Tuesday, November 29

BALI : HAROKMOON TRIP ARRIVING DAY

Kalau orang lain, mungkin tertulis Bali : Honeymoon Trip with Sang Kekasih...

Ibu...harokmoon trip with muhsinas...best tak ke Bali ni? Of course la best.
Jalan-jalan negara orang.
Tengok gelagat orang, selit-selit gelagat anak sendiri yang rasa nak leku je...
Tengok budaya orang,
Tengok pemandangan yang amat-amat cantik, ciptaan Ilahi
Dan....merasa betapa syukurnya kita dilahirkan dibumi Malaysia...eh! eh! ke situ pulak...

Yelah, lain orang, lain caranya, lain negara, lain ceritanya ye dak...?

Whatever it is, it was an awesome holiday for all of us...minus experience taknak pakai seat belt masa take off, melalak dalam kapal terbang, makan tumpah-tumpah, memanjat seat dlm flight....the experiences yang tak boleh dibeli di mana-mana...

ARRIVING DAY 20 Nov 2011:


Masih di dalam kawalan


Ada sedikit kebosanan di situ

Kami ke KLIA (ya, kami naik MAS, bukan AA sebab flight ticket lebih kurang harganya, lagipun ada 4 muhsinas ni yang nanti agak tak terbela kalau naik AA, so MAS it was). Sampai KLIA agak awal, 2 jam sebelum flight. Memula muhsinas senang nak di kawal. Macam kacang je...Boarding pun still masih terkawal, TAPI bila nak take off, mr adik taknak pakai seat belt, dia meronta-meronta. So ibu kena bukakkan beltnya dan peluk dia kuat, luckily masa nak take off the engine sounds was so loud, mr adik stunned sekejap, terkujat. 3 hours journey, masih ok sebab mungkin siang hari so the muhsinas enjoyed the scenery especially bila sampai Pulau Bali, the scenery was breathtaking tapi tak sempat nak ambik gambar masa tu. Gambar sawah padinya  dari atas memang cantek. Laut, pantai...so muhsinas memang excited giler. But then, since Summit APC baru habis semalam, kami tak boleh nak landing on time. Kami boleh nampak a few planes yang tak boleh landing 'hanging' kat awan tu. Ngeri gak...kot2 terlangar...heheheheheheh!! (sekarang ko cakap le ibu, masa kat atas, dok kumat kamit berzikir...hahahahah). Bila touched down, memang ramai sangat nak lepas imigresen. Satu aje perangai derang ni, walaupun panjang barisnya, mereka buat derk je kita nunggu. Takde la nak bukak satu lagi kaunter. So dengan muhsinas yang dah over penat, lapar...bayangkan betapa haroknya mereka esp mr adik.


Rupanya tak boleh ambik gambar kat airport ni tapi ibu tak tahu, selamba je ambik gambar.


Kesian dia dah letih agaknya


Kami tinggal di Grand Sanur Resort, di Sanur Beach. Salah satu hotel lama yang ada 8 tingkat sebab lepas tu, Gabenor Bali tak benarkan sebarang Bangunan lebih dari 3 tingkat. Katanya taknak kehilangan seni rekabentuk bangunan di Bali.

Tapi masa kami sampai ke sana, ada upacara agama di Pantai Sanur. Kami sampai almost maghrib. Jadi kami tak dapat ke Hotel. Pak Yanto driver kami memberi cadangan untuk berjalan kaki sahaja kerana dia bimbang dengan jem yang ada, harus kami sampai ke Hotel dalam pukul 8. Oh ya! Maghrib di sana awal sejam dari sini, jadinya maghrib dalam pukul 6.15pm. Macam Sabah Sarawak lebih kurang.

Pak Yanto kata dekat. Tapi haram...jauh giler....poyo betul. Dengan beg dan muhsinas yang dah extremely penat, kami berjalan kaki. Ibu bawak adik dan kak chik...sesekali ibu dukung adik, sesekali suruh dia jalan. Kesian sangat tapi lama-lama sampai jugak.

Sebelum ke Hotel, abah muhsinas singgah KFC beli makanan. Jadi sampai je bilik, kami terus mandi-mandi dan makan. Peliknya KFC, takde snack plate with bun roti, coleslaw dan mash potatoes tapi ada nasi dan ayam. Abah muhsina kata hanya ada set nasi dan burger ikan yang macam Hot Dog. Apa-apa jelah...yang penting muhsinas kenyang dan kurang harok!!


Ayam KFC dan Nasi


Janji kenyang kan Kak Ngah


Salam
Ibu Muhsina

Next entry : BALI : HAROKMOON TRIP DAY ONE

Saturday, November 26

Salam Maal Hijrah 1433

SALAM MAAL HIJRAH
pada semua umat Islam...semoga penghijrahan tahun yang lalu berterusan dan penghijarahan tahun ini mendapat berkat.....


Letih dari jalan-jalan belum fully habis lagi. Balik je dari Bali(akan di postkan cerita dan gambar nanti) esoknya pagi-pagi terus ke Iftihar kak ngah di Bangunan Sultan Abdul Aziz. Tak boleh tidak. A promised is a promised. Kak Ngah was looking forward for the performance and the recognition so ibu dan abah have to drag ourselves from our keletihan melampau to Kak Ngah's Iftihar.

Keluar dari rumah a bit early, so singgah makan roti canai di Melur, USJ. Alamak! terlama pulak makan tak hengat so the dewan was full. Frusted juga bila lihat ada yang letak beg tangan dan beg susu atas kerusi tak bagi orang duduk. Dan ada jugak yang tak reti bahasa. It was stated at the invitation card, 5 person per family. Orang-orang yang tak reti baca ni bawak segerombolan sedara mara pergi tengok anak konsert..ceh!

Kita tengok gambar jelah...letih la pulak!


Boleh tahan penuhnya kan?


Kak Ngah


Kak Ngah sepatutnya jadi Bee, actually she was looking forward to became a Bee, tapi sebab tak datang sekolah pergi Bali, Che gu tukar character da jadi Flower. Frust member, masam je atas pentas...takpela kak ngah...at least u were still part of the performance




Kak Ngah ambik scroll dari Chegu Sham


Kak Ngah dan Teacher Ita



Congratulations Kak Ngah!! We loves u dearly....

