Wednesday, May 25

Apa itu Istidraj?


Something to ponder and to share... (dari email kawan sepejabat)

----------------------------------------------------------------------------------------

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

* Artikel ini saya dapat dari post seorang rakan di Facebook, dan bila di Google saya jumpa banyak blog yg telah berkongsi artikel ini, namun tidak dinyatakan penulis asal artikel ini. Namun saya ada terjumpa beberapa blog yang menyatakan ia ditulis oleh seseorang bernama Abu Hanifah. Kepada beliau, terima kasih kerana telah menulis satu artikel yang amat berguna kepada kita.

Salam
Ibu Muhsina

Tuesday, May 24

Tugas seorang Ibu

Dibawah adalah beberapa tugas penting yang perlu dipikul oleh seorang ibu, dari mula anak itu keluar dari perutnya yang dikandung selama 9 bulan 10 hari...

1. Mandi ~ dari kaki sebesar ibu jari kaki sehinggalah anak itu berlari, bersekolah, ibu akan memastikan anak-anaknya disabun badannya, digosok giginya, dilap, disikat, dibedak dan dipakai the finest clothes that she can find. Walaupun anak sudah bersekolah, siibu akan mengomel supaya si anak betul-betul bersihkan badan, sabun dan cuci gigi sebersih-bersihnya.

2. Makan ~ Seorang ibu akan memberi anaknya makanan terbaik, berkhasiat yang dijumpai, Kalau makan sedap di pejabat. Muka anak-anaknya yang diingatinya. Teringat nak bawak balik untuk anak, teringat makanan kegemaran anak. Seorang ibu akan memastikan anak-anaknya makan walau macammana keadaan pun. Walaupun belum sebutir nasi pun dijamah si ibu, si anak akan makan dulu, disuap dengan penuh kasih sayang. Bila si anak kenyang, barulah si ibu makan, itupun kadang-kadang si anak akan kacau juga si ibu makan. Si ibu akan suap juga anak yang mengacau.

3. Pelajaran ~ dari usia baru mengenal perkataan aaa dan uuu, si ibu tanpa jemu akan memberi pelajaran asas kepada si anak, 'Nak susu nak?'...'kiss ibu nak'...'1 2 3'...'A B C'...sehingga bersekolah, memastikan kerja-kerja rumah disiap anak walau kadang-kadang persis halilintar sebab si anak agak kurang mahu mendengar kata si ibu, tapi ibu tanpa jemu walaupun jemu tak terkata, mengingatkan si anak, 'Baca buku nak'...'Buat homework nak'...'jangan tengok Tv nak'...'...'jangan asyik main nak'...

4. Tidur ~ Bila si anak tak tidur, si ibu pun sama tak tidur. Agak jarang bila si anak tak tidur, si ibu sudah terbungkang. kalau si ibu sudah terbungkang, itu mesti si ibu dah penat menggiler takpun dah penat sangat melayan si anak yang tak mahu tidur.  Tidur si ibu dari semenjak anak ni 'timbul' dalam rahim sehingga la si anak melelap mata selama-lamanya takpun bila si ibu melelapkan matanya selama-lamanya (hmm agak kelelong di situ), si ibu tak pernah repeat tak pernah mendapat tidur yang nyenyak, si anak berbunyi nak susu, berbunyi ngigau, berbunyi mimpi, jatuh katil, tidur berjalan, si ibu memang tak akan nyenyak tidurnya.

5. Masak ~ Kegembiraan seorang ibu bila anaknya makan tak hengat seolah-olah lama tak makan masakan ibunya. Biarlah penat macam mana pun badan si ibu, biar letih macam mana, sakit, ngantuk, tak boleh bangun, pening lalat, si ibu akan berusaha untuk masak untuk si anak.

6. Sakit ~ anak sakit, si ibu lah yang macam ayam berak kapur. Tak tentu hala arah tuju. Anak muntah, cirit. Si ibulah yang mengesahkan walaupun si ibu kadang-kadang baru balik dari perjalanan jauh, baru balik out-station. Si ibulah yang perlu memastikan si anak memakan ubat, periksa si anak kebah demamnya.

7. Peperiksaan ~ Anak periksa, si ibulah yang perlu memastikan si anak belajar untuk peperiksaan, tuition mana yang terbaik untuk si anak, cikgu mana yang tebaik untuk si anak, sekolah mana yang sesuai dengan si anak. Si ibulah yang terpekik terlolong macam tarzan terlepas zoo di rumah bagi memastikan si anak membuat praktis, membaca buku bukannya mengintai siaran TV di celah-celah sofa.

huk! kalau ikut banyak lagi berjela-jela tapi setakat ini saja yang terfikir dek benak kepala ni....

Jadinya, adakah ia agak keterlaluan bila si anak mendapat markah rendah di dalam peperiksaan, si ibu dipersalahkan kerana terlalu memberi tekanan pada anak padahal kalau bukannya si ibu siapa lagi yang mahu memekik terlolong, busy body, membebel, menyuruh, memaksa si anak?

