Monday, December 19

BALI : HAROKMOON TRIP BALIK DAY

Fuh!!! demam tak hengat, busy tak hengat...jadi a little bit slow melow dalam mengupdate belog. Tu la orang kata, bila org lain nak belog, awak sebok membelog...lepaih tu tak larat nak hapdet. Tapi i'm not looking for popular, demanding, traffic source thing. Ibu hanya suka-suka bercerita al-kisah diri dan anak2. And tak payah kenal sesiapa pun tak ngapa. Ibu bukan retis pun...sekadar dok melukut di tepi gantang je...orait le tu


Ok...back to realiti menghabiskan ceriti cerita Bali trip yang dah dekat sebulan dah berlalu tapi tak abes-abes lagi citernya...well! what to do, i'm a corporate career woking women with 4 kids and only 1 husband... :P


Day balik...kami ditinggalkan di bilik oleh Abah Muhsina kerana abah nak pergi konference, eh eh lupa. The trip was actually for abah to attend an IEEE Conference, tajuk apa, ntah tak tahu, tak minat nak tahu. Yang tahu, abah kata 'nak ikut pergi bali tak? Abang ada konference kat situ'...and the rest is history as you all know it.


Initial plan, ibu nak merendek ke spa, as Bali known as spa heaven because it's extremely cheap, where can u get a 30 ringgit whole body spa massage and bla-bla in KL, seriously takkan dapat punya kan? But then, mana lak nak ku campak budak2 muhsinas ni, takkan nak jadi ibu kejam ala2 persis cruella...


Ok tak jadi, and remember that this muhsinas sampai-sampai Bali je dah nak terjun swimming pool as if kat KL takde swimming pool.


So pepagi ibu bangunkan kak along dan kak ngah tengok matahari terbit kat tepi pantai. Damn nice view. Tersangat la suka. Then we off to take breakfast di Cafe apa ntah yang tak sedap dan boleh makan roti je. Yang lain idok le berani nak ngap, taut ter'ngap' oink-oink atau minyak oink-oink...


Then lepas tu kami ke SWIMMING POOOLLLL...yeay!!! ibu tak yeay ya...ibu yawn je..


Let's the picca do the talking lah...




After strolliing down the seaside...




Ok...they were having lots and lots and lots of fun...sampai ibu tak tahu pukul berapa...okla sampai pool guide tu cakap 'Bila mau naik ni? matahari sudah bakarin kulitnya'...ha ko! ambik....semua dah golap....


Balik bilik...ibu pun apa lagi, spa la....spa tido...best giler!!! walaupun dalam keadaan harok mereka2 ni bising...ibu tidur dengan aman nyaman dan nyenyak bak puteri beradu...sesekali je pekik kat derang sebab bising memekak...other than that, i really had the best time of my life...


sedo2 dah pukul 12.30 tghari....eh! aku ni idak check out ke, baru ler terhoyong hayang kemas beg, kemas diri dan bebudak...Abah muhsinas dah mintak permission to check out late sebab dia punya conference abes pukul 2...


Dah check out, Pak Yanto the loyal driver datang untuk hantar kami ke airport tapi sebelum tu kami singgah ke Kuta Beach sebab haritu tak sempat nak pergi. Ibu requested nak pergi Hard Rock Cafe Bali sebab ada Usu pesan T-shirt Ori dari sana...


So off to Kuta uols...




Masa di Kuta Beach, ramai la yang dok usha-usha soh kami beli gelang la, buat rambut la(agaknya deme rimas tgk rambut angah dan achik kusut masai mak dia malas nak ikat kot)....massage la, minum2 beer la(ada ke?)....and ada sorang ni soh ibu buat tattoo...ko giler ke nyah?


So sebab teringin nak tengok achik dan angah cute comel, buat la rambut untuk derang. Mahal la jugak sebab aku tak tahu nak tawar, lagipun tak berapa reti...so belasah jelah 200 ribu rupiah...rm70 henget ko!



But then it was done within 10 minutes...cepat kan...

Lepas tu kami jejalan di Kuta Beach sambil tengok 'orang itu' 'orang ini' dan sotong kering....


Did u see what i took? Muahahahaha....


Before going back for good, kami singgah tempat makan Ayam Bakar di area Kuta. Sedap dan sambal dia memang awesome. Rasa nak tapau je bawak balik...tapi konpem tak lepas....tapi tak usah la mengkome tanya kat mana, teman tau kat Kuta je...nama kedai pun tak tahu...




Lepas tu?


