Tuesday, April 26

Bila ada yang menghalalkan cara mempergunakan agama...

Sebelum tu baca sini dulu : http://ondscene.my/kemasyarakatan/pusat-tahfiz-pergunakan-remaj

Betul tak kalau ibu kata ramai orang kita, spesifik melayu yang beragama islam berimej berkopiah putih menggunakan agama untuk menghalalkan cara? Mungkin bukan semua tapi sebabkan segelintir rosak susu sebelanga

Pernah seketika seorang remaja perempuan datang pada ibu membawa ubat salap macam tiger balm untuk dijual. Ibu tengok ubat tu, tertulis di situ Al-Mansur seperti yang diwar-warkan.

'Berapa ni dik?'
'10 ringgit'
'Uish mahalnya, kecik 10 ringgit'
'untuk anak yatim makcik(iye dia memanggil ibu makcik!!)...setakat 10 ringgit tak banyak mana pun'
sinis...
'hmm takpela...dah ada kat rumah'
dia memandang serong, marah agaknya...
'naik kereta besar tapi kedekut'..getusnya perlahan..
ibu pusing balik ke arahnya...membuka dompet dan mengeluarkan 5 ringgit..
'Ambik ni, ini untuk awak...bukan untuk tiger balm palsu yang ustaz awak buat! tapi untuk awak pergi beli roti untuk makan'...sinis dan bunyi dengan amarah...

Marah sebab sikap kurang ajar si adik ni tapi simpati sebab dia perlu melakukan kerja-kerja so-called amal yang disuruh oleh ustaz durjana.

Setiap malam ada saja seorang lelaki buta di depan Giant kecil Kelana Jaya menjual tisu dan seorang perempuan buta di depan kedai Ayamas sederet dengan Giant tersebut. Ibu dah selalu tengok couple ni(couple ke tak, tak tahu la)...kesian tapi geram bila mengenangkan kedurjanaan orang lain yang mengambil peluang...Sebabkan kasihan lagi tebal dari perasaan geram, ibu akan selitkan ringgit di tangan si perempuan, kalau yang lelaki ibu akan letak di dalam poket bajunya. Sambil itu, ibu akan bisik 'Ini untuk makcik ya', 'ini untuk pakcik ya'...dan mereka akan mengangguk kecil tanda faham. Faham yang duit diberi tiada kena mengena dengan 'kerja' yang mereka lakukan. Biasanya ibu lihat, si makcik akan terkocoh-kocoh menyimpan wang yang diberi, mungkin untuk memastikan tiada siapa yang tahu.

Ada juga beberapa komen dari blog di atas memberi cadangan supaya kita jangan menderma lagi pada sindiket-sindiket ni, tapi bagi ibu takpela, segala urusan biarlah Allah yang tentukan dan nilaikan. Apasalah hulurkan seringgit dua, kalau tak betul, biarlah dia menjawab pada Allah Taala. Tak perlulah kita menghukum mereka, bukan hak kita menghukum sesama manusia sebab diri sendiri belum tentu Allah tak murka....

Salam
Ibu Muhsina

Thursday, April 21

L.A.T bergambar

Di sekitar LAT the muzikal...

207694_10150145173004735_622799734_6663779_543975_n
too many cartoons at IB...tak tahu mana nak tengok...

195906_10150145174214735_622799734_6663792_7955206_n
Saya dia Awie dan muhsina

207822_10150145173779735_622799734_6663788_895334_n
kami dan uncle Datuk Lat....

199485_10150145171894735_622799734_6663767_7566430_n
peminat setia Lat and the kampung boy

206733_10150145171144735_622799734_6663757_5983743_n
Peminat juga kepada lat the kampung boy

197376_10150145173419735_622799734_6663784_2702449_n (1)
Makcik ni kat mana2 mesti ada dia...tak paham sungguh ibu!

Salam
Ibu Muhsina

Wednesday, April 20

L.A.T

205323_10150145172404735_622799734_6663773_3830688_n


Korang tau tak...