Salam
Ibu Muhsina

Thursday, May 19

R.I.P Bubbles

Bubbles....

Mungkin bubbles dah gembira dah di 'sana'. Salah ibu tidak menjaga bubbles dengan baik. Kaki sakit mungkin dijatuhkan oleh salah seorang anak ibu atau anak saudara ibu tidak ibu endahkan. Ibu pandai beli saja kan? Nak jaga tak pandai...sian bubbles...

Mungkin salah kami juga tidak menumpukan perhatian yang cukup untuk Bubbles. Kesian bubbles, bila abah muhsina belikan teman untuk bubbles, si bugsy cepat sangat besarnya pulak sampai menhenyak-henyak bubbles yang tak sihat.

Mula-mula ibu ingat bubbles happy dengan kawan yang baru, rupanya bubbles dibuli, dihenyak, digigit sampai berdarah-darah. Ibu minta abah belikan kandang yang lain, untuk letak bugsy tapi rupanya dah terlambat. Bubbles lama sangat terseksa. Sampai lembik. Kata abah, perut bubbles kempis je macam lama tak makan. Ibu memang nampak bubbles macam nak taknak makan tapi 2 hari lepas macam ok je, ibu tengok bubbles banyak diam je, tak jalan-jalan dalam sangkar macam biasa.

Ingat lagi masa bubbles kecik-kecik, bila ibu bukak ajer pintu, bubbles mesti lompat-lompat panjat sangkar, mintak makan. Bubbles makan banyak sampai nak jalan pun susah jadi ibu hadkan makan bubbles, perut bubbles memang gemuk masa tu sampai Kak Chik kata bubbles gemuk macam kak chik.

Bila ibu lepaskan bubbles, mesti bubbles lari-lari dengan kaki 'istimewa' bubbles. Adik suka sangat main dengan bubbles. Bugsy garang, dia kuat gigit. Besi kandang pun dia gigit. Itu sebab abah tak suka lepaskan bubbles dan bugsy sebab bugsy nanti mesti lari-lari susah nak tangkap balik.

Tapi akhir-akhir ni, ibu memang nampak bubbles macam tak sihat cuma masa abah asingkan bugsy, ibu tengok bubbles ceria sikit, tapi lama-lama nampak muram balik...
Sedihnya ibu mengenangkan bubbles terseksa...dosa ibu biarkan bubbles...

Bubbles, maafkan ibu ya, maafkan anak-anak ibu muhsina-muhsina yang kadang-kadang main melampau-lampau dengan bubbles, maafkan abah sebab kadang-kadang lupa nak jengguk-jengguk bubbles. maafkan bibik kalau-kalau dia lupa nak bagi makan, nak bersihkan kandang bubbles. Bubbles memang seekor arnab yang baik, tak pernah gigit anak-anak ibu...

Rest in peace Bubbles...

Salam
Ibu Muhsina :,(


Wednesday, May 11

Aku sudah jatuh cinta!

Apasal semua orang macam asyik cerita benda yang sama?
Bosan la jugak dengar...
Cerita pilem Nur Kasih pun mungkin kalah

Bila check dengan Mr Google, sama jugak, berderet-deret keluar.
Tengok Fesbuk pun sama...aik! ini tak boleh jadi, ibu kena betul-betul perati ni...

Jadinya episod perati pun bermula
Kata orang, dari mata jatuh ke hati...ibu terus jatuh cinta pandang pertama...
tengok gambar-gambar macam merah menawan gitu
Oleh yang demikian(ayat skema org gomen), ibu pun meng'usha' baik punya

Resepi Red Velvet kat sini : http://cikmin.com/2011/01/red-velvet/
Lepas tu terjebak pulak benda alah ni : http://cikmin.com/macarons/

Lepas tu teman tapi mesra ibu pun pernah buat :  http://stokeen.blogspot.com/2011/04/red-velvet.html
Uiiii aaaiii merah gitu...tak boleh jadi ni

Rasa teruja pulak nak menerai a.k.a mem'baking' benda-benda macam ni...
aisyeman! penyakit baking dah datang le tu, nanti kerja-kerja lain tak boleh nak layan...
takpe-takpe ini pun untuk muhsinas gak yang 'ngap' nanti kan? (kes nak sedapkan hati)

Kalau jadi, akan post gambo TAPPIIII...kalau tak jadi...heheheheheh lu fikirlah sendiri!

Salam
Ibu Muhsina

Sunday, May 8

Pembantu Rumah

Nama pun pembantu rumah kan, jadi kerja dia membantu lah kan. Tapi kenapa ada sesetengah ibu to be more specific, bukan dia tu membantu tapi si pembantu pulak jadi ibu, bapa, pemberi kasih sayang dan pendidik anak-anak. Sampai ada yang tahu berbahasa negara lain, siap tahu lagu negara tu lagi, Lagu Negaraku, nan ado.