Lepas tu, three...


Lepas tu, balik la, flight balik pukul 7.15pm, kami pergi airport, sempat solat jamak maghrib isyak. Rush boarding, sempat gak berkenalan dengan kapel dr sweeden..
oh well! saya kan peramah makcik jual ikan.


It was hell-out-loose dalam plane, rasa nak campak adik dari plane pun ada, nasib baik ibu seorang ibu muslimah sejati, sayang anak2, tak suka campak-campak :P


Adik campak makanan, mengamuk, memekik kelalong, taknak pakai seat belt again during take-off, we had to change seat masa take-off(percaya tak?)....masa tu, ibu sumpah taknak naik flight lagi dengan dia...TAPI 


...saya baru je book tiket kapal terbang for next trip next year...muahahahahaha


So did we had a good time regardless the harok and the head over heels thing....DEFINITELY!!!


I love bali...ibu suka spend time with abah muhsinas, the ngarok muhsinas...and if i had to do all over again...yes i will....(ok! ini adalah kata-kata setelah sebulan bercuti...kalau tanya sehari selepas konpem it's another way around...hahahahahaha!!!)...


Muahsss ***love**


Salam
Ibu Muhsina



Wednesday, December 7

BALI : HAROKMOON TRIP DAY TWO

Wah...hujung-hujung tahun ni seperti biasa ibu akan jadi orang akauntan, takde masa nak jenguk blog sendiri apatah lagi blog2 kekawan atau terjah blog orang lain

So...kita sambung jelah citer Bali bali ni ye...

Untuk hari ke dua jejalan kami tapi hari ke tiga kami di Bali...pepagi lagi kami dah keluar, nak make sure kami dapat nonton Tarian Barong. Bali ni sesak tempatnya, kalau jem mau berjam-jam. Jadi Pak Yanto kata elok awal pagi keluar. Si Muhsinas semua memang takde masalah bangun pagi, mungkin terlebih garam excited, jadi senang je nak bangun derang pagi-pagi, cuba gerak waktu sekolah, ngeliat je mau 10 kali...

Ok...ok sambung citer, fokus ibu, fokus!

Tarian Barong

Tarian Barong ni kira macam cerita-cerita dewa derang la. Nak cerita kat sini, ibu pun tak reti tapi sebelum masuk memang diberi flyer in English dan Indonesian tentang apa yang akan kita tengok which is bagi ibu something to look into. Memang in terms of tourism, Bali is a good example sebenarnya. A lot of things kita boleh belajar dari sini.

Kita layan gambar jelah ya...



Lepas tu kami ke pergi makan di satu retoran halal Nasi Padang di area Kuta



Lauk dia banyak giler...memang best tapi yang paling best bagi ibu adalah ini : Masak lemak Nangka...fullaweiiii sedap sehingga menjilat jari macam kfc


Lepas tu Pak Yanto membawa kami ke Tanah Lot...sebelum ke Bali memang kami ada dengar cerita pasal Tanah Lot ni, Tanah Lot ni ada satu temple(biasala pg temple jelah korjenya), yang ditengah2 laut. Boleh ke sana bila air surut, tak nampak lak ada jambatan kalau air pasang, boleh ke tak ke sana.

Memang cantik sangat. There are things in Bali yang ibu kagum(lagi), tempat-tempat ni sentiasa ada kedai-kedai kecik yang jual souvenir dan mereka ini adalah orang seni. Ukiran kayu memang cantik, kalau tak kenangkan nak bawak balik naik kape torbang dan rumah yang kocik...memang ibu rembat satu dua ukiran seni. 

Layan la gambar-gambar Tanah Lot di bawah, sebelum sampai ke Tanah Lot, mata ibu dah blink-blink nenggokkan deretan kedai-kedai kat tepi tu...memang gatai je tangan kiri nak membeli, tapi kang Pak Yanto ngan Pak Muhsinas jeling-jeling ibu...so ibu rembat barang2 kecik je... :P


Tanah Lot ni memang cantik sangat...


Memang agak soothing kat sini, angin dia fuhh!!! memang boleh melayang la kalau kurus-kurus ringan. Nasib baik ibu ni kategori berat so tak tertolak la dek angin...(statemen poyo)

Layan gambo sekitar Tanah Lot yup!




Depan Tanah Lot...

Lepas tu kami ke Ala Watu pulak

Ala Watu ni temple jugak, alah Bali kan banyak le temple nya. Temple-temple ni memang di bina kat tempat cantik2. Macam Tanah Lot, dalam temple tu ada mata air yang cantik org kata tapi kami idak le masuk, sebab kalau nak masuk temple, kena letak nandek kat dahi, khurafat le pulok.