After the event, kami pergi makan-makan, ibu belanja pizza hut untuk orang yang graduate...tapi yang tak graduate pun dapat numpang sama...




Salam
Ibu Muhsina


p/s: Bali trip akan menyusul....tengah penat. Idea menulis banyak, tapi tangan letih nak menaip...

Friday, November 18

IB 11.11.11





Uncle jie(bukan nama sebenar)....nak tengok Badai Semalam. Nak jumpa Aaron Aziz, nak ambik gambar dengan dia

tit..tit...tit...

Ok no problem. Akan diaturkan. Berapa orang?

tit...tit...tit...

4 orang. Me her the cousins and the auntie..

tit...tit...tit...

otei...

send him some kissess...and hangup the conversation thru BBM

11.11.11...berbondong-bondong2 la kami ke Istana Budaya. This is not the first time thou...dah a few times. so memang dah biasa dengan prototkol-protokol and do's and dont's di Istana Budaya. No camera allowed. No food and drinks. No selipar jepun. No budak kecik less than 6 years old. Luckily this time, jeans are allowed. Dulu, pakai jean pun tak boleh. No Tshirt. Pakai kena casual dan smart...nanti pakcik aku marah...hahahaha

Kami pergi berempat as promised.



tengah tunggu Tuan Besar IB, terserempak dengan mereka-mereka ini...


dan ada pulak dato dan datin wannabe ni...



lepas tu, dah jadi pasar malam....biasala jumpa geng sekepala, tapi ibu dah penat fikir, masa U, i hardly knew this people called friends...tapi bila dah beranak pinak, rapat pulak...siap pergi bertandang ke rumah lagi...makan-makan...but i really like their company...and hoping it'll last till the end


Lepas tu kami di usha masuk ke dewan...bila Tuan Besar spotted us tercagak-cagak kat luar...kesian. Orang lain dok tunjuk-tunjuk tiket, kami mcm blur-blur.

'Dok situ-situ dan situ. Satu lagi kat belakang. Takpe ya'

oh bisa....tara kesah punya.

Lakonan mantap dan menghiburkan. Itu kata ibu. Kata orang lain, tak tahu dan tak nak ambik tahu. Kalau orang yang tak minat teater, walaupun angelina jolie berlakon, dia akan tak minat. Tapi ibu ada sikit darah yang memang sukakan seni, maybe terpalit dari Uncle Jie kot sebab I loves lakonan dan teater. I loves tarian2 kebudayaan seperti tarian zapin, fast moved tarian. Vice versa bapa muhsinas, dia leh berdengkur masa kami menonton teater 'Rubiah' pada tahun 1998. First time terima undangan Uncle Jie. dapat dok sebaris dengan artis-artis terkenal sebab masa tu Permaisuri Agong Aishah datang menonton. TAPI cik abang saya tak minat, dia tidur dan berdengkur di dalam dewan...hahahahaha

So ibu tau dia tak minat, so ibu tak ajak pun dia unless masa pergi tengok 'Siti Di Alam Fantasi' tahun 2000. Itupun sebab mungkin muzikal dan Uncle Jie insisted cik abang datang jugak tengok....hahahahaha.

Erra fazira berjaya membawa watak mazni dengan berkesan. Sangat berkesan sehingga ibu nyaris menitiskan ayo mata semasa mak mazni meninggal dunia. Nasib baik macho dan taknak makeup cair. So control kan lah diri dari membuat aksi-aksi hindustan.

Aaron? Aaron who? hahahahaha....he's the main reason ibu terconggok di situ. So handsome dan aura Nora Elena memang berjaya membuat ramai cair dan ramai beli tiket mahal-mahal, boleh dok depan pentas semata-mata nak tengok dekat-dekat Si Aaron.

Fizz Fairuz, Umie Aida, Ziela Jalil, Emelda and the seductive Jasmine Hamid really hidupkan jalan cerita. Memang superb dan best la...

Cumanya....the props...well...what can i say, props tak lawa, tak kemas dan macam tak proper...

Tapi kata Uncle Jie, props tu memang baru buat sehari sebelum, pelakon pun baru praktis guna Panggung Sari sehari sebelum. Since 11.11.11 was the first day, jadi logik la kan. Kelam kabut sampai ada props terlanggar dinding. Nasib baik rumah Puan Rohana dan En Harris tak roboh...

After the show, as usual, we were ushered to VVIP room for some snack tapi Uncle Jie kata 'nak ambik gambo dgn Aaron kan? Tunggu sini'

So dup dap dup dap....heheheheh mak over la katakan....

'Aaron...meh anak sodara ai nak ambik gambar ngan u'

Aaron yang muka macho sweet giler pun datang tersengih2 kerang busuk dengan kami berempat....

Eh! TAK HENSEM PUN!....biasa je...idak le to my expectation. Hahahahahahah! Marah peminat2 hardcore hero Nora Elena.

Before that, all actors and actresess parade infront of us pergi ke depan dewan tu untuk jumpa peminat2 dan kami ni terconggok kat tepi dewan tu sambil ternganga...there was when ibu saw sweet tampan Fizz Fairuz...oh yes people, he's the man looking handsome type. Dengan senyum, lesung pipit, memang manis muka dia...

After the click-click dengan boyish looking Aaron, kami pun ke bilik makan2 VVIP, terjumpa dengan Kak Erra...alahai! sungguh drop gorjes look. Muka macam muka barbie doll kak ngah.

Then kami makan2 tak hengat....then actor and actresses datang makan...ambik gambo lagi....dan lagi dan lagi sampai rasa pening sebab dah pukul 11.30 malam....dah nak pukul 12. So sebelum Mr Abah Muhsina tepon, better angkat kaki dan balik...

Thank you Uncle Jie! We loves u....errrr Sumpah Semerah Padi ada kosong tak? Hahahaha

Enjoy the pictures people! And sila la jeles...hahahaha

Datin dan anaknya...kah kah kah kah

Barisan pelakon-pelakon

Gambar tak hengat dunia dah!