Masak jangan cakap la, si pembantu ni lah masak. Mesti masak pakai boh je, takde baca selawat, doa anak berjaya dunia akhirat....Suap makan, baca ke agak-agak bismillah? Kalau dapat si pembantu yang baik dan beragama oklah, dibuatnya yang suka pakai short pendek dalam rumah, baju sleeveless, lingkuplah anak kita. Bawak pergi jalan-jalan pepetang. Jumpa geng tepi taman, ngumpat mengata majikan, semua cerita majikan sampai baju spender majikan semua habis di hebohkan...Anak kita dok main tepi tu, ntah-ntah tengah makan pasir rumput-rumput. Kenyanglah anak kita makan rumput macam kambing.

Si pembantu pulak, time menyuap anak kita yang dok nganga macam anak burung tu, pasang cerita negara dia di TV. Anak-anak pun ikut berbahasa macam dia jugak.

Ibu: 'Amin, pakai seluar'
Anak buat tak tahu je
Ibu:'Amin...pakai seluar!!'
Anak tengok muka ibu, tak paham
Ibu:'Amin pakai celana'...barulah si amin memakai seluar.

Kat atas adalah beberapa situasi gambaran kata orang tentang pembantu rumah. Inilah sebab kenapa ibu amat skeptikal tentang pembantu rumah ni. Amat berhati-hati. Anak tiga pun ibu masih bertahan tapi bila mengandungkan adik, ibu tiada pilihan. Taska dah cecah ribu. Penat lelah lagi. Kain baju yang menggunung tinggi lagi. Rumah sepah mepah lagi. Setelah diconggak-conggak(duit gaji dan kesakitan jiwa nanti bila mempunyai pembantu)....oklah ibu terima seorang pembantu rumah.

Tapi pembantu ibu ni spesel sikit. Salah satu sebab ibu mengambil dia sebagai pembantu rumah ibu a.k.a maid. Pembantu rumah ibu ada suami, seorang pekerja buruh yang bekerja di sini. Jadinya, dia ni datang pagi balik petang kekdahnya. Balik rumah/bilik sewa dia dibelakang rumah ibu. Belakang rumah ibu ada apartment kos rendah. Waktu minggu, ibu tak bagi dia datang, ibu nak privasi bersama abah muhsina dan muhsinas. Jadi, hari minggu, dia rehat. Tapinya, dia ni tak rehat, dia dok kerja rumah orang cari duit lebih. Ibu tak de halangan, yang penting dia datang kerja pagi-pagi bila ibu nak pergi kerja. Yang penting bila waktu-waktu tertentu, contohnya kenduri kahwin yang melarang membawa anak-anak datang(ada ke? sungguh bohsan org2 macam ni) ibu kena bagitau pembantu rumah ibu untuk datang walaupun waktu bukan bekerja. Takpun waktu kenduri kendara, dia kena datang untuk tolong sana sinun.

Service pembantu rumah ibu memang tip top, tak boleh blah kata orang sini. Apa yang tak boleh blah tak tahu la. Kemas dan teratur. Penjagaan budak-budak memang kelas atasan. Muhsinas semua debab-debab hasil penangan motto pembantu rumah ibu 'Sentiasa bagi anak majikan makan'. Dari segi kecemasan pun, agak pandai la jugak pembantuini, contohnya, plug TV rosak. Dia dengan pantas keluarkan plug dan sorok. Dan cari plug yang lain sebab muhsinas tak boleh tak tengok TV, sebab TV tu macam makanan deme je. Waktu muhsinas demam, dia akan telefon. Apa sahaja yang berlaku hatta gas habis pun, dia akan call dengan bunyi kecemasan yang ketara sebab tak dapat memenuhi motto dia kot.

Jadi bila suatu hari dia kata dia nak balik kampung masa raya, Ibu memang tak kesah. Yang ibu angin taufan katrina bila dia berdolak dalih, kata gitu gini, kata dalam kontrak, ibu yang kena bayar tambang setiap kali dia balik kampung. Dan nak balik naik kapal terbang, waktu dah nak raya. Tau tak harga tambang bila nak raya? Berlipat suku lipat kali ganda. Marah ke tak?

Bagi opsyen balik waktu tambang murah, taknak, adik suami nak kahwin. Suruh balik awal, taknak suami nak balik lambat. (Mengeluh!!)....

Oleh itu, wahai pembantu ku...disebabkan aku tak sepatutnya membayar tambangmu untuk balik bercuti seperti yang disebut oleh kawanmu yang tak tahu memakai kontrak yang mana satu, Majikanmu akan membayar tambang balikmu ke sana ini kali sahaja. Balik ke sini, kamu harus memakai wangmu sendiri. Terpulanglah kalau kamu rasa mahu pulang bekerja denganku yang tak banyak kerenah ni, tak pernah marah-marah kamu, tak pernah berkira dengan kamu, baliklah bekerja denganku. Jika kamu rasa aku bukan majikan yang baik, lantak kamulah labu....ku malas mahu fikir lagi!!!

Salam
Ibu Muhsina

Hanya luahan hati, bukan dia baca pun blog ni....