Sunday, October 23

Tunggu sekejap


Tunggu sekejap wahai kasih,
Kerana hujan masih renyai,
Tunggu sekejap,
Dalam perlukan asmaraku.

Jangan bimbang,
Walaupun siang akan menjelma,
Malam ini,
Belum puas ku bercumbu dengan dinda.

Tunggu sekejap wahai kasih,
Tunggulah sampai hujan teduh,
Mari ku dendang,
Jangan mengenang orang jauh,
Jangan pula,
Jangan tinggalkan daku seorang,
Tunggu sekejap kasih,
Tunggu…

Tak tahu kenapa, this has been fav song ibu dari dulu lagi....it's always ringging on my mind...la la la la la...
kalau ringging zikir2 memujui Allah kan bagus!! Haish!!

Salam
Ibu Muhsina

Wednesday, October 19

Lama tak hapdet

Entry sebelum ni, entri lama sebenarnya
too many things happen...banyak nak citer tapi tak sempat2...

nak singgah tgk blog member pun tak sempat, tapi fbee ibu sempat la hapdet..itu pun tak cam dulu status langsung tak letak. Serabut kepala rasanya...

Kat opis dengan ISO ISMS ntah apa kedeban lagi deme nak buat

Bila dah hujung tahun baru le pengguna-pengguna tegar sistem ibu perasan 'ai tersalah letak' 'kod silap' 'tersalah posting' 'eh terambik bajet oghang lain'...so memandangkan pelanggan adalah benar, layan jelah. Boleh buat ke tak benda alah tu, ibu letak tepi...'customer always right' ye dak

Kat rumah, dengan muhsina-muhsina...along yang tengah exam, memanjang dia lupa dia tengah exam(kes tengok tv ngalah budak-budak' jadi ibu kena jadi kingkong

Angah yg non-stop bercakap...bebel2 je siang malam pagi petang tapi kalau dia takde...rindu la pulak

Acik....cup cup cup isap jari. Tapi sekali dia bercakap, marbeles. Mesti terkena batang hidung sesapa.

And feberet all...adik yg panjat sana sini..

so memang takde masa nak belog. Orang lain memalam bukak laptop, hapdet belog. Ibu memalam, baik ai ngorok...tak kose nak bukak laptop. Dah le kat opis satu hari mengadap Pesi. Balik umah pun ngadap gak...hish! baik ai ngadap abah muhsina...ahaks!

ps: entri merapu malas nak hapdet

Salam
Ibu Muhsina

Aku Si Pembohong....

Kisah Bohong I :

Si Pemanggil : Puan XYZ, saya dari Bank ABC. Saya nak minta......

Aku : Oh wait...im in the meeting. (Di Mines, tengah jilat-jilat makan aiskerim)


Si Pemanggil : Oh sorry puan, I'll call you back ya puan.


Kisah Bohong II :

Si Anak : Mama, nak belon tu, yang kaler pink tu? (Sambil menunjuk-nunjuk belon kaler pink yang kiut miut)

Aku : Eh! Belon tu bukan untuk jual nak, itu untuk perhiasan. Dia tak jual belon tu. (sambil menunjuk-nunjuk kat pakcik jual belon)


Kisah Bohong III :

Si Penjual : Akak, ni kak buku bersiri cerita Si Keldai dan donkey...bagus kak untuk anak akak.

Aku : Laaa...akak dah ada dah ni...dah berlonggok kat rumah dah...sampai ke pintu


Kisah Bohong IV :

SMS bos : 'Puan, sila bagi pencerahan berkenaan...bla bla bla'

Balasan SMS Aku : 'Pemandangan saya gelap dan kelam, tak cerah la tuan'
(Sedang makan kek di Secret Recipe)

Kisah Bohong V :

Bos : 'Awak dah siap dah report yang saya mintak?'

Aku : 'Proposal? Oooo...belum la tuan, si anu b gnu belum bagi saya feedback'
(Sedang mencari no tepon Anu b Gnu)

Kisah baru jap tadi :

Si Pemanggil : 'Assalammualaikum puan, nama saya Anitun. Saya dari aircond service center.'

Aku : (asal lak dengan aircond aku ni)..Ya ya

Si Pemanggil : 'Puan ada aircond di rumah kan?'

Aku : Oooo takde takde. Saya tak pasang aircon tak suka. Tak tahan sejuk. Nanti kaki kebas kejang.

Si Pemanggil : (tup...terus letak)


Salam
Ibu Muhsina