

Then to make it even more attractive(to pikat hati mereka ini) i bought tortilla wrappers.

Sometimes letak cream cheese

Wrap the combination salad yang dibuat tadi and TADAAAA....they love it...

Pack food for Kak Chik. Budak tak suka sayur tapi suka sangat dengan wrappers ni

So starting last week, Muhsina bawak ke sekolah Healthy Nutritious Food to school

Ibu so happy....

Ikhlas
Ibu Muhsina

Sunday, October 27

G.S.T : Goblok Senduk Tenuk

Hahahaha best tak tajuk entry?
Marah?
Tak marah aih....
Saje suka provoke mike2 kat luar tu yang sebok bebenor dengan GST
Google search pun penuh dengan 'what is GST'
Semua meroyan pasal GST...
ramai yang marah...berkoyan2 marah...
siap cakap 'padan muka! siapa suruh pilih tut-tut'
yg herannya...wpun empunya diri mungkin tak pangkah parti tut-tut tapi perlaksanaan GST tu kira2 parti ke
eh ko pangkah parti monyet kan..so ko kena GST
dan ko pangkah parti beruk...tak kena GST
gitu ke?

Letak tepi alkisah anak2 ibu muhsina...mereka sihat2 belaka, malah makin sihat kerana makan banyak tak hengat...ibu pun confuse...masak2 habis...masak2 habis....perut mereka sentiasa bocor which i like...bila makan perut bocor meaning they are healthy...meaning i have healthy kids...so takyah ngomen anak makan banyak...

Entry kali ni nak citer pasal GST. This entry was done by someone di blog Warga Prihatin which is berlainan dari ideologi-ideologi yang lain

Baca kat sini : http://prihatin.net.my/v3/2013/10/26/pasca-bajet-2014/

Tak payah la ibu copy-pase kat sini...pergi je blog tu
Sebab kalau ibu paste kat sini...korang taknak pg blog tu kan kan kan...
hahahahaha...tension tension....

So rerajin la...just a click je pun...

Salam ikhlas
Ibu Muhsina