Macam Ala Watu ni, temple atas bukit, cantik sangat pemandangan dia. Kat sini banyak monyet. Monyetnya ya rabbi jahat nak mampos. Pak Yanto pesan jangan pakai spek, beg dipegang kuat-kuat, no gelang-gelang, rantai dan tak boleh pakai selipar. Adik pulak akan dipegang Pak Yanto. Sebelum masuk, masa tengah2 pakai tali pinggang kuning(setiap kali masuk temple kena pakai tali pinggang ni, tak tahu le nape), ada pengunjung tu either tak sempat atau tak tahu, pakai cermin mata, ada sekor monyet ni tup-tup terus zass ambik cermin mata dia, that's it man, jangan harap la dia bagi balik. Nak ambik balik pun rasa eeiiiwww sebab monyet tu gigit2. Masa tengah jalan-jalan menuju ke temple tu, Pak Yanto ambil satu kayu ranting buat nak pukul monyet kalau monyet2 ni ganggu adik. Kata Pak Yanto, monyet2 ni suka kacau budak2 kecil. Orang dewasa ni dia takut sikit.

The view was awesome, wpun banyak monyet2 ngarok.



Pakcik kenit si adik ni ntah apa kena memang taknak orang lain, dia nak Pak Yanto je. So memang ibu dan abah relaks bangat la. Yang si Yanto, memang memanjang asyik dukung je si adik. 

Masa ni ntah kenapa ada sekor monyet tu nak kacau adik kot, Pak Yanto memang pegang la adik dan pukul-pukul monyet tu dengan ranting kayu. Monyet tu lawan balik tu, lepas tu dok korek-korek pokey Yanto, nak ambik wallet kot.


Lepas tu Pak Yanto soh kami tengok Kecak Dance, dia kata lagi best dari Barong Dance yang kami tengok pagi tadi. Okla, kami pun ikut. Boleh tahan gak la mahal tiket dia, seorang dalam rm18 duit kita, dah tu ibu pulak tersalah dengar sebab Yanto kata dia nak pergi balik tempat Van beli air, so dia pesan masa nak beli tiket, tunggu dia. Ibu dengar beli tiket untuk dia....lor!! salah rupanya so abah muhsinas dah terbeli tiket, Yanto siap tepuk2 dahi lagi, dia kata dia free, tak payah belikan tiket...lor!! mana aku tahu dong...cakapnya kok cepat sangat...

Kami pun duduk le nenggok Kecak Dance. Memula tu ibu heran gak nape le kecak Dance ni buat pukul 6. lepas dah tengok, siap dengan sami berbaju putih kuar berasap, siap ada api2, baru la terlintas dek kepala deme ni nak memuja api rupanya time maghrib. Maghrib kan masuk pukul 6.15pm Aisyehman, nak bangun dah tak boleh sebab org dah ramai. kami pulak pergi dok kat atas tengah, susah nak keluar. Adik dan Kak Chik dan restless, kak Ngah sepanjang performance dok pegang tangan abah. Along je steady. 

Tengah ok lagi ni, siap peace2 lagi...tunggu le seminit dua...

Apakan daya, redho jelah. Terpaksa la kami tengok, hanya dalam hati jelah dok kumat kamit baca apa2 yang patut. penari-penari kecak ni pulak macam ala-ala naik syeh. Actually kita kena faham budaya dan agama yang mereka anuti, Bali is 90% hinduism, so kalau nak tengok benda-benda ni kena open minded, masalahnya ibu open dengan abah muhsina, Si budak2 ni agak2 open ke? Merenggek2 bila tengok character2 ni bertopeng2 hantu. Of course la kan. Budak2....

After an hour performance which i feel like forever, abes la dancing2 tu. Dah malam dah pun, gelap gulita. nak keluar dari pentas tu pun satu hal, we had to lalu dalam gelap lorong2 jalan kaki tu yg tadi banyak monyet tapi sekrang monyet2nya dah takde. Yg peliknya masa kat pentas tu pun, takde sekor pun monyet2 ni...hantu ala2 mistik sungguh!!


