Monday, January 7

She's a dyslexic child

How do you know she's a dyslexic?
Soalan itu kerap diajukan pada ibu.

bagaimana ya? how did i actually know?
This picture below was the trigger:





To some the comments were 'cute' 'adorable'....
But someone, a friend actually, posted a comment 'This is a sign of dyslexia'
Huh?!! Takkan kot. Dia ok je. She's active like any other children. Yes she has difficulty of reading tapi lepas tuition reading ni dia ok la tu...

Well that was 6 months ago...

After 6 months of one-to-one coaching she still unable to read as what as other normal person do. Puas diajar, puas dimarah, puas ditunjuk tapi masih tahap yang sama. Bila tanya si cikgu kelas tambahan tersebut,

'oh takde apa2. It's normal'

Ye ke? it is normal for a child after 6 mons of coaching still tak tahu beza huruf 'b' dan 'd'.

Still kena tolong homework meskipun arahan bertulis yg senang spt 'Sila warnakan bilangan yang paling banyak' tak boleh dibuat....

Well, tell you what, it is very disturbing!!! Sampai kadang2 mulut seorang ibu ni mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya keluar. Sampai kadang2 kesabaran seorang ibu ni dicabar dan diduga...

Dari satu artikel ke satu artikel dibaca dan difahami, dari situ ibu tahu my daughter is different. She's special. Satu appoinment dengan PDM(pakar disleksia malaysia) dibuat dan diadakan ujian ke atas this precious little princess.

Then baru la kami faham semua tingkahlaku kak ngah selama ni menunjukkan beliau menghidap  dyslexia. Seriously, ibu felt sorry for her. All this while, bila dia mengadu dia pening bila membaca, dia cakap dia tak boleh nak baca, bila dia hilangkan barang2 sekolah....semuanya adalah simptom dyleksia.

Just imagine, pencil case sampai 4. Pencil jangan cerita la berapa, berpuluh2. Eraser, pembaris, ntah apa lagi semua hilang. Pencil memang setiap hari kena bagi. Botol air, bekas makanan semua kena replacement sampai 2-3 buah.

Setiap kali suruh membaca, dia akan tengok muka kita. Bila kita marah, mata dia berkedip2 dan kadang2 bertakung airmatanya. It was very sad moment. Dia akan menanggis. Nak diberitahu dia tak tahu, mungkin dia takut yang kita akan marah. Nak dibaca, dia tidak tahu macam mana...

Seriously, it struck me very hard.
Teringat lagi kata2 'Nasib baik muka kakak lawa, kalau tak....'

Memang sukar nak terima, my precious little one is not as normal as other people. But i determine to help her, dengan segala wang ringgit dan kekuatan yang ada. Ini dugaan Allah swt yang tidak seberapa untuk ibu dan ibu redha dengan ujian tersebut. Yelah bukan dia terbaring sakit. Dia normal. Dia sihat. Dia ceria.

Cuma, sensitivity dia agak berlainan dengan anak2 yang lain. Terlalu sensitif, terlalu rendah diri. Memerlukan perhatian yang lebih dari yang lain.

Semasa berjumpa dengan pakar, beliau diminta untuk membaca satu perenggan ayat. Ini jawapan yang diberikan. Jawapan yang meruntum hati ibu yang mendengarnya :

"Cikgu, saya tak tahu membaca. Saya tak pandai"

Ya Allah...setiap kali ibu bercerita dengan kawan2, setiap kali itula air mata ni akan gugur. Sedih mengenangkan penderitaan anak ini.

Kalau you all out there rasa ada terdapat simptom2 seperti dyslexia, boleh la contact http://www.dyslexiamalaysia.org.my
dan mereka akan menasihati kita apa yang perlu kita buat.

As for ibu, from now on, i'll always be there for kak ngah...always



Ikhlas
Ibu Muhsina