Oh! Makcik ni lupa dunia terus....oit! makcik ingat anak ngan laki makcik!




Kita kena buat sesuatu sebab makcik ni memang lupa dunia....Please help this makcik!

Handsome ke?

Salam
Ibu Muhsina

Wednesday, November 16

Pening Keputusan Akhir Along dan Pening Cuti Sekolah

"Okla kan ibu, dari nombor 30 dapat nombor 20"...tak tak tak...seminggu sebelum keputusan akhir, ini ayat dia menyedapkan hati ibu dan bapanya...

"Ibu, chegu kata kalau dapat nombor 1-30, dapat kelas dedikasi jugak" (nota : Kelas Dedikasi kelas nombor satu dalam sesuatu darjah/tahun)...

dan ini ayat ibu..."ewah! ewah!...ibu taknak tengok nombor, ibu nak tengok keputusan markah awak"

dan apabila nombor '20' ditangan...dengan senang hati dan rela dia kata "okla kan ibu...." bla-bla-bla..

seriously...i have no words coming from my mouth...blank gitu...

Susah bila anak pandai bercakap tapi tak pandai bila bab periksa. Atau mungkin ibu gagal dalam memantau anak ini sebenarnya. Ibu MC dua hari...bukan pasal anak dapat nombor 20 laaa...pasal ibu batuk dan demam jumpa Aaron Aziz masa tengok Badai Semalam di IB....tak tak tak...tak hensem pun. Hensem AA di rumah lagi. :P

Ibu demam terkena jangkitan virus Bronchitis(radang paru-paru). This is the 2nd time though, tapi gitu la, makan ubat ok la dia cuma bila 2nd time it's getting worse, and ubat ni dah nak abes, kata doktor after a month macam ni jugak, kena refer hospital which ibu nak cuba elakkan sebab sape pulak nak jaga the muhsinas kan?

Masa ibu mc...ibu geledah la beg-beg along(ya, banyak beg sebab ada untuk KAFA dan sekolah pagi)...beg2 ini asal sempat mana satu dia nak bawak sebenarnya sebab dia tak pernah ready pun setiap kali ke sekolah. Dan dari situ ibu perasan ada chegunya menulis 'never pass up'. Chegu tak tanda buku-buku tulis. Hmmm alongggggggggg!!!!!!!!....'errrr chegu tak mintak pun?'...eh! takkan ibu nak call chegu tanya kenapa tak tanda buku anak saya. Or kenapa chegu tak minta pun nak tanda...haiyah!!! along along...ibu memang hilang semangat dan buntu dengan along.

Semalam ibu was directed to go to one Taklimat in KL. After that  ibu balik, because i'm still not 100% well. Balik-balik tengok si Along tengah golek depan tb dengan buku latihan jawi yang dia kena habiskan by this friday...haiyoh!! bila ibu tanya 'eh makcik, u tak ke Kafa ke?'....'Pergila...mana leh tak pergi'...'then tahun bila u nak siap?'....eh! eh! eh!...damn! it's almost 2.30pm dan dia masih golek2 dugung depan tb....#%$&^%^%%!!

Jadi, untuk musim cuti sekolah ini, cik along dan cik angah akan mengikuti beberapa kelas intensif :

Along :

1. enroll ke Ampac Kem Cuti Sekolah selama 5 hari. Check this website : www.cutisekolah.wordpress.com
2. enroll swimming kelas di swimsharks Shah Alam for one course selama 10 hari
3. practices her maths and science wpun buku praktis tahun 4

Angah :

1. Enroll swimming kelas di swimsharks Shah Alam for one course
2. continue with her Kumon class
3. attend intensive reading class di USJ

AND NO TV ALLOWED WPUN CUTI SEKOLAH...

hmmmm...yang pasti rabaklah poket ibu...bantuan dapat RM100, program cuti sekolah RM1000....hampeh!


Salam
Ibu Muhsina


Thursday, November 10

Perjalanan : Catatan Mina


Mina

Pukul 7.00 pagi barulah kami dapat menaiki bas. Perjalanan ke Mina tidaklah jauh tapi sesakan jalan menuju ke Mina membuatkan perjalanan yang mengambil masa hanya 1/2 jam menjadi sejam. Tambahan pula, bas kami tersesat dan pemandu bas tidak mahu menghantar kami betul-betul di depan khemah.

Kulihat suami sudah tersenguk-senguk. Keletihan yang teramat sangat agaknya. Sebenarnya tempat duduk disebelahku adalah untuk suami tetapi seorang jemaah yang seakan-akan kurang sabar terus 'merampas' ruang tersebut. Suami memberi isyarat mata…biarkan sahaja. Jadi aku diamkan sahaja. Sedih aku melihat jemaah-jemaah yang seolah-olah lupa yang kami ini belum lagi selesai Hajinya. Dan kami ini masih berada di Tanah Haram. Adab dan sifat tawadhak perlu sentiasa ada supaya perjalanan Haji itu dipermudahkan Allah.

Ada juga setengah-setengah jemaah yang meletak beg mereka diatas tempat duduk tanpa menghiraukan ada jemaah yang terpaksa berdiri. Tapi mungkin itu adalah sebahagian dari dugaan dan cabaran yang perlu kami semua tempuhi. Mungkin Allah Taala ingin menduga tahap kesabaran kami.

Sampai di Mina, sekali kami dihantui suasana kelam kabut mencari khemah. Masing-masing ingin cepat sehingga ada yang tolak menolak. Aku ditempatkan khemah 'J' bersebelahan dengan suami (kurang ingat pula huruf apa).  No tilam telahpun diberi sebelum kami berangkat. Aku lihat kakak-kakak sebilik belum ada lagi jadi aku bercadang untuk melihat-lihat sekeliling.

Di sebelah khemah kami, ada tempat buffet untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Terdapat peti sejuk yang mempunyai pelbagai air kotak berjus mangga dan oren. Selain itu, para jemaah juga dihidangkan dengan air panas, Nescafe dan teh.

