Friday, September 28

Dari Allah kita datang, dari Allah kita kembali...

Perjalanan suka-suka ke Bandung sepatutnya disemat dalam dada sebagai the best vacation of the year or best event of the year. Perjalanan nak jejalan dengan adik, makcik dan sepupu sekupu dan sepapat. Tapi yelah kita merancang, Allah yang menentukan.

Kami sampai malam 20hb di Bandung dengan hari yang suka ria tapi hati ibu memang keluh resah. tak tahu kenapa. rasa macam ada benda yang tertinggal. Macam ada benda yang tak abes.

Tapi letak tepi perasaan..teruskan perjalananan.

Esoknya jumaat 21hb sept, kami pergi shopping suka-suka di Pasar Baru. Tapi malangnya, duit tak boleh nak dikeluarkan di ATM di sana walaupun ibu dah siap2 buat link dengan bank di sini. Haish! Macam mana nak sopping. Ibu ada 2 juta aje di tangan. Duit usu, duit unge semua ada dalam bank. memang frust. Buang masa setgh hari mencari cara jalan nak keluarkan duit.

Last2 kami give up, sopping guna credit card. dapat la beli bermacam2 lace beli. Beli beli dan beli walaupun dlm keadaan takde duit dan budak2 ngarok. Dapat juga ibu beli berkoyan2 lace...hehehe

Tapi malang tak berbau...

Selesai sahaja bersopping, ibu berskype dengan abah, along dan angah yang berada di Malaysia. Said 'Happy Birthday' pada angah yang besday 21hb tu.

Lepas berskype tiba2 abah muhsina mengkhabarkan satu berita yang amat mengejutkan.

Mak abah muhsina @ Mak mertua ibu meninggal dunia.

Runtuh hati ibu, sesak rasanya. Ibu memang blank sangat2. Apa ibu nak buat. apa ibu nak buat. Ya Allah..tak tahu apa nak buat. Ibu called abah dan mak. Opah dan atok dah on the way ke hospital utk ambik along dan angah.

Ibu cakap ibu jauh, ibu tak dapat nak tolong apa2. Opah kata takpe, bacalah apa2.

Apa nak baca. Yassin tak bawak. Apa2 pun ibu tak bawak. Sedihnya rasa ibu. im supposed to visit her at the hospital hari khamis tu. Memang dah niat dah tapi entahla, sibuk dengan masak. Nak masak untuk org2 yang tinggal, ibu jadi lupa, terus tak sempat nak pergi.

Setelah berbincang, makcik ibu cadangkan ibu dan anak2 balik Malaysia. Ya, ibu balik pagi sabtu. Ibu tak sanggup dengar suara abah muhsina menanggis di phone. I have to be there for him. to support him.

jadi kami balik the first flight ke Malaysia. Kami sampai before dan terus ke tanah perkuburan. Alhamdulilah, semua dah selesai. Mak mertua ibu telah selamat disemadikan. Ibu sempat talkin sama2.

dan kini ibu tak de mak mertua yang sentiasa doakan ibu, abah muhsina dan anak2 ibu. Yang sentiasa membebel bila kami buat salah. Yang kadang2 telefon kami sebab kami sentiasa lupa/sibuk dengan urusan duniawi kami. Yang sentiasa make sure kami kenyang kalau datang rumahnya. masak makanan yang sedap2..

Mak...saya doakan supaya mak berada dikalangan orang2 yang beriman. Maafkan saya tak dapat nak tengok mak kali terakhir. Mak ampunkan dosa2 saya pada mak ya. Halalkan minum makan saya sepanjang tinggal dengan mak....

Al Fatihah untuk mak...