Lepas tu kami ke Jimbaran untuk makan seafood tepi laut, actually orang makan kat sini nak tengok sunset tapi kami tengok lauk dalam gelap je. The food is ok, tapi the bill is Ya Allah Ya Tuhanku Mahal nak Mampos!! Tapi nak merasa punya pasal, redho jelah, luckily budak2 ni agaknya lapo, so makan beria2 sampai habes udang goreng tepung 2 kilo, Ikan siakap masak kicap(ya kicap, sebab kang ambik pedas2 tak makan pulak) dan sekilo sotong goreng tepung yang tak berapa sedap, liat. Sotong beso gajah tu, mana tak liat.

Di sinilah kamimakan sambil mendengar deruman ombak...feeellliiinnnggg gitu!!

 Presentation of nasi yangbagi ibu sangat cantik

 Ikan bakar kicap

 Kangkung masak pedas.Ini free sekali package

Udang masak goreng tepung...sedap! tp macam zap zap zui...cepat no abes

Dan ini abah wif his fav air....air teh botol, sampai 2 botol sekali order



Belasah jelah. Bill ibu divided by two dengan abah muhsina, kasi longgar sikit. kalau tak, pengsan gak abah muhsina nak bayo.

Lepas tu kami balik la...penat ooo satu hari jejalan. Malam tu Cik adik pun mengigau teringatkan kecak dance kot.

Salam
Ibu Muhsina

p/s: Entry ni dah lama start, tapi lamanya nak siapkan. Ibu so so so busy with this new gaji thing...haiyah!!





Friday, December 2

IKLAN FREE

OMBAK RINDU YANG MEMBUAT HATIKU MERONTA2 UNTUK MENONTON SEKALI LAGI....


Weeee!!!!!

BALI : HAROKMOON TRIP DAY ONE

AMARAN : Entry agak panjang. Baca bila betul-betul bohsan...

Pagi-pagi lagi Pak Yanto dah datang, nak make sure kami tak miss any agenda yang telah dibuat. Mula-mula dia kata pukul 8.00 lepas tu 'Buk, pukul 9 la, nanti anak-anak susah ngak'...tau takpe!!

Tapi pukul 6 dah terang benderang dah. Malam sebelumnya dah memang suruh muhsinas tido awal. So pukul 8.30 dah ready dah kat lobby.

Kami terus menuju ikut agenda : Batik Weaving, Gallery Painting, Tanggallalang, Kintamani, Tampaksiring.
Penuhkan? Ada tempat yang  ada entrance fee so siapkan duit jelah seperti Kintamani dan Tampaksiring.

Batik Weaving



Sorry le, tapi ibu kenan batik mesia lagi. So jejalan jelah. Beli purse-purse untuk mak, mak mertua, kakak2 ipar dan makcik makcik. Sebab dia takleh tawar so maleh nak beli bebanyak. Lepas tu, nengok Batik Painting kat tingkat atas Gallery tu. Tertangkap satu gambar yang agak unik lukisan batik. Abah muhsina terpikat, so beli la. Dalam Gallery takleh ambik gambo so takde le gambo kecuali yang dua kat atas tu.

Gallery Painting

Di Bali ni, pintu depan dia memang unik. Pintunya berukir kecik. Ukiran dari batu bukan macam kat rumah mesia, ukiran kayu. Lepas tu masuk-masuk ada Kuil kecik dia. Selang 2-3 rumah kat Bali ni, mesti ada Kuil. Sangat kuat agamanya, setiap upacara mesti ramai, macam semua pergi upacara tu. Dari yang tua sampai muda. Idak le mcam kat mesia, bila bab ceramah agama, bab yang tua2 je pergi, yang muda dok merempit dan merempat. Laser di situ...


Kami disambut oleh Bapak bermain instrumen entah apa kebenda ni


Lepas tu kami ditunjukkan pelbagai gambar-gambar sekitar gallery, tak dinafikan memang cantik-cantik. Terpikat jugak ibu. Cik2 muhsinas pulak sebok bergambar2...nasib baik bapak tu tak kesah mungkin sebab Abah muhsinas rembat 2 lukisan rege jutaan rupiah.

Kanak-kanak ribena bermain kamera...



OK....udah tu gambo mereka2 bermain kamera...Sebelah Gallery ada kuil beso, kan setiap rumah tu ada kuil kan. Dan ini sebelah Gallery khas kuil beso dia



Kemudian kami berjalan jauh dalam 2 jam ke next destination.

Kintamani

Di sini ada satu restoran Halal, tempat startegik yang betul-betul mengadap Gunung Tabur yang pernah meletus pada tahun 1992(kata Pak Yanto). Tempatnya startegik, malangnya makanan tak sedap langsung. Memang tersekat kat anak tekak, tak boleh nak telan. Tapi mahal, jadi dia macam jual pemandangan je bukan jual sangat makanan tak sedap itu.