Sepanjang berada di bumi Mina, hanya ada satu perkara yang membuatkan ramai jemaah haji wanita mengambil keputusan membuat Nafar Awal. TANDAS. (Nafar Awal bererti beredar meninggalkan Mina lebih awal iaitu bermalam hanya dua malam dan melontar hanya dua hari iaitu 11 dan 12 Zulhijjah)

Nisbah tandas yang disediakan adalah 1 : 98. Sebelum ke Mina kami telah diingatkan berkali-kali oleh Umi berkenaan tandas di Mina. Memang agak mencabar dan penuh dengan dugaan. Malah kadang-kadang jemaah wanita lupa dengan diri mereka sebagai seorang wanita sehingga boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sehingga didengari oleh jemaah lelaki.

Kami perlu beratur agak panjang untuk ke tandas, kadang-kadang ada jemaah haji wanita yang sudah berumur tidak sanggup lagi menahan diri dan melepaskan hajat di luar. Kesian aku tengok. Padaku kalau yang beratur itu berumur, berikan sahajalah dia melepaskan hajatnya. Malah aku pernah melihat sendiri, seorang jemaah yang agak muda memarahi seorang jemaah wanita tua tanpa belas kasihan hanya semata-mata jemaah wanita tua itu memotong gilirannya di paip air mengambil wudhuk.

"Kalau tak kerana akak ni dah tua, mau saya hempuk akak…"

Aku cukup ingat lagi kata-kata itu, SubhanaAllah, kenapa macam tu sekali. Apa salahnya…kadang-kadang kita kena faham, khemah pakej berkongsi dengan jemaah Muasasah yang rata-ratanya terdiri dari jemaah yang telah berumur dan uzur. Difahamkan keadaan khemah mereka dan tandas 2x ganda lebih teruk, jadi apa salahnya mereka berkongsi nikmat sikit dari kami yang berpakej. Sedih aku lihat jemaah tua itu, terkulat-kulat dia dimarahi. Kesemua jemaah di situ hanya mendiamkan diri, tidak berani berkata apa-apa. Yalah kami kena ingat kami berdiri di mana, masih di Tanah Haram. Ada seorang jemaah bercerita denganku yang ada seorang jemaah berumur sakit di khemahnya, bila ditanya kenapa, dia tidak makan dan minum, sebabnya dia tidak mahu ke tandas. Jadinya beliau jatuh sakit, dehydrated.

Lain pula ceritanya bila waktu makan, beratur tetap beratur tapi jemaah-jemaah yang terdahulu lupa agaknya yang ramai rakan-rakan yang tidak jamah makanan lagi di belakang, jadinya jika jemaah lambat, jangan mimpilah ayam seketul atau ikan seekor, hanya tinggal kuah sahaja. Kami berenam sepakat hanya seorang dua yang beratur mengambil lauk, yang lain, siap-siapkan tempat tidur atau mengambil air minum. Kemudian kami makan bersama-sama, malah kadang-kadang kami mengajak jiran-jiran sekhemah kami jamah bersama-sama.

Makanan di Mina dimasak oleh pihak Muasasah Arab, faham-faham sahajalah menunya dan cara masak yang agak berlainan. 3 hari di Mina aku tidak boleh makan makanan rempah mereka, mesti aku mengalami masalah sakit perut dan cirit birit. Jadi aku mengambil keputusan untuk makan roti sahaja bagi mengalas perut. Ada seorang kakak di depan tilamku, langsung tidak boleh menjamah apa-apa pun, hanya sekeping dua roti sebabnya beliau terlepas cakap 'Tak lalu nak makan'…kesian. Di Tanah Haram, perlu kita sentiasa berhati-hati dengan tutur kata dan perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita cakap, itulah yang kita dapat.

Salah seorang ustaz pakej kami, Ustaz Razak menguar-uarkan cadangan beliau untuk berjalan kaki pulang ke Mekkah. (Mina ke Mekkah dalam 10 km). Ramai jemaah yang ingin mengikuti beliau termasuk aku dan suami. Jadinya apabila rombongan melontar Jamrah Aqabah pergi melontar selepas maghrib, kami suami isteri tunggu di khemah sehinggalah rombongan berjalan kaki ke Mekkah dipanggil selepas isyak.

Khemah kami di tempatkan di Muassin, 3.5km dari kawasan Jamrah. Di kawasan jamrah terdapat teksi dan bas untuk ke Mekkah dengan bayaran yang agak tinggi. Dan sepanjang perjalanan ke Mekkah, jika berjalan kaki, terdapat terowong yang panjang.

Selepas isyak kami berkumpul di depan Maktab 81, kemudian bertalbiah ramai-ramai untuk melontar di Jamrah Aqabah untuk melepaskan ihram. Dikalangan jemaah yang pergi ada yang agak berumur, walaupun dinasihatkan oleh ustaz razak supaya jangan membawa jemaah yang uzur dan kurang upaya tapi ada jemaah yang degil membawa bersama ibu bapa mereka. Sesampai di jamrah, suasana agak kelam kabut dengan jemaah-jemaah dari negara lain. Ada yang memekik, ada yang menjerit dan paling kesian ada jemaah yang tersalah melontar batu di jamrah. Sepatutnya jamrah yang pertama dilontar adalah Jamrah Aqabah, jamrah yang paling besar, selepas itu, masuk hari kedua baru ketiga-tiga jamrah Ula, Wusta dan Aqabah.

Keadaan di Jamrah Aqabah agak bersesak dengan jemaah yang kadang-kadang melontar selipar bukannya batu-batu yang kecil. Mungkin pada hari pertama, aku teragak-agak untuk melontar sambil membaca doa. Jadi kami sama-sama bersesak-sesak sehingga satu ketul batu singgah mengenai kepalaku. Sakit juga. Selesai melontar aku cepat-cepat keluar dari himpunan manusia yang seolah-solah sudah kena rasuk. Selesai melontar semasa berjalan menuju ke jalan keluar aku terperasan yang Jamrah disebelah hujung kosong, tiada jemaah yang bersesak. Barulah aku teringat dengan teknik-teknik melontar yang pernah aku baca di dalam Buku Travelog yang di tulis oleh Prof Kamil.