Salam dari hati nan luluh
Ibu Muhsina

Wednesday, September 19

En Atkins

(Atas permintaan Ibu rawiwa, ibu sambungla la ceritera Cik Tan. Ibu rawiwa ni ngada2 tau, tetiap hari soh ibu sambung citer Cik Tan...hahahahaha (uuuuu bajet retis2 malaya))

Cik Tan memang nekad dah dengan slimming center. No more slimming2 center. memang Cik Tan keciwa, keciwa dengan slimming center yang nipu je ni. Duit berkoyan2 abes, tapi kuruih idak pun. Soh kita diet juga. Lepas tu tak bagi kita exercise, amoi genit kata kalau exercise nanti muscle2 tu keras, buruk. memula Cik Tan percaya la kan...kemudian ntah apa mimpi cik Tan rasa macam pelik. apa ke be te tak bagi eksais lelangsung...mcm salah konsep je.

jadi mula la sesi tekak menekak dengan amoi genit. Amoi genit pun mula naik nyampah kalau Cik Tan buat treatment. Sebab Cik Tan dah mula tanya memacam soalan yang amoi genit takleh jawab. Amoi ngukur badan Cik Tan pun macam marah2...

Jadi Cik Tan pun naik nyampah, terus block semua calls dari Slimming Center ala2 bagus siap masuk tb tu. Taknak angkat call dr amoi genit dan terus merajuk taknak jumpa amoi genit.

Berkuburla amoi genit itu..idak le mati. Tapi kira watak amoi genit tu dah abes la ya

Timbul lak watak lain. Cik Tan ni kan memang nak kurus. Dia takut boypren dia lari. Cari awek cun. Jadi dia kata dia mesti kena kuruih. Dia nak kawen dah. Sian Cik Tan...

So Cik Tan pun cari2 la macam mana nak kurus tapi tak payah keluar duit?

Cari punya cari punya cari...jumpa la satu perkataan namanya "Atkins Diet".
Tengok testimoni ramai yang kata 'dah kurus'. 'Atkins memang baguih'
Tapi tengok menu2 dia, No NASI, No Karbo

Cik Tan mula la mentelaah apa itu Atkins. Takyah la korang tanya apa itu Atkins kat sini. Guna je Mr Google, tulis "Atkins Diet"...berderet keluar. So baik ibu takyah tulis, ibu nak cerita pasal si Cik Tan ni je...pengalaman dia melalui fasa2 menyakitkan diri ni...

Cik Tan tengok, semua jenis protein boleh makan. Ayam, ikan, CHEESE! wah! lumayan.
Tapi ada fasa2 dia : Induction, on-going-weight-loss, pre-maintenance, lifetime maintenance

banyak do and donts...kalau korang nak tau lebih lanjut sila ke sini, website kawan ibu : PNUT
kat website ni korang leh paham proses2 mcm mana badan boleh kurus dengan Atkins Diet

Memang boleh kurus. Cik Tan buat dalam masa 2 minggu, turun 5 kilo kau...!!!
Happy la kan Cik Tan, cumanya bila hari minggu pergi dating dengan boypren, boypren ajak makan sedap2. mesti ada carbo banyak2...dah tu. Cik Tan tengok aaiiikkk!! naik balik.

Cik Tan keciwa jugak la...mcm mana ni, makan karbo takleh langsung?

Tetiba Cik Tan jumpa kawan lama, dia ni anak 4, badan gemuk le jugak, tapi ada susut sikit dan Cik Tan tengok eh! eh! boleh tahan jugak dia ni makan. Roti canai melantak jugak, nasi makan jugak, nasi lemak pun dia belasah...

Siapa kawan Cik Tan ni??

(Ok...ibu kena sambung. Sebab nak masak lauk pauk untuk abah muhsina, along, angah. Ibu nak pg rendek ke Bandung petang ni sampai next week. Jadi...next week la sambung...muahahahaha)

Salam (jgn marah)
Ibu Muhsina


Thursday, September 13

Cik Tan dan Slimming Center


Meh kita sambung hal Cik Tan tapi tajuk khas : Slimming Center

Seperti yang sedia maklum pada entry Diet Belasah Cik Tan, Cik Tan pergi ke Slimming Center terkemuka
Nama pun taknak kalah, ala-ala pergi London.