Datuk Lat tu sebenarnya memang impian dia untuk jadi terkenal?
Datuk Lat ni memang memandang tinggi dengan Bapak dia?
Isteri Datuk Lat, Datin Faezah sebenornya agak kurang suka dengan kesibukan Datuk  LAT ke hulu ke hilior dulu?
Dan...Datuk LAT ni memang sibuk je memanjang?
Dan satu lagi...last-last dia balik kampung balik....dok kampung?


Mesti kome tak tahu kan....tu ler alkisahnya masa kami kitaorang pergi tengok teater LAT the musikal bulan lepas...eh ye ke bulan lepas...lebih kurang le...seperti biasa, kitaorang mestila dapat tiket 'atas-ehsan-org-besar-IB'...kang kalo beli sendiri mesti orang besar IB marah so redha jelah (hahahahaha)...


Things that make me suprised, the person who actually inspired LAT most is his BAPAK and also surprisingly is the ENGLISH TEACHER!! Masa tengok teater tu, setelah menghayati dengan kusyuk dan tawadok barulah ibu perasan, the english teacher plays such an important role in his life. English Teacher, Mrs Hiew yang memberi perangsang pada LAT untuk teruskan minat dia melukis dan Ms Hiew nilah yang kata 'One day you will become famouse LAT'...dan ibu ingat pesan Mrs Hiew pada LAT sambil menari-nari gedik comel 'DWYL LWYD' ~ Do What You Love, Love What You Do'...


No wonder lah Datuk Lat ingat chegu Mrs Hiew dia ni, in fact, from the teater, sampai dia dah kahwin pun Mrs Hiew still contacted him especially bila dia mentioned in his comic about his english teacher. Sampai masalah kahwin pun Mrs Hiew ni tolong menasihatkan isteri LAT...oh yes! ironically scene cinta, kahwin, gaduh suami isteri, merajuk...pun ada dalam teater...


DWYL, LWYD


Senang kan, buat apa yang anda suka dan suka dengan apa yang anda buat...
Bila fikir balik, memang senang tapi implemetation wise is not that easy, Mrs Hiew..


Ok for example, ibu suka masak...baking to be more specific but then...where got masa maaa?
ibu juga suka hiking, traveling dan tak lupa juga snorkeling...diving(never tapi memang bercita2)...but then...manakan ku letak muhsina-muhsina ni...?
ibu juga suka buat amal2 kebajikan contohnya involved in Mercy ke...but then, you gila ka...itu abah muhsina dan muhsina mana mau letak?


Itulah dia...ibu tak boleh nak implement DWYL LWYD...full stop!!!!


Apapun...IBU LOVE MUHSINAs....that the most important human being in my life....


Salam
Ibu Muhsina



Thursday, April 14

Bila dia merajuk....

IMG00083-20110201-0943

Bila dia merajuk, ibu memang susah nak pujuk
Bila dia merajuk, ibu bagi apa saja semuanya kena baling teruk
Bila dia merajuk, habis semua terduduk-duduk..

Adik....adik comel la bila merajuk
Adik kata adik suka merajuk
nanti ibu abah pujuk-pujuk
beli mainan senang sangat, tunjuk-tunjuk

Salam
Ibu Muhsina

Monday, April 4

too many things to do, yet to little time....

macam pernah baca je tajuk ni...

tapi true...memang banyak benda terjadi, happening gila hidup ibu muhsina dengan muhsina-muhsina ni....
yang sempat update facebook je sebab bangun pagi, gosok gigi ngadap BB....terus boleh bukak FB...

ada macam-macam nak citer....

pasal our MCD big breakfast
pasal our journey to kampung
pasal my half hearted diet program....(belum kantoi tapi sudey makan benda berdosa beso)
pasal kerja di Melaka
pasal teater LAT yang kami pergi tengok...

macam-macam la...cuma sekarang sedang cuti sakit, balik Melaka memang penat, takde rehat sebab bos takde, takleh nak cuti so badan penat sangat agaknya terus dia flat...

Salam
Ibu Muhsina