Sunday, April 15

ANAK-ANAK KITA DAN RUMAH AMAL PERIBADI MULIA


Anak-anak ibu tidur atas katil empuk, abah beli dari Ikea.
Pasang aircond hatta kat luar hujan ribut petir
Bantal-bantal toksah cakap, bantal kekabu khas beli internet

Baju koyak sikit menanggis, nak baju baru
Ibu jahit complain sebab ibu jahit tak cantik
Pergi Giant beli baju baru, katanya tak de kelas, nak pakai T-shirt Polo atau Nike...
Kasut terkopak sikit, merenggek beli baru alang-alang Hush Puppies atau koman2 Crocs

Buku-buku penuh satu almari, baca ke? Ntah tak tahu nak kata
Makan sedap-sedap ayam daging ikan, Nasi pun beras siam import
Kadang-kadang ibu masak pelbagai jenis lauk...nama pun pelik-pelik...

Anak-anakku...bertapa bertuahnya hidup mu...
segala kemewahan dan kesenangan diberi oleh-NYA
Syukurlah anak-anakku...sentiasalah bersyukur kepada Allah yang Maha Esa
Pemberi rezeki dan nikmat yang tidak terhingga
Tidak terkira banyaknya...

Oleh itu...anak-anakku, sentiasalah ingat mereka yang tidak bernasib baik...anak-anak sebaya mu, yang makan dicatu, yang minum bersudu...Pakaian, kasut mereka tidak sepertimu...

Oleh itu anak-anakku bersegeralah menolong sahabat-sahabatmu, semoga kita memperolehi keberkatan Oleh-NYA, semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat-NYA....


Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).

RUMAH AMAL PERIBADI MULIA
No 2 Jalan Prima Saujana 1/4D
Prima Saujana
Kajang, Selangor

Pengurus Pn Siti Salmiah (017 213 7313/013 2416313)
Maybank : 562414006411 (Peribadi Mulia)


(foto hiasan)


Pagi tadi ibu membaca status kawan ibu yang mengatakan Rumah Kebajikan Amal Peribadi Mulia ini dipotong bekalan elektriknya kerana tidak dapat membayar tunggakan berjumlah RM750.00 kepada TNB. Tidak salahkan TNB kerana mereka menjalankan tugas. Dan bukan juga salah Rumah Kebajikan ini kerana kekangan wang. Bukan salah sesiapa..

Oleh itu, marilah kawan-kawan seblogger...mereka yang membaca entry ini secara tidak sengaja membantu anak-anak ini, anak-anak yatim piatu, fakir miskin mendapat merasa sekurang-kurangnya apa yang anak-anak kita rasa. Kasihanilah mereka...

Salam ikhlas yang jauh
Ibu Muhsina