Masa teruja tengok iklan tulis kat situ 10 slimming treatment for RM 199, memang teruja. Dalam hati dah tekad dah nak pergi dengar je. Dengar dan decide kemudian.

Jadi pergilah Cik Tan ke Slimming Center tersebut. Dengar la si amoi tubuh genit bercerita. Bahasa malaysianya memang out la kan. Tapi dia cakap juga tu dlm BM. Lantak la labu kata Cik Tan. Yang penting dia dapat free treatment wpun taknak ambik nanti, kata dalam hati...

Wah!! terpegun Cik Tan dengar ramai yang dah turun, berkilo2. Wah harus le terai kan?

So Cik Tan pun terai...terai punya terai punya terai. Cik Tan rasa tertipu, kena buat treatment, panas2 masuk selimut. Sebelum tu kena masuk sauna, panas jugak. Tak cukup dengan tu, 10 slimming treatment tu bukan 10 slimming pakej treatment, tapi sekali pergi treatment ada bbrp treatment. Ada paham ka kalu?

Macam ni, 10 slimming treatment tu ada 1 sauna, 1 blanket ntah apa, 1 lipot2 ntah apa, 1 guna cream slimming, 1 herbal slimming ntah apa. So ko kira dik, ada 5 treatment di situ. So tolak la, 10 tolak 5, jadi tinggal 5 treatment. Sekali pergi 5 treatment ko kena buat dik...eh silap! Cik Tan buat...Dah tu takkan pergi 2 kali je kan? mesti le kena pergi 10 kali ke, jadi kira la, 10 x 5 = 50 treatment. Berapa juta Cik Tan kena bayo? kira...kira...kira...199 x 5 ..lebih kurang seribu. Tu tak cukup lagi tu. Cik Tan dah la lemak degil ternak tahun bila, cik Amoi pujuk buat 30 treatment plus plus free free ntah apa lagi. Semuanya dlm 3 ribu. Wah!!! banyak duit Cik Tan. haiyah!! maybank credit card sulah ada maa...you buat free installment la...haiyah!!!

Nyampah tau!!!

So Cik Tan pun memula kena angau dan ubat guna2 si Amoi, sign le credit card buat installment. Cit!!!

Buat la Cik Tan...tetiap minggu kena pergi. Bila nak pergi, makan sikit. Tipu diri sendiri la tu Cik Tan ni. Turun memang turun, tapi kalau ikut logik, kalau dah masuk sauna, blanket panas konpem ayo badan memang kering kan, memang ler turun ...

Lama cik Tan nak sedor diri dari ditipu sampai la bila Si Amoi bising badan tak turun2. Dia dok sibuk suruh Cik Tan diet jgn makan banyak. Aik!! Aku datang sini memang nak makan, center ni le kena kuruihkan aku, kata Cik Tan...




Wah!!! Cik Tan ngamuk. Si Amoi pujuk Cik Tan tambah treatment, sebab tak kurus2...

lagi 5 treatment, Cik Tan tinggalkan center tu...CIk Tan memang marah!!!



Rugi? memang rugi tapi Cik Tan rasa nanti Amoi tu pujuk2, bising2, Cik Tan benggang, Cik Tan sign lagi 10 treatment. Hancus!!

Jadi Cik Tan tinggalkan aje...puas ati...!!!

Cik Tan memang kecewa. Kecewa sangat, badan tak kurus, yang kurus poket Cik Tan.



So cik Tan mengubatkan kekecewaan hati lara cik Tan dengan makan ice cream Baskin Robbins tiap2 hari..
Sehingga la satu hari Cik Tan jumpa....



...~la la la la~....sambung

Salam bluweks
Ibu Muhsina...

p/s; jgn marah yang2 semua...ibu sambung nanti ya