Oleh itu, semenjak dari hari itu, bila melontar kami akan pergi ke hujung Jamrah Memang selesa. Tanpa bersesak-sesak. Tiada batu yang singgah di kepalaku dan tiada selipar yang melayang. Cukup selesa sambil membaca doa, aku lupa bunyi doanya tapi yang aku ingat pesanan ustaz dan ustazah, setiap kali melontar niatlah perbuatan dan perangai kita yang buruk itu terlontar sama ke dalam jamrah….


p/s: Ada satu lagi catatan...lepas tu abes. Lepas abes tu, tak ingat dah kalau nak dicatat balik....

Salam
Ibu Muhsina

Tuesday, November 8

Perjalanan : Catatan Mabit di Muzdalifah

Mabit di Muzdalifah

Malam itu, selesai solat jamak tamam maghrib isyak, kami menunggu giliran untuk mabit di Muzdalifah. Giliran mengikut aras tempat bilik kami di Mekkah. Malangnya ramai jemaah yang seolah-olah kurang sabar terus berebut-rebut untuk menaiki bas. Agak mencabar juga keadaan dan suasana semasa itu. Lupa agaknya jemaah-jemaah yang urusan haji masih belum selesai, jemaah masih dalam berihram.

Aku berpesan pada suami, memandangkan kami muda, biarlah yang berumur pergi dahulu, biarlah kami kemudian. Tiba giliran aras tingkat kami, kami berdua menaiki bas menuju ke Muzdalifah. Baru aku perasan, keadaan di Arafah sudah menjadi padang jarak padang terkukur, Semua jemaah-jemaah dari Negara lain juga jemaah Muassassah Malaysia telahpun meninggalkan bumi Arafah.

Perjalanan ke Muzdalifah tidaklah jauh, dalam 10-15 minit sahaja. Alhamdulilah perjalanan kami berjalan lancar, sepanjang perjalanan kami bertalbiah, mengagung-agungkan kebesaran Allah. Peristiwa di Arafah sebentar tadi amat menusuk jiwaku tambahan pula bila suami memberitahu jemaah lelaki tidak nampak pun apa yang kami jemaah wanita nampak. SubhanaAllah, padahal kedudukan khemah jemaah lelaki hanya sejengkal sahaja dari kami, betul-betul di hadapan tempat kami makan tengahari.

Sesampai di Muzdalifah, jemaah sudahpun memenuhi tempat-tempat yang disediakan. Memang agak sukar untuk mencari tempat di Maktab 81 memandangkan tempat adalah terhad tambahan pula terdapat juga jemaah-jemaah dari Maktab 80 dan maktab 82 yang menumpang sama di sekitar Maktab kami. Tetapi kesian juga pada jemaah Maktab 80 sebab tempat mereka berbukit mungkin sebab itulah mereka terpaksa 'melepak' di tempat kami.

Pada mulanya kami mendapat tempat dicelah-celah jemaah yang lain, kemudian kedengaran rayuan dari Tabung Haji merayu para jemaah supaya ke dalam sedikit supaya rakan-rakan yang belum sampai boleh masuk ke dalam kawasan mabit. Kawasan mabit di Mudzalidah adalah seolah-seolah padang yang besar, bukan padang rumput tapi padang berbatu, berpasir. Cuma Muassassah Mekkah membentangkan tikar plastik yang besar untuk keselesaan para jemaah memandangkan mabit di Muzdalifah hanyalah sementara sebelum ke Mina. Untuk pengetahuan semua, mabit di Muzdalifah pada masa aku disana adalah bermula dari pukul 11.33 tengahmalam, jadinya selepas pukul 11.33 pm bolehlah para jemaah berangkat ke Mina. Waktu mabit akan berubah-berubah mengikut keadaan musim haji, aku kurang pengetahuan atas pengiraan apa. Tapi kata Umi kami perlu mabit di Muzdalifah pukul 11.33pm, selepas itu kami akan berangkat ke Mina.

Atas rayuan Tabung Haji supaya para jemaah tidak duduk berkumpul di tepi jalan masuk kawasan mabit Maktab 81, aku memujuk suami supaya kami masuk ke dalam sedikit. Mungkin rezeki kami, kami dapat tempat yang agak lapang. Amat selesa cumanya kami duduk betul-betul di puncak kawasan bukit jadi bila kami baring berehat, kaki kami akan berjuntai ke bawah. Tak kisahlah, yang penting kami dapat tempat yang selesa. Sedang kami duduk membaca doa dan berzikir, Angah dan ahli keluarganya datang berkumpul sama, mungkin mereka lihat tempat kami agak selesa dan tidak berhimpi-himpit.

Kemudian kami pergi mengutip batu ramai-ramai di lereng bukit di bawah tempat kami me'lepak'. Seperti kanak-kanak kami duduk mengutil-kutil batu yang berkenan di hati. Ada tiga jamrah yang perlu dilontar di Mina, Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah. Setiap jamrah 7 biji batu, manakala untuk melepaskan ihram, kami perlu melontar di Aqabah pada malam hari pertama Tasyrik, sebelum melontar ketiga-tiga jamrah pada hari seterusnya. Jadinya semua sekali 7 X 3 = 21 x 3 = 63 + 7 biji = 70 biji batu yang harus dikutip. Untuk lebih afdal, lebih elok mengutip sekurang-kurangnya 80 - 90 biji batu. Batu yang dipilih kena betul-betul batu, bukan batu simen, bukan tahi kambing, bukan besar dan bukan terlalu kecil, batu yang dipilih kena betul-betul batu, agak payah nak menerangkan di sini rupa bentuk batu berkenaan.

 Hamparan manusia yang mengutip batu


Seronok juga dengan aktiviti mengutip batu, aku lihat terbongkok-bongkok manusia dari segenap lapisan mengutip batu, riuh. Dengan torchlight ditangan dan uncang kecil aku duduk terbongkok-bongkok mengutip batu. Di Muzdalifah, terdapat juga lampu besar seperti di padang bola tapinya kalau dengan torchlight lagi mudah untuk mengenaplasti jenis-jenis batu yang dikutip. Suasana pada masa itu amat jarang dilihat. Semuanya berwarna putih, semuanya patuh dengan syarat dan kehendak Allah Taala. Itulah yang mengagumkan.