Walau apapun, pemandangan di sini memang cantik cantik dan cantik. Cantik ciptaan Allah Taala.

Malangnya masa kami nak sampai hari macam nak hujan, jadi kurang menarik sikit gambonya. Kalau perasan ada warna hitam di kaki gunung. Warna hitam adalah kesan larva yang turun ke bawah. Dan diberitahu, mayat2 yang mereka jumpa, mereka tak tanam tapi diletak sahaja di pokok-pokok di situ.

Mr Adik amat suka dengan makanannya....yelah dik, dah lapo dak


Lepas tu kami turun ke Tampak Siring di mana mereka melakukan ritual mandi suci untuk membersihkan dosa. Sebelum masuk ada a few syarat-syarat yang perlu di ikuti..

'Buk, yang no 3 itu ada masalah tak buk?'.
No 3 berbunyi dimana perempuan yang datang bulan tidak boleh masuk kuil tersebut.
'Eh Yanto, bukan saya solat di Mussolla tadi ke?'.
'Oh ya! Saya lupa'.
'Lekuk ko karang Yanto'



Di atas temple ni ada Istana Presiden Sukarno tinggal. Dulu boleh naik ke atas tapi sekarang tak boleh. Kata Atok Muhsina, sukarno suka dok atas tu sebab dia akan intai orang mandi suci di bawah. Masa atok muhsina pergi ke Bali long time ago, orang-orang Bali mandi suci sensored. Tapi sekarang tak, elok je deme berbaju, tourist pun kena pakai decent proper baju kalau tak kena pakai kain. Bila nak masuk temple-temple di sini kami disuruh memakai talipinggang kuning. Budak kecik je tak payah.
Kenapa pakai tali pinggang? Entah, tak berapa paham apa Si Yanto cakap. Maleh lak nak tanya lagi, takut lagi tak paham

Tempat mandi suci

Dan selalu ada upacara sembahyang-sembahyang which kita tak boleh nak lalu depan dan tak boleh ganggu

Dan bila nak keluar, kami tiada jalan lain selain dari lalu kedai2 kecil...tapi Yanto kata 'Buk ada tempat lain buk! Murah2!' So hati kecil meronta nak sopping terpaksa dibatalkan...

Happy tak happynya ambik gambo....

Lepas tu kami singgah kejap ke Ladang Kopi. Kat sini, kami diberi pelbagai jenis kopi, ada kopi Bali, kopi ginseng ala2 tongkat ali, ada teh halia which ibu suka, leh kentot2. Ada teh serai yang Along suka. Dan ada koko ala2 milo tapi sedap dari Milo DAN...ada kopi luwak kalau sesapa nak try tapi kopi luwak kena bayo, 50rupiah.

Haji tengah try kopi. Di dalam cawan putih itu adalah kopi luwak

YAMSENG!!!!

Kopi di sini bukan guna mesin, memang guna manual semua. Petik, goreng, sampai hitam dan tumbuk
Gambar-gambar kopi, pokok-pokok kopi disekitar ladang kopi ni



Pekerja asing yang kami jumpa dan bawak balik

Ibu ada beli sikit kopi teh koko bawak balik. Nak beli banyak mahal weh! Koko tu pun nak dekat 30 henget peket kecik. Baik ibu beli Melo je. Tapi takpela, Along soh beli Teh Serai, we couldn't find Teh Serai sedap mcm ni di Mesia. So beli la...

Kemudian bila dah penat weng weng minum kopi....kami dibawa Yanto ke Restoran Ayam Penyet Wong Solo. Jangan tanya di mana? Idak le teman tahu...

Orang2 yang lapar kebuluran

The food is damn good. Memang Sedap

Sotong Goreng.


Tempat makan berkonsepkan ala-ala bersila dan kekampungan. Best...

So habisla citer Hari Pertama penuh Harok di Bali. Keharokkan tidak dapat ditunjukkan dengan gambar-gambar dan kata-kata sebab malas nak tulis pepanjang. Baik korang tengok gambo je kan...tengok gambo anak ibu tengah tertonggeng2 buat apa ye dak?

Next Entry : BALI : HAROKMOON TRIP DAY TWO


p/s: Entry ni takde citer Tangallalang, kawasan padi berbukit yang cantik. Gambar dalam kamera video Abah Muhsina. Belum sempat download.


Salam
Ibu Muhsina