Mengutip batu di sana walaupun badan letih

Setelah mengutip batu, badan yang sememangnya agak kurang tidur dan rehat terasa sakit-sakit. Aku lihat ramai jemaah perempuan yang hanya duduk berehat disekelilingku. Manakala aku mengambil kesempatan untuk berbaring.

Jam ditangan sudahpun pukul 11.33pm, Ustazah Umi bermundar-mandir mengingatkan jemaah yang waktu mabit sudah ada, jadi bersiap-siaplah untuk ke Mina. Tetapi malangnya sehingga pukul 12.00 tengahmalam tidak ada sebuah bas pun yang datang mengambil kami di Maktab 81. Kebanyakan bas hanya pergi ke maktab-maktab yang lain. Memandangkan aku malas nak berhimpit-himpit dan bersesak-sesak menaiki bas ke Mina, jadi kami suami isteri mengambil kesempatan itu untuk sambung tidur lagi. Tidur yang sangat lena bagiku. Aku rasa amat tenang dan damai tidur di Muzdalifah walaupun hanya beralaskan tikat mengkuang TM berwarna biru (terima kasih TM) dan beratapkan langit. Tapi amat seronok, lena selena-lenanya. Tidak terlintas pun pada masa itu teringatkan katil di Mekkah atau tilam empuk di KL. Bagiku tidur di Muzdalifah beratapkan langit adalah yang paling seronok. Tidur tanpa gangguan walaupun kurang selesa, walaupun kaki orang sebelah betul-betul di depan muka.

Jam sudahpun pukul 1.00 pagi tapi jemaah-jemaah masih ramai bersesak seperti tadi, kedengaran suara-suara rungutan tidak puashati para jemaah. Aku lihat suami sudah bangun dan berjalan-jalan, bila aku tanya kenapa, katanya sejuk, kakinya sudah kebas. Ya, memang sejuk, sejuk hingga ke tulang, bayangkan aku yang memakai baju 2 lapis, memakai telekung, berstokin, bersarung tangan kemudian memakai pula baju sejuk, masih terasa sejuknya, inikan pula jemaah lelaki yang hanya berkain ihram. Kesian. Tapi apakan daya, aku hanya boleh melihat sahaja suamiku mengigil-gigil kesejukan.

Pukul 3.00 pagi, ramai para jemaah yang sudah resah gelisah. Tetapi bas masih tidak nampak bayang lagi di Maktab kami. Aku bangun untuk membersihkan diri memandangkan solat subuh tinggal sejam setengah lagi. Keadaan tandas tidaklah seteruk yang pernah diceritakan. Biasalah bila dah ramai, tapi boleh lah digunakan. Tidaklah pula beratur panjang. Selesai berhajat dan mengambil wudhuk, aku duduk menunggu solat subuh. Bukannya apa, dengan keadaan jemaah yang masih bersesak agak mustahil untuk ke Mina sebelum subuh. Jadi baik aku siap-siap untuk solat subuh di Muzdalifah. Tambahan pula, banyak fadhilatnya kalau dapat bersolat subuh di Muzdalifah. Ikut sunnah Nabi Muhammad saw.

Pukul 4.30 pagi, para jemaah sudahpun mula meninggalkan Muzdalifah. Tetapi ada juga para jemaah yang solat subuh berjemaah di Muzdalifah termasuk aku dan suami. Walaupun antara dengar tak dengar suara imam, cuma mengharapkan orang sekeliling sahaja tapi alhamdulilah hajat bersolat subuh mengikut sunnah tercapai juga. Malah semasa bersalam-salam dengan Ustazah Azuhra, beliau berkata sepanjang berkhidmat menguruskan jemaah Haji selama 25 tahun, inilah pertama kali beliau dapat bersolat subuh di Muzdalifah. SubhanaAllah….

Sambungan : Catatan Mina


Salam
Ibu Muhsina


Monday, November 7

Catatan 'Perjalanan Haji 2008'

Semasa menunaikan Haji tahun 2008, ibu memang ada buku catatan setiap hari selama 46 hari ibu di Madinah dan Mekkah. Setiap hari ibu catat, tiada yang tinggal, bergaduh light-light dengan abah muhsina pun ada tercatat.

Sepulang ibu dari menunaikan haji, ibu ada menulis di laman forum Universiti ibu. Dan semalam semasa membelek-belek pisi, ibu jumpa catatan tersebut. Lebih detail dari catatan yang mula-mula, sebab dah lupa. Jadinya untuk kenangan dan pengajaran kita semua(ibu tahu kawan-kawan ibu ada yang baca belog ni), ibu titipkan di sini....semoga apabila kalian menjadi Tetamu Allah kalian bersedia dari segi mental dan fizikal...

Cumanya kalau dimasukkan catatan setiap hari ke dalam belog ni macam boring la pulak kan? Jadi ibu summarize kan aje...semoga sesiapa yang membaca mendapat manfaat dan syafaat. Jika ada yang terkurang atau ter'aib, ampunkan ibu, ibu hanya manusia biasa yang sentiasa membuat silap dan salah...


__________________________________________________________

Perjalanan : Catatan Wukuf di Arafah

"Haji itu adalah Wukuf di Arafah"
(Sabda Rasullah saw dari riwayat Termizi & Abu Dawud)

Lagi 3 hari sebelum keberangkatan ke Arafah, kami di beri taklimat tentang do's and don'ts di padang Arafah. Berkali-kali juga Umi(ustazah masa pakej) mengingatkan waktu wukuf, jangan tidur, jangan bersembang, dan banyak lagi 'jangan'nya….

Berkali-kali juga Umi pesan sebelum berangkat ke Arafah, bermaaf-maafan dengan rakan sebilik, dengan ibu bapa dan utamanya dengan suami. Jangan terkejut jika di sana macam-macam kejadian di luar jangkaan dan jangkaun kita berlaku. Di Malaysia, pantang berpisah tetapi di sana ujian Allah Taala ada yang hampir berpisah. Dengan rakan sebilik tidak bertegur sapa sebabkan bilik air sahaja. Takpun sebab aircond, ada yang nak, ada yang tak nak, takpun sebabkan lampu, tv dan macam-macam lagi. Kalau ikutkan logic, takkan sampai macam tu sekali.

Alhamdulilah, kami sebilik seramai 6 orang seperti adik beradik, itulah doaku semasa sebelum berangkat menunaikan haji. Seorang demam yang lain akan terasa dan sentiasa mengambil berat. Bilik air yang satu pandai-pandailah kami membahagikan siapa dulu dan siapa kemudian. Dan sehingga sekarang kami berenam sentiasa bertanya khabar.

Lagi 3 hari kami akan diperhitungkan, kata Umi. Di Arafah seolah-olah seperti di Padang Masyrah. Semuanya berkumpul berkain ihram, putih seperti di kapan. Kecut perut mendengarnya. Apakah balasan dan dugaan yang Allah Taala turunkan padaku di sana nanti? Sempatkah aku? Dapatkah aku? Macam-macam cerita yang singgah di telinga, ada bas yang rosak jadi tak dapat nak wukuf. Jika tak dapat wukuf, bermakna tidak dapat hajinya. Ada yang kata tiba-tiba sakit tanpa sebab, ada yang kata setengah-setengah jemaah yang jadi gila. Ada yang tidak mendapat menfaat semasa wukuf, tetiba mengantuk, tidur dan sebagainya.

"Ya Allah janganlah kau mempersia-siakan perjalanan kami, ya Allah. Jangan masukkan kami ke dalam orang-orang yang rugi"

"Permudahkan urusan haji kami, permudahkan perjalanan kami Ya Allah"

Pagi tanggal 6hb Disember 2008, kami bersiap-siap untuk ke Arafah. Seminggu sebelum ke Arafah, aktiviti ibadah dikurangkan bagi menjaga kesihatan memandangkan jemaah semakin ramai. Solat subuh dilakukan di dalam bilik. Tetapi pagi itu sebelum berangkat, aku mengajak suami ke Masjidilharam, kelihatan ramai jemaah Negara lain sedang bersiap menaiki bas masing-masing. Semuanya berihram berkain putih, itulah satu pandangan yang cukup menusuk hati bila melihat semua jemaah putih bersih. Mungkin inilah pandangan di Padang Mahsyar nanti. Aku bersolat taubat dan hajat di sana, meminta ampun atas segala dosa-dosa yang telah lalu. Aku meminta supaya perjalanan haji kami dipermudahkan Allah Taala dan yang paling utama supaya ibadah haji kami diterima oleh Allah Taala. Aku melihat Kaabah seolah-olah itulah yang terakhir aku dapat melihat Kaabah. Ya mana tahu…mungkin itu yang terakhir.

Umi mengingatkan sebelum berniat ihram Haji, perlu mengucap 2 kalimah syahadah seolah-olah kita akan mati pada waktu itu. Selesai solat ihram di dalam bilik, memandangkan selepas dzohor kami perlu berangkat, aku menadah tangan sambil mengucap 2 kalimah syahadah dengan perlahan. Tak dapat di tahan hati dan air mata ini. Jatuh berderai-derai airmataku bila kusebut nama Allah dan kekasih Allah. Tak dapat digambarkan hati ini, sedih, takut, sayu dan macam-macam lagi. Kesemua kami berenam menanggis meminta maaf dan berpelukan…Angah, Atam, Kak Nor, Kak Julie dan Kak Ain, kalian memang yang terbaik.

Alhamdulilah perjalanan aku dan suami (kami berpisah dengan rakan sebilik) berjalan lancar. Kami bertalbiah sepanjang 45 minit perjalanan. Walaupun terdapat sedikit dugaan semasa menaiki bas, tapi kupendam sahaja perasaan itu. Biarlah orang buat kita jangan kita buat orang, itulah peganganku di sana. 
Di Arafah, kami di tempatkan seramai 200 orang satu khemah yang besar. Kami disediakan tilam, bantal dan selimut. Setiap jemaah telah diberi nombor tilam di Arafah dan Mina sebelum ini. Di dalam khemah kami, terdapat batang pokok di mana kami boleh nampak langit.


Tempatku agak ke dalam sikit, jadi agak sukar untuk masuk ke dalam, jadi kami sepakat membuka laluan di tepiku supaya senang kami nak keluar tanpa menganggu jemaah lain. Subuh 7hb Disember, 2008 satu kejadian yang tidak diduga berlaku, khemah kami nyaris terbakar. Yang peliknya ada jemaah-jemaah lain di dalam khemah acuh tak acuh apabila kami menjerit-jerit 'api-api' 'keluar-keluar' waktu itu. Rupa-rupanya mereka ingatkan khemah kali api, setelah aku beritahu khemah di Arafah bukannya kalis api barulah mereka beristifar panjang. Hmmm nasib baik tak arwah di Arafah…


Kejadian nyaris terbakar menjadi topic hangat masa tu, tapi alhamdulilah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Malah ia menjadi bahan lawak kami pula bila mengenangkan kakakku seorang ini sempat menyelamatkan kain baju yang bergantung dan ada pula kakak seorang lagi bersiap-siap pakai baju masa jemaah sibuk menyelamatkan diri, api dah padam baru dia keluar khemah sambil bawak begnya…


Selesai sarapan, aku mengambil peluang untuk tidur sebentar sebelum masuk wukuf (waktu wukuf adalah masuk dzohor sehinggalah waktu maghrib ). Dalam keadaan yang panas dan bising aku dapat tidur selama 2 jam, nyenyak dan lena tanpa gangguan. Aku mengambil keputusan untuk solat dzohor di luar khemah walaupun ramai yang kata jemaah perempuan afdal solat dalam khemah. Tapi aku tak sedap hati, aku bertekad nak solat di luar, nak duduk di luar. Keputusanku diikuti oleh Kak Nor, Kak Julie dan Angah.


Masuk dzohor, ustaz Zaine membaca khutbah Arafah. Sayu dan sebak semasa mengaminkan doa wukuf di Arafah. Air mata memang turun tanpa henti. Apatah lagi mendengar tangisan ustaz Zaine sendiri meminta keampunan dari Allah Taala.


"Ya Allah, ampunkan dosa kami, kami datang Ya Allah, kami datang dari jauh menyahut seruanMU Ya Allah. Terimalah haji kami, terimalah haji kami terimalah haji kami, dapatkanlah kami haji yang mabrur Ya Allah, haji yang menjanjikan syurga, haji yang diterima olehMU Ya Allah."


Catatan seterusnya agak teragak-agak untuk kutulis di sini, tetapi aku berhajat untuk memberitahu kalian semoga kalian dapat merasai kehebatan dan kekuasaan Allah Taala yang tiada tandingannya. Maafkan diriku jika tulisan ini akan membangkitkan rasa kurang senang di hati rakan-rakan. Dan aku memang tiada niat untuk merasa riak dan bongkak.


Semasa kami makan tengahari, tiba-tiba Ustazah Azuhra di depanku mendongak melihat ke langit. Dan terus bangun, angah disebelahku berpaling untuk melihat apa yang ustazah lihat. Senyap sunyi ketika itu, ramai jemaah yang mendongak ke langit. Ada apa ya? Tetiba-tiba Angah menjerit "Ya Allah, Angah nampak Intan, angah nampak"


Cepat-cepat aku bangun….


MasyaAllah…SubhanAllah…Allah…Allah…Allah…


Bederai lagi airmataku, sungguh. Ya Allah, Kau tunjuk kekusaanMU padaku hamba yang hina ini, Ya Allah. Siapalah diriku ini berbanding dengan yang lain. Ya Allah ……Aku manusia hina, aku penuh dengan dosa…aku tidak layak sebenarnya melihat kebesaranMU…tetapi Ya Allah Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani….Kau pilih diriku untuk melihat kebesaranMU itu Ya Allah…


Di langit, dengan terang dan jelas terbentuk kalimah Allah 'Lailahaillah' dengan gumpalan awan.

Sambungan......Perjalanan : Catatan Mabit di Muzdalifah

Salam
Ibu Muhsina

HFMD

Apa itu HFMD? Apa yang ibu dok heboh-heboh dalam muka buku pasal HFMD ni?

Cuti ibu tinggal ciconet disebabkan ketiadaan maid tempohari, tiba-tiba Allah duga ibu dengan berita yang amat merunsingkan hati seorang ibu, berita bila diberitahu anaknya yang kecil bongsu bercakap pun tak reti dijangkiti virus HFMD. how serious it is? entah la ibu pun tak tahu...

Silap ibu bila tidak prihatin apabila anak mula mengadu sakit mulut, demamnya tak kuat, jadi memang tak perasan. Rupa-rupanya adik dah lama kena. No wonder dia selalu muntah, refuse to eat tapi dia lapar, meragam dan selalu tunjuk-tunjuk mulutnya yang penuh ulcer. And yang paling teruk, bontotnya penuh dengan look-like-ruam but it's actually not ruam..

This is what ibu dapat from the web about HFMD, nak tulis dengan ayat sendiri takut tersalah..

HFMD (Hand Foot Mouth Disease)

  • Usually affects children below 10 years. (Can also affect older children and adults).
  • Symptoms appear 3 to 7 days after virus infection.
  • Patient may first feel unwell for a day.
  • Then rashes, blisters may appear at the hands, feet and buttocks. Ulcers may appear in the mouth.
  • Some patients may show neurological symptoms e.g. headache, stiff neck, weakness of limbs, loss of consciousness, coma.
How does HFMD spread?
By direct contact with infected people or direct contact with saliva, nasal secretions, throat discharge, stools or blister secretions of infected persons.

Is HFMD serious?
Usually HFMD is a mild disease
Complications are uncommon.
HFMD caused by EV71 may be associated with neurological complications  such as aseptic meningitis and encephalitis.

What if your child shows sign of HFMD?
Take your child to see a doctor immediately and follow the instructions given.
If your child is not admitted to hospital;
Do not send your child to the nursery / kindergarten or babysitter.
Isolate your child and personal items from the other children.
Clean thoroughly all the child’s items with soap and water.
Wash hands with soap and water thoroughly before and after contact with the child.
Bring your child to see a doctor immediately if your child’s condition appears to become worse.


Ok...this is when ibu became a bit over acting

After adik confirmed with HFMD, the two sisters pun ada symptoms. And as a mother, i brought this 3 to see the govt doctor. Bukannya apa, untuk dapatkan kes. Ini dah kira kes la kan, you have 3 children staying in the same roof kena HFMD. Angah had ulcer and Acik had demam yang tak kebah-kebah after makan ubat demam. Of course you'll be freak out right?

Tapi ini doktor KK di satu kawasan terkemuka termaju dan terelit ada cakap 'Tak serius!'

Owh! Macam mana kita nak tahu serius ke tak?

Bila satu mulut penuh dengan bintik2, tangan bintik2, kaki bintik2....

Itu bukan serius doktor itu KRITIKAL!!

Ibu was annoyed with this young lady doctor, come on la, ibu datang ke klinik untuk dia take precautions that this HFMD has already spread out, almost outbreak sebab dah ramai yang kena tapi doctors ni lebih kepada aku malas nak buat paper, takyah declare la...kenapa ibu cakap macam tu sebab itulah yang doktor tu cakap

'saya taknak declare, nanti susah'

Apa yang susah. Buat je la report. Suruh je la Jabatan Kesihatan datang check rumah ibu. What is so susah about that? 

And now, i have to take my own ciput leave untuk nursing this 3. Alhamdulilah, Angah dah ok. She already start school today(lagipun doktor tu kata dia boleh pergi sekolah, tak serius!).

Acik dah kebah demam...only tinggal batuk dan selsema aje

Cuma my lil' adik still not recover 100%...

Owh he's active alrite, it just that, demam pulak hari ni, dah la susah nak makan ubat, macam perang WWII...

Hopefully lil' adik fully recover before we go for holiday end of this month

gambang 018

Haaa!!! Nak pergi holiday?...YUP!!!

Salam
Ibu Muhsina